Monday, December 31, 2012

Najis manusia jadi makanan...

Satu pasukan penyelidik dari Jepun yang diketuai oleh Mitsuyuki Ikeda dari Makmal Okayama telah mencipta satu cara untuk mengitar najis manusia jadi makanan dalam bentuk daging.

tiger4 Jepun mengitar najis manusia jadi makanan dalam bentuk 
daging
Konsep baru yang sangat menjijikkan ini ditemui apabila Ikeda telah diminta untuk melihat pelbagai kegunaan yang boleh diperolehi dari bahan kumbahan. Dia tidak merasa jijik ketika melakukan tugasan itu, malah rasa teruja bila mendapati kawasan kumbahan mengandungi banyak protein disebabkan oleh bakteria yang ada di situ. Idea ini kedengaran sangat teruk dan menjijikkan bukan? Tetapi ia bukan lah seperti “daging” dicipta dengan mengambil tahi dan terus meletakkannya ke atas burger. Proses itu melibatkan mengekstrak protein daripada kumbahan kemudian menggabungkannya dengan “reaction enhancer” dan memasukkannya ke dalam “exploder.” Magik sains pun lengkap dan dapatlah hasilnya – daging tahi.
Setelah itu, daging ini akan diletakkan pewarna merah dan rasa dipertingkatkan dengan protein soya. Produk yang telah siap dipecahkan seperti berikut: 63% protein, 25% karbohidrat, lipid 3%, dan 9% mineral. Tetapi bagaimanakah rasanya? Menurut laporan awal, rasanya seperti daging lembu.
==============================
Bahagian paling sukar dari idea pelik ini ialah mengajak orang ramai untuk makan daging ini. Menurut Profesor Ikeda, matlamat utama adalah untuk meyakinkan orang ramai bahawa makan daging tahi tidak seburuk yang disangka dan akan membawa kebaikan pada alam sekitar. Sekarang produk ini berharga 10-20 kali ganda lebih mahal berbanding harga daging biasa disebabkan kos penyelidikan.

terjunan angkasa...




image Felix cipta rekod, terjun dari stratosfera
Baumgartner mengambil masa lebih 2 jam untuk sampai ke ruang stratosfera sebelum melompat keluar dari kapsulnya kemudian terjun ke Bumi.
LOS ANGELES – Penerjun ekstrem Austria, Felix Baumgartner mencipta rekod terjunan angkasa pertama dunia daripada stratosfera kemudian mendarat ke Bumi dengan selamat, kelmarin.
Baumgartner berjaya mendarat di kawasan gurun New Mexico, Amerika Syarikat (AS) selang beberapa minit selepas melompat keluar daripada kapsul tekanan udara berketinggian 38.6 kilometer (km) dari Bumi.
Terjunan Baumgartner dijangka berkelajuan 1,110 km sejam sebelum mengaktifkan payung terjunnya pada ketinggian 1.52 km dari atas tanah tenggara New Mexico.
Beliau mengambil masa lebih dua jam untuk naik ke ketinggian terjunan dan telah pun memecahkan satu rekod dunia sebelum melompat, iaitu rekod altitud paling tinggi untuk sebuah penerbangan belon membawa manusia.
==============================
Cubaan kali ini adalah yang kedua selepas beliau gagal minggu lalu akibat masalah angin.
Baumgartner telah berlatih selama lima tahun dan memegang banyak rekod termasuk terjunan dari Menara Berkembar Petronas.

Selain berjaya mencipta rekod terjunan angkasa, Baumgartner masih mempunyai empat impian rekod dunia lain termasuk menjadi manusia pertama terjun dari kapsul bagi memecahkan kelajuan bunyi dalam terjunan bebas.

fakta lipas....!!!

Ramai yang tak suka akan lipas ni sebab geli jijik dan sebagainya. Tapi tak salah kalau kita tau beberapa fakta yang menarik tentang lipas ni.

lipas1 300x250 20 Fakta Menarik Tentang Lipas


1-Nama lipas atau dalam Bahasa Inggeris cockroach berasal daripada perkataan Sepanyol “cucaracha” yang membawa maksud serangga gila.. haha
==============================
2-Seekor lipas boleh menahan nafas selama 40 minit.. wow
3-Seekor lipas boleh hidup 3-4 minggu walaupun kepala dia dah putus
4-Kalau berlaku peperangan nuklear, lipas adalah satu-satunya makhluk yang boleh hidup
5-Lipas mempunyai darah berwarna putih
6-Kebanyakkan lipas boleh terbang tapi bukan kesemuanya.
7-Lipas yang paling besar di dunia adalah Macropanesthia rhinocerus berasal daripada Australia yang beratnya adalah 50gram
8-Lipas goreng adalah makanan yang biasa di Cambodia
9-Lipas makmal betina boleh menghasilkan anak tanpa bantuan lipas jantan dan anak-anak dia semua betina
10-Lipas anak hanya perlu mengawan sekali dan mampu menghasilkan anak sepanjang hidupnya hohoho
11-Agak mustahil untuk menangkap seekor lipas sebab dia ada rambut-rambut halus yang boleh mengesan angin daripada pergerakkan apa-apa yang menghampirinya.
12-Semasa perang di Vietnam, tentera Amerika menggunakan lipas untuk mengenal pasti askar-askar komunis yang menyamar sebagai petani
13-Lipas ada gigi di dalam perutnya
14-Lipas yang dilumatkan boleh boleh membantu menghilangkan kesan bisa jika dilumurkan pada tempat tu
15-Lipas boleh menukar arah sebanyak 25 kali dalam masa satu saat
16-Kalau lipas patah kaki, kaki itu boleh tumbuh semula
17-Lipas bernafas melalui bahagian tepi badannya dan bukan melalui hidung
18-Lipas hanya ada 6 kaki tapi memiliki 18 lutut hohoho
19-Lipas boleh berlari sepantas 3 batu sejam
20-Lipas dikatakan menghabiskan 75% masa sehari dengan hanya duduk tanpa buat apa-apa

untuk ahli bomba malaysia...!!!


