Wednesday, March 28, 2012

diet rasul yg perlu diamalakan...



mmm... skang ni kita main belasah jeee... tolak batu n kayu je kan... kan... kiki

Memilih Makanan Mengikut Jenis Darah...




Adalah diperhatikan bahawa tindakbalas jenis darah terhadap/kepada tekanan (stess) mempengaruhi fungsi hormon thyroid pada peringkat selular. Tahap atau amaun hormon ini sangat kritikal bagi menyenggara tahap lemak badan.

Jenis A dan AB adalah dua kumpulan yang tahan dengan diet vegan; vegetarian.

Struktur protin pengalihlectin, diketahui terdapat dalam makanan, mempunyai tindakbalas spesifik dalam sel-sel, tisu-tisu dan sistem imun bergantung pada jenis darah.

Oleh demikian adalah disyorkan:

Jenis O: mengambil lebih protin dari sumber haiwan; focus dalam menangani dan menguruskan perasaan marah; mengambil bahagian dalam riadah berat; mengawal tabiat melawan.

Jenis A : mengambil makanan dari sumber sayur dan ulam; menumpukan menguruskan tekanan (stress); melibatkan riadah ringan bagi menangani stress; rehat antara tugasan harian bagi mendapat tumpuan kerja/tugas.

Jenis B : pelbagaikan diet; tumpukan kepada minda yang kreatif; melibatkan dalam meditasi bagi menangani stress; elakkan tindakbalas emosi berlebihan.

Jenis AB: Makan sedikit tetapi lebih kerap; tumpukan dalam membaikkan kecenderungan spiritual; riadah ringkas tetapi berulang-ulang dalam sehari bagi mendapatkan tenaga; elakkan berperasaan diasingkan.

Walaupun bunyi seolah-olah alchemy dan anecdotal pemerhatian yang teliti dan masa yang lama telah dilibatkan bagi merumuskan syor di atas. Diet mengikut jenis darah telah diamalkan ramai guru-guru seni mempertahandiri, martial arts, di Jepun China dan eropah, juara-juara tinju, pro bola keranjang, pro bolasepak dan atlit. Kajian lebih lama akan membuahkan rumusan lebih saintifik bagi digunakan secara rasional dalam perubatan. Pada sudut perubatan functional, tiada halangan kembali kepada alam semuladijadikan untuk mendapatkan tahap kesihatan yang lebih baik.


mmm... sama2 lah kita menjaga kesihatan kita k...

20 fakta tentang tubuh badan manusia...


 

1. Setiap 1 jam, satu bilion (1,000,000,000) sel dalam tubuh harus diganti.

2. Mata manusia boleh membezakan 500 jenis warna kelabu.

3. Tulang paha manusia lebih kuat drpd konkrit.

4. Jantung manusia mencipta tekanan yang cukup untuk menyemburkan darah sejauh 30 kaki (9 m).

5. Saiz mata kita adalah sama sejak lahir, tetapi hidung dan telinga tidak pernah berhenti tumbuh hingga mati.

6. Secara purata, batuk keluar dari mulut korang pd kelajuan 60 batu (96.5 km) per jam.

7. Janggut adalah rambut yang tumbuh paling cepat kat tubuh manusia. Jika lelaki tidak pernah mencukur janggutnya, ia akan tumbuh hampir 30 kaki panjang dalam hidupnya.

8. Mata bayi tidak menghasilkan air mata sampai bayi berusia sekitar enam hingga lapan minggu.

9. Setiap orang mempunyai corak lidah yang unik (berlainan setiap orang mcm cap jari).

10. Kelajuan bersin boleh melebihi kelajuan 100 mph (lebih kurang 160 kmj).

11. Sel-sel mati dalam badan akhirnya akan pergi kepada buah pinggang untuk dikeluarkan.

12. Senyum adalah ekspresi wajah yang paling sering digunakan. Senyum boleh menggunakan sebanyak 5-53 otot wajah.

13. Satu drpd 20 orang memiliki tulang rusuk tambahan.

14. Orang dengan kulit gelap tidak akan berkedut secepat orang dengan kulit yang lebih cerah.

15. Darah manusia bergerak sejauh 60,000 batu (96,540 km) setiap hari dalam tubuh manusia.

16. 85% daripada penduduk dunia boleh menggulung lidah mereka.

