Friday, December 7, 2012

akhirnya palestin diiktiraf dunia...


Alhamdulillah!! Akhirnya Palestin Diiktiraf Sebagai Sebuah Negara 
Oleh PBB
PRESIDEN Palestin, Mahmoud Abbas menerima tepukan gemuruh dari perwakilan sebelum beliau memberi ucapan, di Majlis Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

Beribu-ribu orang meraikan kejayaan apabila Palestin memperoleh pengiktirafan daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebagai sebuah negara selepas penantian selama 65 tahun.

Generasi muda Palestin pastinya akan mengingati tarikh penting berkenaan iaitu 29 November 2012.
Kejayaan itu menjadi kenyataan biarpun sekutu kuat Israel, Amerika Syarikat meningkatkan kempen agresif untuk menggagalkan undian Perhimpunan Agung.

Sebelum ini, Palestin menolak cadangan supaya sebuah negara Yahudi dan Arab ditubuhkan selepas penjajahan British ke atas Palestin berakhir.

Mari kita ikuti video sedikit sebanyak ucapan dari presiden palestin di PBB

No comments:

Post a Comment