C-Thru Smoke Diving Helmet ialah konsep helmet dengan paparan FLIR yang dibina dalam visor helmetnya. Helmet ini merupakan hasil idea Omer Haciomeroglu dan diharap dapat memudahkan tugas ahli bomba ketika "menyelam" dalam kepulan asap tebal.

Rekaan helmet ini diyakini mampu dihasilkan dalam tempih masa terdekat memandangkan teknologi yang sedia ada telah pun diterapkan pada helmet yang digunakan oleh juruterbang pesawat pejuang. Ada baiknya jika teknologi ketenteraan seperti ini digunakan untuk kebaikan awam. Sudah pasti banyak nyawa mampu diselamatkan sekiranya helmet C-Thru ini menjadi kenyataan.




tolong....!!! kiki

Tiga orang banduan di Brazil telah membuat satu lubang di dinding lokap mereka dan cuba untuk melarikan diri.

Tetapi mereka gagal kerana banduan pertama yang cuba melarikan diri tersangkut dalam lubang tersebut kerana terlalu gemuk. Dia terpaksa meminta tolong pengawai penjara untuk mengeluarkannya.



Banduan Tersangkut Semasa Melarikan Diri Kerana Terlalu Gemuk

Banduan Tersangkut Semasa Melarikan Diri Kerana Terlalu Gemuk

Monday, December 17, 2012

komputer tertua dihidupkan...???

Komputer Tertua Di Dunia Berjaya Di Hidupkan Semula

Harwell Dekatron ialah merupakan komputer digital tertua di dunia kini di pamerkan di Muzium Nasional Komputer di Birmigham, Britain. Komputer yang mempunyai berat sebanyak 2.5 tan ini berjaya di hidupkan semula selepas usaha baik pulih yang memakan masa hampir 3 tahun.

Harwell Dekatron merupakan komputer super yang di gunakan pada tahun 1950-an bagi menyokong program penyelidikan tenaga atom di United Kingdom. Komputer gergasi ini di temui secara tidak sengaja di sebuah gudang selepas 15 tahun di biarkan terbiar.

Reka bentuk dan pembinaan komputer ini dibina pada 1949 bagi kegunaan saintis yang bekerja di pusat penyelidikan tenaga atom di Harwell, Oxfordshire. Awalnya, komputer ini dicipta untuk meringankan tugas pengiraan secara elektrik yang sebelumnya dilakukan dengan mesin.

Usaha pembaikan komputer ini di ketuai oleh Delwyn Holrod yang mengakui komputer ini terlalu uzur dan kotor tetapi dari sudut fizikal komputer ini tidak mengalami banyak kerosakan.

95 peratus penambahbaikan di gunakan daripada komponen komputer ini sendiri termasuk 480 relay dan 828 tabung Dekatron yang masih berfungsi.

Kini dengan segala penambahbaikan Harwell Dakatron ,komputer tertua di dunia boleh berfungsi dan beroperasi seperti biasa.

Komputer Tertua Di Dunia Berjaya Di Hidupkan Semula

Komputer Tertua Di Dunia Berjaya Di Hidupkan Semula

Komputer Tertua Di Dunia Berjaya Di Hidupkan Semula

Komputer Tertua Di Dunia Berjaya Di Hidupkan Semula

pemilik jet peribadi temahal...!!!


Al Waleed Bin Talal ialah seorang ahli perniagaan dan juga ahli keluarga diraja Arab Saudi. Dia merupakan CEO yang memegang 95% share di dalam syarikat beliau iaitu Kingdom Holding Company. Pada bulan Mac 2012, Alwaleed telah dinamakan sebagai orang yang ke 16 terkaya di dunia dengan aset yang bernilai US $23.9 billion.

Pada tahun 2007, Alwaleed telah memesan sebuah jet peribadi Airbus A380 yang merupakan jet peribadi terbesar dan termahal di dunia mencecah US$500 Juta. Jet peribadi beliau ini dilengkapi dengan garaj untuk dua buah kereta Roll Royces, kandang kuda dan unta dan ruang yang dapat memuatkan 460 orang penumpang. Selain daripada itu, terdapat juga bilik mesyuarat yang dilengkapi skrin holographic dan juga dewan konsert.

Jet peribadi ini juga dilengkapi dengan 5 buah suites peribadi yang memuatkan katil bersaiz King, sistem multimedia untuk hiburan dan juga bilik solat yang mempunyai sejadah yang dikawal oleh komputer yang sentiasa menunjakkan ke arah Mekah.






Apakah The Deep Web....?