17. Makanan perlukan tujuh saat untuk pergi dari mulut ke perut melalui kerongkong.

18. Jantung perempuan berdegup lebih cepat daripada lelaki.

19. Dalam satu hari jantung kita berdegup sebanyak 100,000 kali.

20. Rambut terhasil daripada bahan yang sama seperti kuku.

21. Apabila korang bersin, seluruh fungsi badan korang berhenti termasuk jantung.

22. Bayi lahir tanpa tempurung lutut hinggalah ia berusia 2-6 tahun.

23. Perut memerlukan 1 jam untuk menghadam susu lembu.

24. Jika korang buta sebelah mata, korang hanya kehilangan 1/5 penglihatan, tetapi korang akan hilang langsung kebolehan utk mengukur jarak.

25. Purata setiap tahun manusia mengerlipkan mata sebanyak 6,205,000 (x termasuk korang saja2 kerlip nak ngorat, he3)

26. 80 peratus tubuh manusia adalah air.

27. Korang dilahirkan dengan 300 tulang tetapu cuma tinggal 206 tulang bila dewasa.

28. Jika dicampur, panjang urat dalam seseorang manusia ialah 72 km.

29. 15 bilion sel darah manusia musnah setiap saat. 

30. Luas kulit manusia ialah 6.5 kaki persegi.

Ratusan Jongkong EMAS ditemui di Iraq...




Negara Islam Iraq telah diserang dan dijajah oleh Amerika Syarikat kononnya atas alasan nak menghapuskan sejata pemusnah berbahaya.

Sejak dari hari tersebut, sehingga kini negara Iraq tidak pernah lagi aman dan sentiasa berada didalam pergolakan. Semuanya kerana campurtangan Amerika Syarikat di negara tu.

Berita paling terkini, ratusan jongkong emas yang berharga berjuta-juta ringgit dijumpai bersepah-sepah di Iraq.

Ia ditemui oleh tentera Amerika yang ditugaskan bagi mencari harta kekayaan negara yang disembunyikan oleh Saddam Hussien.

Tak tahulah apa nasib jongkong-jongkong emas tersebut. Gua rasa, Amerika mesti akan songlap semua emas tu..

Nak suruh dorang bahagikan pada rakyat Iraq? Kirim salam lah bebb...




mmm... pepe pun tu lah lumrah org2 kafir... kita ni sebagai umat islam perlu bersatu padu... jgn sbb nila setitik rosak susu sebelanga....

Kesan senjata kimia Amerika di Iraq...







Bayi-bayi yang amat mengerikan ini dilahirkan di Iraq semakin hari semakin banyak kerana kesan bahan-bahan kimia serangan Amerika. Kebanyakkan bayi ni dilahirkan di Fullujah.

Inilah kesan mutasi daripada sisa radioaktif... Diharap semoga umat Islam disana tabah menghadapi dugaan..
mmm... mmg la kita ni sbg umat islam perlu ada satu sifat sentiasa bersedia menentang musuh2 islam ni... dan semoga jauh semua ini di negara kita.... amin...

komik safee sali...


komik safee sali - super safee

KOMIK SAFEE SALI – SUPER SAFEE| Jika Jepun memiliki komik bolasepak seperti Kickers dan Kapten Tsubasa, kita juga memiliki komik Bola kampung, dan tak lama lagi kita bakal memiliki sebuah lagi komik bolasepak terbaru Komik Super Safee. Tengok tajuk pun kita dah dapat meneka mengenai siapa. Komik Super Safee adalah komik bolasepak berdasarkan karakter pemain bolasepak Malaysia Safee Sali.

