Tuesday, June 28, 2011

sepe berani masuk umah hantu...!!! kak limah pun ade ni...

Rumah hantu yang terletak di negara matahari terbit iaitu Jepun nie telah diakui oleh Guiness Book of Record sebagai rumah hantu terbesar dan paling menakutkan di dunia. Bangunan usang nie telah diubahsuai menjadi rumah hantu dalam tema hospital. Berbeza dengan rumah hantu yang yang selalu kita jumpa kat FunFair tue, rumah hantu ini tidak memiliki jalan atau laluan yang sudah ditetapkan, he3.

Para pengunjung terpaksa berjalan sendirian atau dalam kumpulan 2-3 orang untuk menuju ke pintu keluar. Di dalam rumah hantu nie juga terdapat banyak pintu/tingkap yang terpaksa dibuka secara manual oleh pengunjung. Selain hiasan dalaman yang mengerikan, rumah hantu ini juga dipenuhi oleh para pekerja yang berdandan ngeri seperti hantu sebenar. Bukan sekadar mengerikan pada pandangan mata, rumah hantu nie juga mempunyai bau menusuk hidung para pengunjung. 

Bangunan rumah hantu ini mempunyai laluan sepanjang 700m yang penuh dengan lorong-lorong kecil yang boleh membuatkan pengunjung tersesat. Sekiranya pengunjung tidak sesat, masa lebih kurang 50 minit diperlukan untuk keluar dari bangunan tersebut. Untuk menambahkan rasa takut pelawat, sistem audio yang terdiri daripada suara teriakan, suara langkahan kaki dan lain-lain dipasang dalam bangunan tue. 

Kerana terlalu menakutkan, ramai pengunjung yang terluka kerana terjatuh dalam bangunan hantu tue. Adeiiiiii, seram la jom masuk rumah hantu besar-besar camni. Kita dok ingat hantu berlakon ja, tengok-tengok hantu sebenar. He3, apa korang nak buat kalau jadi camtu?

Jom kita layan gambar-gambar dalam bangunan rumah hantu tue...











No comments:

Post a Comment