Apa itu The Deep Web

The Deep Web

Bagi mereka yang tidak tahu, The Deep Web merupakan sesuatu yang mewakili sebahagian besar kandungan di internet yang tidak dapat diakses secara biasa melalui carian-carian utama seperti Google/Yahoo/Bing atau enjin carian lain.

Carian di internet hari ini, boleh dibandingkan seperti mengheret jaring merentasi seluruh permukaan laut, walaupun banyak ikan yang akan tersangkut di jaring, tetapi lebih banyak lagi yang masih tinggal dan ada di dasarnya. Dan bahagian yang tertinggal itu terus menjadi rahsia dan terlepas dari pandangan. Sama seperti Internet, kebanyakkan kandungan di internet dihasilkan secara dinamik dan disimpan jauh di dasarnya, enjin carian biasa tidak akan mampu mencarinya.


Berikut adalah beberapa fakta mengenai The Deep Web:


1.Maklumat yang ada di The Deep Web sekarang ni hampir 500 kali ganda lebih banyak daripada maklumat yang ada di The World Wide Web.
2.The Deep Web mengandungi 7500 Terabyte data berbanding 19 Terabyte data yang ada di The World Wide Web.
3.The Deep Web menyimpan lebih 550 billion dokumen secara individu berbanding hanya 1 billion di The World Wide Web.
4.Lebih dari 200 ribu laman web yang ada di The Deep Web buat masa sekarang.
5.Di The Deep Web, lebih banyak kategori maklumat baru yang muncul setiap hari.
6.Disebabkan terlalu banyak maklumat yang ada, The Deep Web sudah semakin sempit dan sukar untuk ditembusi.
7.Kualiti maklumat di The Deep Web adalah 100 hingga 200 kali lebih hebat daripada The World Wide Web.
8.Kandungan di The Deep Web lebih relevan kepada carian, pasaran dan domain.
9.Lebih 95 peratus maklumat di The Deep Web adalah percuma dan boleh dikongsi secara bebas.

Apa Yang Ada Di The Deep Web?


Apa yang ada di bawah permukaan The Deep Web ialah apa yang tidak dibenarkan disiarkan di The World Wide Web. Di The Deep Web, hampir ada kesemua yang dicari oleh penggodam, saintis, pengedar dadah, pembunuh, ahli fizik, ahli revolusi, kerajaan, polis, pengganas, penyumbaleweng, pengumpul data, penculik, ahli sosiologi dan ramai lagi, merangkumi segenap aspek moral baik dan jahat.

Pelayar akan merasai sesuatu yang sangat menarik dan boleh dikaji walaupun terdapat berjuta-juta perkara jahat yang mendiami The Deep Web. Selain itu, terdapat juga banyak perkara-perkara baik yang boleh dikongsi tanpa batasan undang-undang dan privasi.

The Deep Web diibaratkan sebagai satu dunia yang mana anda bebas berkongsi apa sahaja, jika anda seorang pembunuh, anda boleh mengiklankan servis anda di The Deep Web, jika anda seorang pengedar dadah, anda boleh menjual apa sahaja jenis dadah di sana, begitu juga jika anda mempunyai beberapa maklumat sulit mengenai mana-mana kerajaan, anda bebas meletakkannya di sana. Ianya dicipta untuk memberi kebebasan dan hanya yang tahu sahaja yang mampu mengaksesnya.

Kesemua yang anda dapat baca di Wikileaks sebenarnya telah disimpan beberapa tahun lebih lama di The Deep Web sebelum disiarkan di Wikileaks. Mungkin anda pernah menonton aksi penggodam di dalam filem yang telah menggodam melalui server pelik yang anda rasakan tidak wujud, sebenarnya server pelik itu ialah The Deep Web. Secara amnya, pengganas, pembunuh, pengedar dadah dan pelayar porno, telah lama menggunakan The Deep Web untuk tujuan mereka. Juga terdapa laman yang khusus menyiarkan fakta dan gambar mengenai rahsia di Area 51.

Sehingga sekarang, terdapat berjuta-juta pengedar dadah beroperasi menjual dadah-dadah mereka secara terbuka di The Deep Web, berjenis-jenis dadah dijual, dari Ectasy hinggalah ke Meth, semuanya dijual dan dipamerkan secara terbuka. Begitu juga maklumat mereka, cara pembelian dan penghantaran. Sama juga dengan pembunuh upahan, anda boleh melihat berjuta pembunuh upahan yang menawarkan perkhidmatan mereka dengan upah di antara 20 ribu hingga 50 ribu EURO. Setiap hari akan ada transaksi penjualan kad kredit yang telah digodam, anda dengan mudah boleh membeli kad kredit yang telah digodam dan seterusnya menggunakannya mengikut socks dan protokol yang telah diberi.

Sehinggakan pernah disiarkan di The Deep Web, laman web yang bersimbolkan kematian 'Russian Roulette' dan diuruskan oleh organisasi-organisasi mafia sebenar. Mereka yang disiarkan adalah pemain sebenar yang telah dilatih secara professional dan bermain hanya untuk mati. Bukan lakonan yang dibuat-buat.

Bagaimana Untuk Masuk Ke The Deep Web?

