Wednesday, June 8, 2011

Penyajian Makanan Yang Paling Kejam...

Kecuali anda vegetarian,  Sup daging  atau ayam goreng adalah  sangat menarik bukan? Dan pastinya anda tahu  bahan makanan ini  harus disembelih  dahulu sebelum dimasak
Tetapi sebenarnya perkara itu tidak  kejam pun kerana kita mempercepatkan kematian haiwan tersebut. Jika anda ingin tahu, masih ada banyak cara yang  lebih tidak berperikemanusiaan dalam menyajikan makanan, dan makanan yang dipaparkan dibawah ini, walaupun dikatakan sangat sedap (kononnya laa..), tetapi, penyajiannya luar biasa kejam!!!
Ikizukuri, Jepun
ikizuku Penyajian Makanan Yang Paling Kejam
Penyajiannya:
Setelah  anda pesan, Chef  akan segera mengambil ikan segar dan yang masih hidup terus disisik, dipotong-potong dalam keadaan yang masih bergerak-gerak. Setelah dipotong-potong, terus disajikan kepada  anda, dengan masih menggelepar!!
Ikizukuri, bererti ‘disiapkan dalam keadaan hidup’. Untuk mempersiapkan makanan seperti ini tentunya si chef itu harus benar-benar cekap dalam mempersiapkan makanan yang ada, dia harus boleh memotong-motong daging ikan tanpa membunuhnya!. Kadang – kadang beberapa Chef  yang sangat hebat dapat memotong sedemikian rupa, sehingga ia dapat memisahkan daging dan kemudian mengaturnya kembali agar nampak kemas, dalam keadaan  si ikan masih menggelepar!
2. Ortolan, Perancis
news graphics 2007  644874a Penyajian Makanan Yang Paling Kejam
Burung Ortolan adalah burung yang panjangnya enam inci dan beratnya sekitar 2 auns. Warnanya hijau zaitun dan kuning, dengan sentuhan merah di sana dan sini, burung tersebut sangat cantik.
Penyajiannya: Burung ini ditangkap, matanya dibutakan dengan ditusuk pisau, kemudian diberi makan paksa dalam sangkar yang sempit sehingga  tidak dapat bergerak, dan kerana makan paksa, badannya mengembang sehingga dua atau empat kali lipat ukuran biasanya. Setelah dirasa cukup, burung ini akan direndam hidup – hidup  dalam Armagnac (sejenis minuman keras)
Setelah itu, burung ini disajikan dengan dibakar, dan dimasukkan ke dalam mulut dalam kondisi kepala diluar. Yang anda tinggal lakukan adalah menggigitnya, sehingga kepalanya putus  dan anda mengunyah tubuhnya lengkap dengan semua bahagian dan tulangnya!
3. Foie Gras, Perancis
Foie Gras Perancis Penyajian Makanan Yang Paling Kejam
“Foie Gras” ini bererti hati berlemak, dan hati ini biasanya diambil dari itik atau angsa. Pada awalnya itik  atau angsa ini bebas bermain , dan menikmati masa mudanya dengan penuh keceriaan dan kegembiraan, tapi sampai akhirnya di usia tertentu, mereka akan diberi makanan jagung secara paksa sehingga  hati (liver) mengembang enam kali ukuran biasanya.
Cara memberi makanan paksa ini sangat  sadis, si itik atau angsa tersebut, dimasukan paip ke dalam  mulutnya dan campuran jagung dengan minyak dipam  masuk ke dalam sistem pencernaannya.  Lemak yang masuk akan terkumpul  di kawasan hati angsa tersebut .  Seterusnya,  si itik atau angsa tadi yang dipaksa makan dengan cara sadis ini, akan disimpan dalam kotak kayu yang rapat dan tidak mungkin sama sekali si itik  atau angsa tadi boleh bergerak!
4. Dojo Tofu, Jepun
Dojo Tofu Penyajian Makanan Yang Paling Kejam
Makanan ini dibuat dari tauhu dan loach (semacam belut)
Penyajiannya:
Caranya senang, rebus air sampai panas, terus dimasukkan tauhu di dasarnya, segera tambahkan ikan-ikan kecil ini (loach).  Ikan – ikan ini akan berusaha melarikan diri adalah dengan memasuki dan memaksakan diri mereka ke dalam tauhu yang masih lembut tadi.
Masalahnya, mereka cuma boleh  bertahan sementara sahaja, kerana akhirnya tauhu itu akan  menjadi panas juga kan? dan akhirnya ikan – ikan  kecil ini masak  bersama dengan tauhu tadi!   Tauhu tadi akan berlubang – lubang  kerana ikan yang tadinya berusaha lari kesana kemari menyelamattkan diri.
5. Feng Gan Ji, Tibet dan China
Feng Gan Ji Tibet Cina Penyajian Makanan Yang Paling Kejam
Ertinya  secara literal adalah “Ayam angin kering “, kerana  ayamnya dikeringkan dengan menggunakan angin!. Apa yang anda diperlukan? Ayam (ya pasti lah), pisau yang luar biasa tajam dan Chef  yang berhati hitam!
Penyajiannya:
Cara penyajiannya adalah  biasa, tapi cara umtuk menyiapkannya yang luar biasa. Ayam dibelah perutnya hidup-hidup, diambil isi perutnya, dan diganti dengan berbagai macam perisa. Setelah itu perutnya dijahit dan digantung begitu sahaja sehingga kering!  kadangkala, ayam – ayam malang ini masih hidup walaupun isi perutnya telah dibuang!
6. Keldai Segar, China
Keledai Segar Cina Penyajian Makanan Yang Paling Kejam
Ini merupakan cara yang paling terkejam jika dibandingkan dengan kesemua diatas!
penyajiannya:
Makanan yang disebut Huo Jia Lu (Keldai Hidup) ini dihidangkan dengan cara keldai itu diikat kakinya, dan badannya dibaringkan, kemudian si ‘chef’  akan memotong-motong badan si keldai dan membahagikan dagingnya ketika keldai memekik kesakitan.
Ada lagi cara yang lebih sadis: Jiao Lu Rou ( Daging Keldai). Caranya juga mirip, tapi kali ini si keldai itu dilapah kulitnya hidup – hidup dan direndam dalam  air panas mendidih… sampai  masak….!!!!


No comments:

Post a Comment