Thursday, June 16, 2011

Berhati-hati Pada Kertas Yg Melekat Di Belakang Kereta Korang...

Betulkah sekarang ada sindiket yg mencuri kereta2 dgn melekatkan kertas 
kat cermin belakang kereta korang? Jom kita baca email nie...

AMARAN DARI PIHAK POLIS - CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA
( INI BUKAN GURAUAN ) Sedarlah semua! Tolong sebar2kan. 
Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kereta dan masuk
kedalamnya. 
Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur.

Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, 
kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang 
pandangan kita.. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk 
menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan
kita tadi.

Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri
itu akan 
keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.

Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka
melarikan kereta 
anda.Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih
didalam kereta. 
Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita,
duit kita, 
dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi!

BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN
Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita,
teruskan memandu. 

Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda
membaca email ini.

Saya harap anda akan hantar email ini kepada kawan2 dan keluarga, 
terutama wanita. Kesemua maklumat peribadi dan pengenalan diri
yang berada di 
beg tangan anda sudah tentu tidak mahu jatuh ketangan orang lain.

p/s: Sebelum masuk kereta pastikan semuanya ok, ye...


No comments:

Post a Comment