Sering kali kita mendengar keluhan para pengguna mengatakan yang mana talian internet di
Malaysia adalah perlahan. Melalui kajian yang dilakukan oleh Google baru-baru ini, ia
memperlihatkan mungkin ada benarnya kenyataan ini, dimana meletakkan Malaysia
di tangga 10 terbawah untuk kelajuan dari segi desktop mahupun peranti mudah-alih,
dari sebanyak 50 negara yang diuji kelajuannya.
Untuk pengetahuan, Google melakukan kajian ini dengan mengambil kira sebanyak 50 negara
dengan kelajuan terpantas. Perkara ini sekaligus meletakkan Malaysia antara negara dengan
kelajuan internet terpantas, walaupun kekal di tangga 10 terbawah daripada negara-negara yang diuji.
Pada laporan yang dikeluarkan, ia meletakkan Malaysia pada tempat ke lima terteruk dari segi
kelajuan internet pada desktop, membuatkan secara purata, masa yang diambil oleh
pengguna tempatan adalah sekitar 14.3 saat untuk membuka sesuatu web. Dari segi talian
mudah-alih pula, ia meletakkan Malaysia pada tangga 10 terbawah, dengan purata kelajuan
12.7 saat untuk membuka laman web.
Sepanjang tahun ini, pelbagai syarikat telekomunikasi tempatan mula memfokuskan kepada
membangunkan dan menambah-baik rangkaian telekomunikasi, dimana selain daripada
UniFi yang terus memperluaskan rangkaian mereka, syarikat telekomunikasi mudah-alih turut
sama telah mula menguji rangkaian LTE.
mmm... cam neee ek... kena pakai parabola plak laaa lepas ni...
No comments:
Post a Comment