Ribuan pesakit nampak berbaris di wilayah selatan India untuk mengubati penyakit asma mereka. Para pesakit tersebut siap menelan hidup-hidup ikan sardin yang sudah dilumuri dengan ramuan ubat rahsia.
Ribuan orang berjalan menuju Hyderabad setiap bulan Jun untuk melakukan pengubatan yang ditawarkan oleh keluarga Goud secara gratis tepat di hari yang dipilih oleh para ahli perbintangan.
Keluarga Goud mengatakan bahawa mereka mendapatkan ramuan rahsia tersebut dari orang Suci Hindu sekira 170 tahun yang lalu. Mereka menolak permintaan doktor yang meminta ramuan tersebut, dengan alasan bahawa orang suci tersebut memperingatkan bahawa keajaiban ramuan tersebut boleh hilang jika diperjualbelikan.
Seperti dilapor Straits Times, Rabu (8/6/2011), setelah para pesakit menelan ikan tersebut, mereka diwajibkan untuk diet selama 45 hari.
Mereka dilarang memakan 25 jenis makanan, seperti daging kambing, gula putih, mangga kering dan bayam. Mereka juga tidak diperbolehkan makan makanan yang digoreng dan menjalankan perawatan selama dua tahun
No comments:
Post a Comment