Friday, May 4, 2012

maskot mcd sebenar....





Hey korang.korang penah makan mcdonald kan,mesti kenal RONALD MAC DONALD,zaman dulu guna maskot,sekarang patung2 je.tak pasti kalau ada  lagi yang pakai maskot tu.papepon.aku ada story 

penuh pasal dia.jom usha..kredit sepenuhnya diberikan kepada blogserius,terjumpa semasa 
berblogwalking.mari kita ikuti.huhu

Ronald versi old school...

Tahukah anda, dalam sebuah bancian yang dilakukan di Amerika Syarikat, Ronald McDonald 

lebih mudah dikenali kanak-kanak berumur 9 tahun kebawah dari wajah Jesus dan Abraham Lincoln? 
Kita semua mengenali muka badut Ronald yang digunakan dalam mengiklankan restoran makanan 
segera No 1 dunia ini. Tapi tahukah rupa asal Ronald ketika pertama kali muncul pada tahun 1963? 
Ronald dicipta oleh Willard Scott untuk penggambaran 3 buah iklan pada tahun tersebut. 
Willard Scott sebelum itu melakonkan watak Bozo The Clown, sebuah rancangan TV yang pernah 
ditayangkan di TV2 pada awal 90an dahulu. Tak pasti sama ada newfags dikalangan pembaca 
Blogserius kenal atau tidak dengan Bozo.

Menurut Willard pada ketika itu rancangan mempunyai badut sangat popular di US. Pihak McDonald 
mahukan sebuah watak badut yang mampu menarik minat kanak-kanak untuk makan di restoran
 mereka. Oleh sebab itu Willard mencipta wata"Ronald McDonald, the Hamburger-Happy Clown". 
Beliau kemudian melakonkan watak Ronald dari 1963-1965. Sejak Willard bersara dari menjadi Ronald, 
sebanyak 11 orang telah diambil oleh McDonalds untuk melakonkan watak Ronald didalam iklan mereka. 
So now you know.


mmm... hensome x....

No comments:

Post a Comment