Demi mendapatkan sedikit wang, orang – orang ini rela untuk mengambil risiko dan mempertaruhkan nyawa mereka sendiri. Kecekalan dan keazaman mereka memang dikagumi demi mencari rezeki yang halal dan tidak melanggar undang – undang
Pencuci Jendela Bangunan
Dubai memang terkenal dengan kewujudan bangunan – bangunan yang tinggi. Tetapi bangunan ini mempunyai beribu tingkap yang perlu dicuci setiap hari. Untuk menjadi pencuci tingkap di Dubai, anda perlu mempunyai semangat dan keberanian yang sangat tinggi .
Ketika pekerja ini melihat ada kotoran pada jendela apartment, mereka harus keluar untuk membersihkan kotoran pada kaca jendela tersebut dengan alat pembersih yang biasa. Tidak ada yang aneh tentang itu – kecuali apartment itu tingginya 400 kaki atau bersamaan dengan 120 meter dari tanah dan mereka keluar mencuci tanpa sebarang alat keselamatan!
Pekerja disini melangkah keluar ke birai yang sempit dan hanya memegang frame tingkap untuk menjalankan tugasnya. Mereka hanya berteriak memanggil rakan mereka yang berada di sebuah blok apartmen lain untuk memastikan jendela itu berkilau.
Mereka tiada pilihan selain daripada melakukan pekerjaan ini walaupun tidak diberikan hak keselamatan oleh majikan, kerana ribuan yang lain bersedia menggantikan mereka pada bila – bila masa sahaja.
Pekerja Kabel Helikopter (Lineman)
Ini adalah salah satu pekerjaan paling bahaya didunia. Linemen yang bekerja dari helikopter adalah sebuah pekerjaan yang sangat khusus dan mereka yang pakar sahaja diberi tugasan seperti ini.
Pekerja ini harus memakai pakaian konduktif khusus yang dihubungkan ke talian elektrik hidup, dimana jika mereka tersilap langkah mereka mungkin akan terbakar dalam sekelip mata oleh jutaan volt yang berada dihujung jari mereka.
Penjinak Buaya
Pekerja Taman Buaya Samphran, Bangkok, melakukan apa yang mungkin menjadi pekerjaan yang paling menggerunkan didunia. Mereka telah melakukan aksi di Taman Buaya ini, sejak tahun 1985.
Pelatih Singa
Sepasang pengantin baru yang sedang berbulan madu di Las Vegas, merakam gambar-gambar ini di MGM Grand Hotel. Lelaki didalam rakaman video ini diserang oleh singa jantan dan betina secara tiba – tiba. Walaubagaimana pun, pelatih itu Berjaya membebaskan diri dengan bantuan rakannya. Tiada nyawa yang melayang kecuali pelatih itu mendapat beberapa luka.
.
Target Girl
Gadis target adalah istilah yang digunakan di sarkas untuk menunjukkan seorang pembantu perempuan yang berada disasaran untuk dipanah atau dilontar dengan pisau.
Kehadiran pembantu ini sebagai target manusia sememangnya mempunyai risiko yang sangat besar, dengan potensi untuk cedera atau kematian semasa pertunjukan.
.
Penebang Balak
Bahaya terbesar, menurut Roger Smith dari RL Logging di Olympia, Washington, adalah ketika bekerja dilereng bukit yang curam.
“Kamu bekerja pada lereng berkecondongan 70 darjah atau 80 darjah dengan keadaan sangat berbatu, dan harus menebang pohon berusia 70 tahun dengan minimum diameter batang 30 inci atau lebih. Jika tidak ditebang dengan cara yang betul, batang balak itu akan menimpa pekerja – pekerja dikawasan itu”
.
Nelayan
Dengan purata 129 kematian per 100 000 orang yang bekerja di industri ini dan 61 kecerderaan per 100 000 orang pada tahun 2008, menjadikan Industri perikanan dinobatkan tangga pertama untuk senarai pekerjaan yang paling berbahaya di dunia.
Sebuah Rancangan TV, The Deadliest Catch, disaluran Discovery,menunjukkan rutin nelayan di Laut Bearing (Bearing Sea). Mereka hidup untuk bekerja berjam-jam , 7 hari seminggu,dan dalam kegelapan, tanpa rehat yang cukup.
Mereka harus meneruskan penangkapan , atau kehilangan pendapatan mereka untuk tahun itu. Pelbagai dugaan dan risiko sentiasa membayangi mereka setiap waktu. Ombak gergasi, tiupan angin taufan, cuaca sejuk adalah dugaan yang harus dilalui oleh mereka.
.
Pembersih Periuk Api
Periuk api merupakan pembunuh nombor satu dikebanyakan Negara yang pernah mengalami konflik peperangan. Alat pembunuh ini adalah sangat sukar dikesan dan hanya sedikit gegaran disekitar periuk api itu ditanam, akan menyebabkan ledakan yang membunuh.
Periuk api senang disebarkan, hanya melalui pesawat tetapi proses untuk membersihkannya mengambil masa bertahun – tahun dan kos yang amat tinggi.
.
Buruh Binaan
American Steelworkers mendakwa bahawa kematian buruh binaan meningkat adalah akibat dari sikap pemilik dan pengurus projek yang mencuba untuk memotong kos penegeluaran. Penyebab paling umum kematian mereka adalah disebabkan oleh terjatuh.
No comments:
Post a Comment