Kandungan di The Deep Web, bukan dicipta untuk orang biasa, saya hanya boleh memberi hint tetapi tidak akan menunjukkan cara sebenar bagaimana untuk masuk ke sana. Hanya mereka yang tahu cara dan protokol sahaja boleh mengaksesnya. Walaupun kandungan di The Deep Web kelihatan menakutkan, terdapat lebih banyak lagi maklumat-maklumat berguna yang boleh digunakan untuk tujuan kebaikan. Sejurus selepas anda berjaya masuk ke The Deep Web, semua yang akan terjadi adalah di bawah tanggungajawab anda sendiri.

Sebelum anda cuba memasuki The Deep Web, baca dan fahami dulu bagaimana ianya berfungsi, Anda boleh baca mengenainya di sini:
http://en.wikipedia.org/wiki/Deep_web

Di sini ada maklumat apa itu rangkaian .onion dan bagaimana ianya berfungsi:
http://en.wikipedia.org/wiki/.onion

Di sini anda boleh baca mengenai TOR (The Onion Router)
http://en.wikipedia.org/wiki/Tor_(anonymity_network)

Dunia Internet Misteri Yang Anda Mungkin Tak Tahu

Dunia Internet Misteri Yang Anda Mungkin Tak Tahu

Dunia Internet Misteri Yang Anda Mungkin Tak Tahu

Dunia Internet Misteri Yang Anda Mungkin Tak Tahu

Dunia Internet Misteri Yang Anda Mungkin Tak Tahu

Dunia Internet Misteri Yang Anda Mungkin Tak Tahu



Korang Boleh Mengunakan TOR Browser Untuk Surf : http://www.torproject.org/download/download

Pihak CIA dan FBI monitor deep web ini 24 jam sebab ianya tidak dikawal oleh mana2 pihak.. 'Sejurus selepas anda berjaya masuk ke The Deep Web, semua yang akan terjadi adalah tanggungajawab anda sendiri.'

Contoh : http://kpvz7ki2v5agwt35.onion/wiki/index.php/Main_Page/ http://xqz3u5drneuzhaeo.onion/users/cannabis/index.php

Wednesday, December 12, 2012

perlu di contohi...


Tekad ingin mati syahid

ANAS pernah menjadi guru agama di Klang, Selangor.



ELESA mengenakan pakaian baju Melayu berwarna merah jambu, aktivis pertubuhan bukan kerajaan Aman Palestin (AP), Anas Abdul Malik ternyata seorang yang merendah diri.
Malah, lelaki berumur 43 tahun ini tidak asing lagi bagi masyarakat Gaza, Palestin yang menderita dek kekejaman rejim Israel.
Bapa kepada enam orang anak ini telah 11 kali mengikuti rombongan kemanusiaan di bumi bertuah itu untuk memberi bantuan makanan, kewangan serta ubat-ubatan.
Selain itu, dia pernah menjadi ketua misi AP di sana.
Susur katanya yang menginsafkan sesiapa sahaja: “Jika saya pergi ke Gaza sebanyak 20 hingga 30 kali sekali pun tidak mengapa kerana saya ingin mati syahid dan disemadikan di sana bersama pejuang Palestin yang lain,” katanya ketika ditemui kru Jurnal baru-baru ini.
Tutur Anas, minatnya dalam bidang kemanusiaan berputik semasa belajar dalam bidang Usuluddin di Universiti Al-Azhar lebih 10 tahun yang lalu.
“Saya aktif dalam persatuan pelajar selain mengikuti perkembangan semasa krisis Palestin sejak penubuhan Israel pada 15 Mei 1948.
“Malah, terdapat rakan-rakan universiti yang mengambil keputusan berjihad di Palestin pada masa itu,” katanya.
Tetapi sebaik sahaja menamatkan pengajian, dia memulakan kerjaya sebagai seorang guru agama sebelum menerima pelawaan rakan-rakannya untuk menubuhkan AP pada tahun 2006.
“Saya bersyukur menjadi pilihan Allah SWT untuk tujuan murni ini. Misi pertama saya ialah pada awal 2009. Dahulu, agak sukar memasuki Gaza kerana terdapat banyak sekatan.
“Tetapi kini, agak kurang birokrasi daripada kerajaan Mesir tetapi risikonya tetap ada kerana banyak perisik Israel di negara itu,” katanya.
Anas mengakui ada kalanya hatinya berat untuk ke Gaza terutama semasa isterinya sarat mengandung selain permintaan daripada anak-anaknya sendiri.
“Perlu diingat bahawa jika kita menuju zon perang tiada jaminan keselamatan, insurans malah nyawa boleh melayang kerana serangan tentera Israel di sana tidak mengira masa dan tempat.
“Serangan jet serta helikopter rejim Israel turut menyasarkan kediaman serta hospital.
“Ibu bapa saya pernah merungut kerana saya baru sahaja pulang dari sana tetapi perlu kembali semula dalam tempoh kurang sebulan. Bagaimanapun, misi membantu umat Islam yang sedang menderita juga penting,” tegasnya.

KEWUJUDAN Briged Ezzedine al-Qassam menggentarkan tentera Israel.



