Friday, May 11, 2012

Disebabkan Wanita Bernama Noor itulah, Bayi 10 Bulan Selamat




Video klip seorang ibu mendera anaknya yang berusia 10 
bulan yang menjadi topik panas beberapa hari lalu telah 
mengundang marah banyak pihak bukan sahaja ke atas 
wanita berkenaan, namun juga terhadap perakam klip itu.

Ramai yang begitu marah mengapa tukang rakam terlepas 
dan hanya ibu kanak-kanak berkenaan dikenakan hukuman 
penjara 18 bulan.

Disebabkan simpati terhadap anak kecil terbabit, maka 
boleh difahami mengapa ramai antara kita yang tersinggung
 dengan keadaan itu.

Namun, laporan muka hadapan akhbar paling terkenal 
dan pilihan ramai pembaca di negara ini, Harian Metro 
memperjelaskan bahawa perakam berkenaan, Noor, 30-an 
adalah sebenarnya penyelamat kanak-kanak itu, bukannya
 seorang individu yang suka-suka merakam kejadian.

“Saya rakam semata-mata untuk diserahkan kepada polis 
kerana sudah tidak tahan lihat bayi itu kerap dikasari 
ibunya,” katanya seperti dilaporkan akhbar berkenaan hari ini.

Kes penderaan itu berlaku Mei tahun lalu di Petaling 
Jaya dan ibu kanak-kanak itu telah dipenjara 18 bulan 
manakala kanak-kanak itu kini selamat dan diletakan di bawah jagaan keluarga angkat.

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengesahkan keadaan kanak-kanak berkenaan dan berkata dia
 kini lebih ceria dan tidak trauma, bertentangan daripada apa yang disebarkan individu tertentu 
melalui laman sosial Facebook dan Twitter.

Selanjutnya Noor berkata, tujuan dia merakam klip itu adalah sebagai ikhtiar terakhirnya untuk 
menyelamatkan bayi berkenaan.

“Saya sangat sedih kerana sebelum itu sudah empat kali wanita terbabit yang juga rakan saya
 memukul bayinya dengan teruk termasuk menghumban ke dinding,” katanya ketika ditemui di 
rumahnya di Petaling Jaya.



Noor menjelaskan, ketika kejadian itu, dia berpura-pura memegang telefon bimbit kononnya untuk 
menghantar sistem pesanan ringkas (SMS), sebaliknya merakam kejadian itu untuk dijadikan bahan 
bukti kepada pihak polis.

Katanya, ketika itu, dia ada meminta anak perempuannya yang berusia 9 tahun agar mengambil
 bayi berkenaan, namun anaknya itu juga dipukul wanita berkenaan yang dikenali sebaga Ira.

Melihat keadaan itu kata Noor, selepas hampir lima minit dia menghentikan rakaman dan bergegas 
mengambil bayi Ira lalu membawanya masuk ke bilik lain sebelum menguncinya dari dalam.

Noor kemudiannya menghubungi seorang rakan dan memintanya membuat laporan polis. Kira-kira 
satu jam selepas itu, polis tiba di rumahnya dan menahan Ira.

Noor menjelaskan, dia telah berulang kali menasihatkan Ira sebelum kejadian berkenaan agar jangan
 menjadikan anaknya sebagai tempat untuk melepaskan geram.

Ira dikatakan bertindak ganas akibat tekanan hidup terutama selepas ibunya meninggal dunia tahun lalu.
Selepas Ira ditahan, Noor sendiri telah menjaga kanak-kanak berkenaan selama tiga minggu 
sebelum diserahkan kepada JKM.

Nampaknya ramai antara kita telah tersilap dan buruk sangka kepada Noor sedangkan kerana 
dialah kanak-kanak itu selamat.

Kami di Mynewshub memohon maaf jika ada kesilapan dalam laporan kami kepada Noor dan
 rasanya pembaca yang mungkin meluahkan perasaan sebelum ini juga harus berbuat perkara yang sama...

mmm... pe2 pun kalau korang ade lagi jumpa manusia perangai setan ni... korang rakam laaa pastu 
cepat2 laaa lapor kat pihak berkuasa k... jgn takut2... 


No comments:

Post a Comment