Friday, May 4, 2012

cara elak tidur dengkur...




Berdengkur adalah satu bunyi bising yang dikeluarkan semasa bernafas dalam tidur apabila
 sebahagian saluran pernafasan bahagian atas seseorang tersumbat.

 Dengkur berlaku ketika terdapatnya sekatan pada aliran udara di dalam saluran pernafasan 

di bahagian belakang mulut dan hidung seseorang. Bunyi bising dengkuran terjadi apabila tisu
 di bahagian atas saluran pernafasan bergesel dan bergetar di antara satu sama lain.

 Kebiasaannya, gejala dengkur terjadi sejak dari kecil lagi dan bertambah kerap mengikut pertambahan

 umur seseorang. Malah, kajian para penyelidik di Amerika Syarikat mendapati gejala dengkur 
yang bermula dari usia kanak-kanak berpontensi merubah keadaan diri seseorang itu seperti
 menjadi hiper-aktif sejak dari kecil.

 Pada 2002, pasukan penyelidik dari Universiti Michigan melaporkan, daripada 229 kanak-kanak

 yang ditemui, mereka yang kerap berdengkur dua kali ganda berpotensi menjadi hiper-aktif.

 Jadi, adalah amat penting untuk mencegah dan merawat gejala dengkur daripada menjadi 

lebih buruk hingga boleh mengundang rasa tidak selesa dan menggangu persekitaran sewaktu tidur.



 Penyelidik tersebut juga ada mengeluarkan sebab-sebab terjadinya gejala dengkur. Antaranya:

    Lemah otot-otot pada lidah, lelangit lembut dan tekak.
    Tisu tekak yang besar dan tebal.
    Lelangit lembut dan uvula (anak tekak) yang panjang.
    Saluran pernafasan tersekat.
Rawatan bagi merawat berdengkur adalah bergantung kepada diagnosis yang dibuat. 

Pemeriksaan akan menunjukkan dengkur adalah disebabkan oleh alahan hidung, jangkitan,
 kecacatan atau masalah tonsil dan rawatan akan diberi mengikut sebab-sebab yang
 dikenal pasti.

Antara cara dan langkah yang disarankan oleh penyelidik untuk mengurangkan dan 

mengelakkan tidur berdengkur ialah:

- Kurangkan berat badan jika anda mengalami masalah berat badan berlebihan.

- Kurangkan pengambilan arak atau ubatan yang mempunyai kesan mengantuk

 pada waktu tidur.

- Cegah pengambilan tranquilizer, pil tidur dan antihistamina sebelum tidur.

- Elak pengambilan arak sekurang-kurangnya 4 jam dan mengambil makanan berat atau 

ringan dalam tempoh 3 jam, sebelum berehat.

- Amalkan tidur pada waktu yang tetap setiap hari.

- Utamakan posisi tidur mengiring daripada posisi terlentang.

- Tinggikan kepala katil lebih kurang 4 inci ke atas supaya posisi kepala lebih tinggi dan lidah 

tidak tertolak ke belakang.

No comments:

Post a Comment