Bekalan akhirat
Jika mengira faktor umur dan tempoh masa bekerja, Anas mungkin sudah selesa dengan tugasnya sebagai guru agama selain mengumpul harta.
Realitinya agak berbeza kerana dia masih menyewa rumah teres di Bangi, Selangor selain menggunakan kereta terpakai yang nilai semasanya kurang RM5,000. Pendapatan sebagai sukarelawan juga tidak seberapa.
“Sebenarnya saya tidak mengejar dunia kerana kehidupan akhirat itulah yang kekal abadi.
“Yang penting saya telah menyediakan keperluan asas untuk isteri dan anak-anak iaitu makanan, pakaian dan tempat tinggal,” jelasnya.
Anas memberitahu, isu Palestin harus diberi perhatian oleh semua umat Islam khususnya negara Islam kerana mereka memiliki kekuatan politik.
Dia juga tersentuh dengan kata-kata seorang imam Masjid Al-Aqsa yang berharap umat Islam dapat menunaikan solat di masjid itu dengan aman.
“Kata-kata imam itu bermaksud bumi Palestin telah bebas daripada penjajahan Israel sama seperti pahlawan Islam, Salahuddin Al-Ayubi yang memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib.
“Sekali gus membebaskan Baitul Muqaddis daripada pihak kafir yang memusuhi Islam pada tahun 583 Hijrah,” katanya.
Pengalaman bertemu dengan sayap tentera Hamas iaitu Briged Ezzedine al-Qassam memberikan inspirasi kepada Anas.
“Syarat menjadi ahli ialah umur mereka tidak melebihi 30 tahun selain perlu menghafal al-Quran. Pejuang juga tidak boleh meninggalkan solat jemaah.
“Ahli paling muda berumur 18 tahun dan semasa latihan mereka menggunakan peluru hidup kerana tiada bekalan peluru getah,” cerita Anas.
Kemampuan menghasilkan roket buatan sendiri oleh pejuang Hamas tidak boleh dipertikaikan kerana ia mampu mencapai sasaran di kawasan penduduk Israel sejauh 80 kilometer.
Mitos Israel
Lelaki ini menegaskan, tentera Israel tidak sekuat mana dan mereka sememangnya dikenali sebagai bangsa yang pengecut.
Katanya, walaupun Israel mempunyai persenjataan yang canggih termasuk jet pejuang, kereta kebal dan kuasa nuklear, ia tidak menggentarkan rakyat Palestin.
“Mereka penakut dan pantas berundur sebaik sahaja diserang pejuang.
“Serangan roket di bandar Israel secara berterusan sudah mampu melumpuhkan pentadbiran negara mereka,” katanya.
Tegasnya, hanya negara Islam yang tidak bersatu kerana perbezaan pendapat serta ideologi sedangkan negara haram Israel itu sendiri dikelilingi negara-negara Arab.

Sumber: Kosmo

Friday, December 7, 2012

guna duit palsu lukisan sendiri selama 15 tahun!!!




Sejak abad ke 19 orang sudah pandai membuat wang kertas palsu dengan mesin cetak kecil, tapi Emanuel Ninger lebih suka membuatnya hanya dengan pena dan dakwat. Hasilnya memang cuma satu sampai dua lembar seminggu, tetapi kualitinya istimewa. Imigran dari Jerman ke Amerika Syarikat ini bertahan hidup selama 15 tahun dengan menggunakan keahliannnya itu.


Emanuel Ninger tinggal bersama isteri dan anaknya di pedesaan New Jersey. Ia dan isterinya tiba di Amerika pada tahun 1882 dari Jerman dan tinggal di Hoboken, New Jersey. Dia bekerja sebagai pelukis tanda (sign painter) dan kemudian membeli sebuah peternakan di Westfield, New Jersey. Dia mengatakan kepada tetangganya bahawa ia menerima pencen dari tentara Prusia. Pada tanggal 12 Oktober 1892 ia pindah ke Flagtown, New Jersey.

Setiap bulan ia memalsukan wang kertas dollar Amerika pecahan $50 setidaknya satu atau paling sebanyak enam lembar, seluruhnya ia kerjakan dengan mata  dan menggunakan pena, pensil, serta berus dengan dakwat berwarna. Ninger melukis wang palsunya pada kertas Bond yang dibelinya dari Crane & Company, di Dalton, Massachusetts. Kemudian kertas-kertas tersebut ia potong sesuai ukuran yang sama  dengan pecahan $ 50 dan $ 100 Amerika Syarikat, kemudian potongan kertas itu direndam dalam larutan kopi , dan selanjutnya ditempatkan diatas wang kertas asli untuk menciplak gambar yang dihasilkan.

Gambar wang yang asli 

Gambar wang yang dibuat Ninger 


Setelah wang palsu karyanya itu jadi dia akan membawanya ke New York. Biasanya wang tersebut ia gunakan untuk membeli minuman keras atau membelanjakannya di salon. Selama lima belas tahun ia berhasil lolos dengan itu.

Wang palsu hasil ciptaan Emanuel Ninger ini mampu membuat dia bertahan hidup kerana kalau diukur present value of money berdasarkan nilai wang sekarang adalah di sekitar $ 2000 atau $ 4000 dolar di hari ini.

Seperti kata pepatah, sepandai-pandainya tupai melompat pasti akan jatuh juga. Ia ditangkap oleh Agen Rahsia Negara Amerika Syarikat pada tahun 1896 atas laporan seorang bartender yang menyedari bahawa dakwat untuk pewarnaan wang itu tidak asli, kerana Ninger dengan tidak sengaja meletakan wang tersebut pada genangan kecil air di mejanya sehingga dakwat-nya luntur.

