Banyak orang telah mengetahui tentang kejadian Roswell 1947, iaitu satu peristiwa yang dipercayai oleh banyak pihak sebagai kejadian pesawat UFO yang terhempas di wilayah Roswell, New Mexico. Dan yang terbaru, informasi rahsia tentang UFO terhempas di Rusia pada tahun 1969 sudah mulai terungkap.
Terhempasnya UFO di Rusia tahun 1969 merupakan sebuah kes yang sangat dirahsiakan oleh Soviet Union, yang disebut sebagai “Secret KGB Files”. Informasi tentang UFO ini bocor akibat ada pembelot yang telah menyeludup informasi tersebut keluar ketika zaman kejatuhan Soviet Union. Informasi ini pertama kali disiarkan kepada umum dalam rancangan TV TNT pada 13 September 1998 dengan tajuk “The secret UFO Files of the KGB”. Rancangan itu menampilkan rakaman video dan foto-foto ekskavasi pesawat UFO dan bedahsiasat terhadap tubuh alien itu.
Menurut maklumat dari fail rahsia tersebut (Secret KGB file), peristiwa tersebut berlaku di kota Sverdlovsky yang dahulunya pada zaman Soviet Union dikenali dengan bernama Yekaterinburg.
Menurut maklumat pada fail itu, dilaporkan terjadi sebuah letupan yang sangat kuat pada Mac 1969. Kemudian lokasi kejadian segera disiasat oleh tentera Rusia dan mereka menemui satu tubuh alien yang sudah mati di dalam pesawat (piring terbang) tersebut.
Pesawat dan sisa tubuh alien tersebut segera dibawa ke sebuah lokasi yang rahsia. dan tubuh alien itu segera dibedahsiasat. Proses ekskavasi dan bedahsiasat tersebut diabadikan dalam kamera foto dan kamera video. Gambar proses bedahsiasat hanya menunjukkan bahagian perut dan lengan mayat alien tersebut. Jika dilihat dari ukuran perut dan lengan alien dalam foto tersebut, dianggarkan bahawa alien tersebut bertubuh kecil.
Para penyiasat yang menyelidiki rakaman video mengenai kejadian ini mengatakan video yang dipaparkan adalah asli. Sebagai contoh, pakaian seragam tentera yang digunakan adalah sama seperti yang digunakan oleh pakaian tentera Rusia pada tahun 1969. Trak yang kelihatan didalam rakaman tersebut adalah model Circa tahun 1950 iaitu model ZIS151 yang sudah lama tidak digunakan oleh rejimen askar Russia.
Jika rakaman itu adalah sebuah hoax atau palsu, maka penipu tersebut akan mengalami kesulitan yang tinggi untuk menemui trak tersebut sebagai alat penipuannya. Semua elemen yang ada dalam rakaman tersebut kelihatan tulen seperti pergerakan para tentera, timing filem tersebut dan juga pesawat UFO itu sendiri.
Beberapa dokumen lain juga mengesahkan terjadinya peristiwa tersebut. Seorang saksi iaitu seorang tentera yang terlibat dalam operasi berani bersumpah bahawa peristiwa tersebut benar-benar terjadi. Dan satu bukti yang lain adalah, pada rakaman bedahsiasat itu, adanya rakaman yang memperlihatkan seseorang yang mengenakan topi dan kot jenis tertentu yang merupakan pakaian doktor yang umum pada waktu itu.
Walaubagaimanapun, masih ramai orang yang masih ragu mengenai kesahihan kisah ini. Selagi pihak berkuasa Rusia tidak membuka informasi tersebut, maka kisah ini masih akan terus menjadi misteri.
** Adakah kita tidak bersendirian didalam sistem suria ini? Hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu… tinggalkan komen atau pendapat anda diruangan dibawah ya..
No comments:
Post a Comment