1.Isi minyak sebelah malam, atau awal pagi apabila cuaca sudah sejuk
Mengisi minyak pada waktu malam, akan mengurang gas dalam petrol atau diesel. Kandungan
gas dikatakan banyak pada waktu siang yang panas, di mana setiap liter yang di isi pengguna akan
rugi sebab haba petrol bercampur lebihan gas dalam kandungannya. Benar atau tidak,Ini berdasarkan pengalaman sendiri. Memang benar. Ada perbezaannya. Penggunaan petrol lebih lama bertahan
jika di isi pada waktu malam.
2.Isikan minyak sehingga tangki penuh
Minyak atau petrol cepat habis jika ruang tangki banyak yang kosong. Benarnya tips ini memang ada.
Minyak atau petrol akan meruap. Semakin besar ruang semakin banyak minyak atau petrol meruap.
Petrol yang meruap tidak dapat dibakar oleh enjin. Dicadangkan juga penuhkan semula tangki
apabila tangki separuh kosong. Jangan tunggu sehingga meter pada tanda “E” baru diisi.
Semakin banyak ruang kosong semakin banyak petrol meruap, maka lebih cepat habis.
3.Bawa kereta dalam kelajuan yang tetap
Tidak terlalu laju dan tidak terlalu perlahan. 70 – 90 km sejam adalah bersesuaian. Pastikan
anda mematuhi had laju dan pandu pada lorong yang sesuai. Semakin laju kereta, semakin
minyak digunakan. Pandu secara perlahan pula menyebabkan beban pada kereta. Ini
menyebabkan enjin tertekan dan menyebabkan banyak minyak digunakan.
4.Patuhi jadual penyelenggaraan kereta atau kenderaan anda
Enjin yang diselenggara akan berfungsi dengan baik dan lebih berkesan. Pada jangka masa
yang tetap, gunakan bahan rawatan petrol. Ini bertujuan untuk cucian pada injap minyak agar
tidak tersumbat. Pastikan penapis petrol diperiksa atau ditukarkan apabila perlu.Penapis
udara dan penapis minyak petrol kena check! (Penapis minyak petrol kene tukar 40 000 km sekali)
5.Angin tayar perlu sentiasa pada tahap tekanan yang disyorkan Seminggu sekali periksa
tekanan tayar. Penjagaan tayar yang baik memastikan cengkaman tayar yang sesuai dan
pada jumlah jarak yang jauh, nyata menjimatkan minyak.
6.Kereta sesuai untuk perjalanan yang jauh
Jika tempat yang dituju boleh berjalan kaki atau berbasikal, adalah baik melakukannya.
Banyak minyak boleh dijimatkan tetapi keselamatan penting jika jalan dilalui gelap, sunyi dan diragui keselamatannya adalah lebih baik bawa kereta.
7.Kurangkan penggunaan penghawa dingin
Perjalanan pagi atau malam yang sejuk tidak perlu penghawa dingin. Buka tingkap sedikit
dan biarkan angin luar masuk. Awas jangan buka tingkap terlalu luas sehingga tangan dari
luar boleh mencapai ke dalam dengan mudah.
8.Kurangkan beban kereta
Barang-barang yang tidak perlu dalam kereta perlu dikeluarkan. Semakin banyak beban
semakin banyak tenaga dan minyak digunakan.
9.Panaskan enjin selama 30 saat sahaja
Enjin kereta panas lebih berkesan semasa kereta bergerak. Memanaskan enjin lebih 30
saat bukan sahaja membazir minyak tetapi boleh merosakkan enjin kerana pelinciran enjin
lebih berkesan ketika kereta bergerak (maklumat dari PERSATUAN PENGGUNA P.PINANG – CAP)
10.Elakkan menunggu dengan enjin masih hidup
Sekiranya anda terpaksa menunggu seseorang di dalam kereta, matikan enjin. Lebih murah
untuk menghidupkan semula enjin daripada menunggu 1 minit di dalam kenderaan dengan
enjin yang masih hidup.
11.Elakkan menggunakan gear rendah. Cuba kekalkan halaju kereta lebih daripada 35 km/jam.
Langkah gear dari gear 1 terus ke gear 3 atau 4 ketika kereta menuruni bukit atau melalui
jalan rata. Tukar gear secepat mungkin ketika menaiki bukit. Apabila memandu secara
automatik, tingkatkan halaju anda dengan segera. Jangan andaikan bahawa anda perlu
memandu di lebuhraya sahaja untuk menggunakan gear 5. Seboleh-bolehnya pandu dengan
gear 5 di mana sahaja walaupun berada di dalam jalan yang kecil.
12.Tingkatkan tahap kecekapan pembakaran engin, kalau kereta biasa – 80% daripada
campuran bahan api dibakar dgn sempurna. Kalau nak tingkatkan ke 90% pakai high
frequency converter dlm sistem spark plug seperti Stromberg ataupun pakai special
magnet pada talian minyak (Dah terbukti !!!)
13. Tinted cermin kereta anda (Semua cermin sebaiknya). Lagi kurang cahaya matahari masuk, lagi bagus
(cthnya gold dust 95% block heat) sebab ia berkaitan dgn penggunaan air-cond dan
emosi anda. Contohnya, kalau air-con kurang guna atau guna pada tahap minimum,
minyak pun save dan anda pun kurang terbakar.dan lagi satu,disarankan beli tinted
UV protection,selain serap haba,kereta akan lebih sejuk,so sebelum beli tinted servey dulu
mana tinted yang best.selalunya yang berkualiti agak mahal,penggunaan tinted yang
berkualiti juga dilindungi dengan lapisan plastik menghalang kereta mudah dipecah dan retak
14. Gantikan Air filter kereta anda dengan filter K&N
sebab filter K&N diperbuat daripada
gentian kapas dimana kadar aliran udara adalah lebih tinggi daripada filter biasa yg diperbuat
dari kertas dan mudah tersumbat
15. Pasang intercooler pada enjin anda
(bila suhu enjin diturunkan, power meningkat dan boleh save minyak)
16. Spark plug perlu dlm keadaan baik
( Tak hitam & gap OK)
mmm... jom kete jaga elok2 kete kite ek....
No comments:
Post a Comment