Pada awalnya orang agen rahsia tidak percaya Ninger adalah pemalsu, kerana profilnya sebagai seorang petani tidak sesuai dengan profil pemalsu. Bahkan setelah dia mengaku, mereka terus menolak untuk percaya.



Akhirnya Ninger di tahan enam bulan, dan membayar ganti rugi sebesar $ 1. Bahkan Rumornya bahawa wang $ 1 yang dipakai untuk membayar denda tersebut adalah salah satu karyanya sendiri

Ninger menjadi selebriti kecil untuk waktu.Surat kahbar sesekali menulis tentang "pena dan pemalsu tinta" mereka menjuluki Emanuel Ninger sebagai "Jim Penman itu" seperti karakter yang dimainkan di Broadway. Bahkan Bartender memberi bingkai pada bill tagihan Ninger dan menggantungnya pada dinding Bar mereka.

Setelah menjalani hukumannya Ninger dikhabarkan menghilang dan diperkirakan tidak lagi “berkarya”, akan tetapi diakui bahwa komunit seni menginginkan dia untuk bertahan dan berharap lebih banyak wang palsu hasil karya nya untuk ditemukan Tapi hal tersebut Tidak pernah ada.

cara nak kurang kan hukuman...

Cara Untuk 
Banduan Kurangkan Hukuman Di Brazil


Sebuah penjara di Santa Rita de Sapucai mempunyai sebuah idea yang unik bagi mengurangkan hukuman tahanan di sana hanya dengan menyuruh mereka mengayuh sebuah basikal pegun. Selain mengalakkan kesihatan tubuh badan tahanan, kuasa elektrik yang dijana daripada basikal pegun akan digunakan untuk menjana kuasa sepuluh lampu jalan di sepanjang persiaran tepi sungai.

Program yang baru bermula semenjak dua bulan yang lalu ini telah mula memainkan peranan untuk membantu tahanan melakukan sesuatu yang konservatif kepada masyarakat dan pada masa yang sama dapat mengurangkan jumlah hukuman mereka. Walaupun sebahagian program itu mendapat kritikan, tahanan masih mendapat manfaat dan peluang untuk memperbaiki diri dan alam sekitar. Diilhamkan oleh hakim tempatan, program ini membenarkan tahanan untuk mengayuh basikal tersebut selama 8 jam sehari dan selepas 3 hari mengayuh dengan bersungguh-sungguh, hukuman mereka akan dikurangkan selama sehari.

Dengan inisiatif ini, Ronaldo de Silva, salah seorang tahanan di sana dapat mengelakkan dirinya daripada dikurang di sel sepanjang hari. Beliau telah berjaya mengurangkan berat badannya sebanyak 4 kilogram dan 20 hari dari hukumannya.

Tenaga elektrik ini kan disimpan di dalam bateri. Apabila hari gelap, tenaga elektrik yang dihasilkan ini akan digunakan untuk menyalakan lampu di jalan-jalan yang berdekatan. Setiap petang, pengawal akan meletakkan bateri-bateri tersebut di lampu jalan berkenaan dan pada setiap awal pagi, bateri tersebut akan dikutip semula untuk di cas semula.

gula-gula minyak wangi...

deo perfume candy
Deo Perfume Candy mampu membuatkan semua orang yang memakannya mempunyai aroma seperti bunga mawar segar dari Bulgaria. Kesan wangian ini disebabkan oleh geraniol, iaitu sejenis antioksidan yang mengeluarkan aroma harum dan jika gula-gula itu dimakan, ia mampu meninggalkan bau wangi selama yang mungkin di dalam tubuh anda. Wangian Deo Perfume Candy pada tubuh anda akan bertahan selama 6 jam.

“Geraniol adalah sejenis antioksidan yang beraroma harum, jika di makan aromanya akan keluar dari pori-pori tubuh,” ujar jurucakap pengilang produk ini. “Secara ilmiahnya, itu akan membuat aroma wangi dan manis dapat bertahan selama beberapa jam.”

Perusahaan Beneo mengatakan cara gula-gula ini berfungsi diibaratkan seperti mengunyah bawang. Gula-gula bebas-gula ini turut mempunyai rasa lemon dan dijual USD 10 untuk satu bungkus. Hari ini, Deo Perfume Candy sudah pun dijual di Sepanyol, Jerman, China, Korea dan akan dijual di Amerika Syarikat pada tahun depan.

sumpah ariel sharon... laknatullah...


Sumpah Ariel Sharon Pada Rakyat Palestin


“Saya bersumpah, saya akan bakar setiap bayi dilahirkan di Palestin. Wanita dan kanak-kanak Palestin lebih bahaya berbanding lelaki dewasa. Selagi mereka masih kelihatan, ia menunjukkan generasi itu akan berterusan…”

Inilah sumpah janji Ariel Sharon pada 1956. Daripada ucapannya ini, tahulah kita kenapa Israel sehingga hari ini sengaja sasarkan roketnya ke arah penempatan padat di Palestin. Tujuannya jelas, mahu menunaikan sumpah Ariel Sharon. Menghapuskan pewaris di bumi Palestin.

Bagi Israel, ancaman kanak-kanak Palestin lebih bahaya berbanding pemuda dewasa. Betapa tidak, di usia masih muda, kanak-kanak Palestin sudah ramai mampu menghafal al-Quran. Perkara ini menjadi momok luar biasa menakutkan Israel. Mereka menilai kanak-kanak generasi penerus perjuangan Palestin yang akan menentang berdirinya negara Zionis Israel.

akhirnya palestin diiktiraf dunia...


Alhamdulillah!! Akhirnya Palestin Diiktiraf Sebagai Sebuah Negara 
Oleh PBB
PRESIDEN Palestin, Mahmoud Abbas menerima tepukan gemuruh dari perwakilan sebelum beliau memberi ucapan, di Majlis Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

Beribu-ribu orang meraikan kejayaan apabila Palestin memperoleh pengiktirafan daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebagai sebuah negara selepas penantian selama 65 tahun.

Generasi muda Palestin pastinya akan mengingati tarikh penting berkenaan iaitu 29 November 2012.
Kejayaan itu menjadi kenyataan biarpun sekutu kuat Israel, Amerika Syarikat meningkatkan kempen agresif untuk menggagalkan undian Perhimpunan Agung.

Sebelum ini, Palestin menolak cadangan supaya sebuah negara Yahudi dan Arab ditubuhkan selepas penjajahan British ke atas Palestin berakhir.

Mari kita ikuti video sedikit sebanyak ucapan dari presiden palestin di PBB

Tips untuk mengetahui siapa yang selalu stalk facebook anda


COOL : Tips untuk mengetahui siapa yang selalu stalk facebook anda
Lack of update these days brah.hari ni aku nak share dengan korang siapa yang selalu skodeng facebook profile korang...kalau dulu friendster boleh la tahu..facebook boleh ke?ngehehe..ni ada tips..tipsnya refer diatas.
okay..ada org tak berapa faham tentang step no 5..korang tengok gambar kat bawah Han buat
Tips untuk mengetahui siapa yang selalu stalk facebook anda
yang ctrl + F adalah hasil carian korang..dan step nombor 5 tu adalah garisan kuning tu..senang je..contoh dia
http://facebook.com/12345567786 <<<<nombor2 ni korang tuka dengan nombor yang ada garisan kuning tu.
 
mmm korang try laaa...

Tuesday, November 27, 2012

cara polis dunia mentadbir dunia...



AMERIKA SYARIKAT
  • Adalah sebuah NEGARA MERDEKA dari KOLONI BRITISH yang di TUBUHKAN pada Tahun 4th July 1776.
  • Amerika Syarikat adalah Negara KETIGA TERBESAR DUNIA selepas Negara RUSSIA dan KANADA.
  • Dengan jumlah Penduduk nya sebanyak 313.232 Juta Orang (pada 2011)
NISBAH PENDUDUK
  • Orang Barat -  79.96%
  • Orang Hitam - 12.85%
  • Orang Asia - 4.43%
  • Orang Asli - 0.97%
  • Orang Hawaii - 0.18%
  • Lain-Lain - 1.61%
ANUTAN AGAMA
  • PROTESTAN - 51.3%
  • ROMAN KATOLIK - 23.9%
  • MORMON - 1.7%
  • KRISTIAN - 1.6%
  • JEWISH - 1.7%
  • BUDDHIST - 0.7%
  • ISLAM - 0.6%
  • LAIN-LAIN AGAMA - 2.5%
  • TIADA AGAMA - 0.7%
KEGIATAN EKONOMI
Negara AMERIKA boleh di katakan sebagai PELOPOR kepada Semua SEKTOR PERINDUSTRIAN yang BERTEKNOLOGI TINGGI di Dunia dan meliputi Sektor Perindustrian :
  • TEKNOLOGI ANGKASA LEPAS
  • TEKNOLOGI PERINDUSTRIAN
  • TEKNOLOGI MAKLUMAT
  • TEKNOLOGI OTOMOTIF
  • TEKNOLOGI PERTAHANAN
  • TEKNOLOGI PETROLIAM
  • TEKNOLOGI SAINS & KIMIA
  • TEKNOLOGI KOMUNIKASI
  • TEKNOLOGI INOVASI
  • TEKNOLOGI PERTANIAN & PENTERNAKAN
  • YANG MERANGKUM SEMUA SEKMEN PERNIAGAAN DUNIA.
MENJADI KUASA BESAR DUNIA
  • Secara POLITIK NYA Negara AMERIKA ini menjadi KUASA BESAR DUNIA selepas Negara RUSSIA
  • Dan BANYAK menguasai Bidang-Bidang EKONOMI DUNIA pada hari ini dan MEMPENGARUHI PASARAN DUNIA.
  • Negara Amerika juga MEMPERJUANGKAN SISTEM PEMERINTAHAN DEMOKRASI dan sering MENJATUHKAN atau MENYERANG Negara-Negara yang mengamalkan Sesuatu SISTEM yang bertentangan dengan Sistem Demokrasi Model Amerika.
MASEH MENGAMALKAN PENJAJAHAN & PEPERANGAN
  • Negara Amerika maseh lagi Mengamalkan Penjajahan & Peperangan terhadap Negara-Negara lain atas Sebab-Sebab POLITIK dan EKONOMI.
  • Seperti PENAKLUKAN beberapa Negara yang Bersumberkan MINYAK di Timur Tengah dan Mencampuri TADBIR-URUS sesebuah Negara yang lain.
FAKTOR PENYEBAB DI BENCI
  • Terlalu menggunakan Kekerasan Ketenteraan dengan Tujuan Berperang yang telah banyak di lakukan di mana-mana Negara
  • Sikap Perkauman yang KUAT di kalangan Rakyat yang berbilang Bangsa dan Keturunan serta Agama sehingga wujud pelbagai Diskriminasi
  • Kerajaan Sengaja mewujudkan RASA KETAKUTAN di Hati Rakyat dengan menggambarkan Negara Amerika TERBUKA kepada sebarang SERANGAN MUSUH yang sebenarnya TIDAK WUJUD.
  • Sikap yang gemar MEMBULI Rakyat dari Bangsa-Bangsa Pendatang dan sering Menyukarkan mereka dengan pelbagai Syarat & Peraturan.
  • Terlalu Rapat dan banyak melakukan Kerja Sama dengan Negara Israel di Bidang Ketenteraan bagi mewujudkan keadaan Tidak Stabil di Timur Tengah yang di Kuasai oleh Bangsa-Bangsa Arab ISLAM yang menjadi Musuh Israel
  • Banyak menggunakan TAKTIK KOTOR untuk Tujuan MENJAJAH atau untuk MENGUASAI EKONOMI sesebuah Negara.
  • Dan Gemar berselindung di sebalik SISTEM DEMOKRASI & HAK ASASI KEMANUSIAAN untuk Melancarkan sesuatu Peperangan dan Penjajahan
PEPERANGAN ADALAH SUMBER PERNIAGAAN
  • Bagi Negara Amerika, PEPERANGAN adalah Sumber Perniagaan kepada Negara mereka.
  • Kerana TANPA PEPERANGAN, Bidang Teknologi Sistem Peperangan & Pertahanan yang DI REKA dan DI BINA tidak dapat di pasarkan.
  • Dan perkara tersebut akan MEMUSNAHKAN SEKTOR TEKNOLOGI di dalam Pembinaan SENJATA mereka.
  • Atas sebab-sebab tersebut, mereka akan MELAKARKAN Apa juga PUNCA yang boleh Menerbitkan KERESAHAN KAUM di dalam Negara-Negara lain dengan HASRAT untuk MENJUAL SENJATA kepada Pihak-Pihak yang MEMBERONTAK.
  • Seperti yang banyak kali di lakukan oleh Negara Amerika di Timur Tengah Dahulu dan Sekarang.
MINYAK ADALAH HARTA UTAMA
  • Oleh kerana Negara Amerika Tidak Menggunakan EMAS sebagai CAGARAN SIMPANAN TETAP untuk MENGUKUHKAN SISTEM KEWANGAN NEGARA, mereka menggunakan MINYAK MENTAH sebagai PENGUKUH KUASA POLITIK & EKONOMI.
  • Kerana itu, Negara-Negara ARAB yang memiliki MINYAK MENTAH menjadi SASARAN Pihak Amerika untuk di Porak-Perandakan Kestabilan Kerajaan yang Memerintah dan mewujudkan Keresahan Rakyat terhadap Kerajaan mereka.
  • Ini Bertujuan untuk MERAIH KEUNTUNGAN di dalam PROSES CARI GALI, PEMPROSESAN dan PENJUALAN MINYAK MENTAH.
  • Dimana pada hari ini Negara Amerika adalah PENGIMPORT TERBESAR MINYAK MENTAH DUNIA, walaupun Negara mereka memiliki Sumber Minyak Mentah mereka sendiri di merata Negeri.
  • TUJUAN UTAMA mereka hanya SATU, untuk MENYIMPAN seberapa banyak Bekalan Minyak Mentah Dunia sebanyak yang boleh dan boleh di jadikan sebagai SENJATA POLITIK & EKONOMI apabila sesebuah Negara Pengeluar Minyak Mentah mengalami kehancuran atau kehabisan Bekalan Sumber Minyak Mentah.
PENGHAPUSAN MUSUH POLITIK
  • Amerika Syarikat juga berperanan MENGHAPUSKAN MUSUH POLITIK yang boleh MENGGUGAT KEKUATAN Negara mereka.
  • Mereka telah melakukan nya terhadap Negara-Negara yang Bersistem Kominis atau Sistem Autocratic seperti Negara Russia, Jerman Timur, Korea Utara, Iraq, Mesir, Syria, Iran, Indonesia, Filipina, Vietnam, Kemboja, Myanmar dan lain-lain lagi.
  • TUJUAN mereka hanya untuk MENGUASAI EKONOMI dan KUASA POLITIK mereka di Peringkat Antarabangsa. Tetapi maseh lagi GAGAL untuk Menggugat Negara CHINA
MENGAPA CORAK POLITIK MEREKA TIDAK BERUBAH
  • Ini di sebabkan oleh SEJARAH KEWUJUDAN Negara Amerika itu sendiri yang di Wujudkan melalui PENJAJAHAN.
  • Kerana sebab itu mereka MENGEKALKAN KONSEP PENJAJAHAN yang DI AMALKAN dengan JAYA NYA itu sebagai PLATFOM POLITIK NEGARA, walau KERAJAAN mana yang MEMERINTAH AMERIKA.
  • Dan KONSEP MODEL AMERIKA seperti ini lah yang kebanyakan DI IKUTI dan DI AMALI oleh Ramai Ahli-Ahli Politik di Seluruh Dunia di dalam CARA untuk MENGEKALKAN KUASA mereka.