Mesti ramai yang masih ingat kisah semasa Safee Sali berangkat ke Cardiff City dulu. Begitu ramai yang memandang lekeh niatnya, kononya kerana Safee Sali sudah berumur, rangking bolasepak Malaysia yang teruk, Ketinggian dan pelbagai lagi persepsi negatif. Sebenarnya Safee Sali sedar yang peluangnya bagi terpilih mewakili Cardiff City sangat tipis.

TAPI APA YANG MENYEBABKAN SAFEE SALI PERGI JUGA?
Katanya:-
“Bukan setiap perkara dilakukan untuk diri kita sendiri. Kita perlu memikir jauh kepada anak cucu kita. Sekiranya saya pergi setidak-tidaknya saya menunjukkan kepada kelab-kelab di sana, orang Malaysia adalah orang yang sanggup berusaha, dan ini membina keyakinan dalam fikiran mereka, pemain-pemain Malaysia boleh diharap. Setidak-tidaknya, biarlah kita berstatus boleh diharap dahulu, dan terpulang kepada anak cucu saya bagi menaikkan status itu kepada ‘boleh dibeli’, ‘sangat hebat’ dsb.”
“Saya juga pergi bukan sahaja kerana mahu membina persepsi kelab Inggeris itu, tetapi juga mahu membina harapan kepada pemain-pemain Malaysia. Saya tahu, usaha saya ini umpama melempar lumpur pada tembok yang kukuh. Tidak mungkin tembok itu akan runtuh. Tetapi setidak-tidaknya, apabila generasi selepas saya melihat lumpur pada tembok itu dan berkata, ‘Saya boleh lebih baik daripada sekadar melempar lumpur. Saya boleh melempar bom!’. Itulah tujuan bola sepak, bukan sekadar untuk diri kita tetapi untuk tanah tumpah darahku.” – SOKERNET.BLOGSPOT
Berbalik kepada cerita utama mengenai komik Safee Sali “Super Safee”. Majlis pelancaran komik safee akan diadakan pada 1 APRIL 2012 ini, jam 4.00 petang bertermpat di Padang Bola Sepak Taman Permata ( Khaff Football Academy ) Jalan Permata 4, Taman Permata, 53300 Hulu Kelang, Selangor Darul Ehsan


info pelaris....

 
TIDAK kira apa pun bentuk tangkal dan azimat, ia boleh membuka jalan pemesongan akidah. DARI sehari ke sehari, Zarina Bakar gelisah kerana perniagaan pasar mininya yang dibuka sejak tiga tahun lalu semakin merosot. Lebih malang apabila pelanggan tetapnya mula 'lari' ke sebuah kedai runcit lain yang baru dibuka tidak jauh dari kedainya itu. "Lebih teruk, ada antara pelanggan yang mengatakan kedai saya nampak gelap dan tidak dibuka," luah wanita berusia 38 tahun itu.

         Keadaan itu membuatkan dia nekad untuk mencari pelaris bagi memulihkan kembali perniagaannya. Seorang bomoh yang ditemui Zarina di utara tanah air memberitahu, 'pintu kedainya ditutup secara batin' dan kerana itulah pelanggannya beralih ke kedai baru. Selepas dibekalkan dengan air penawar dan beberapa potong doa untuk diamalkan, perniagaannnya mula pulih tidak lama selepas itu. "Saya terpaksa menggunakan cara itu," akui Zarina yang telah berhabisan ribuan ringgit bagi membayar pengeras kepada bomoh tersebut.

      Bagaimanapun, seorang bomoh Orang Asli di Ulu Gombak, Selangor, mendedahkan bahawa pelaris bukan saja diperalatkan untuk menarik lebih ramai pelanggan malah digunakan untuk tujuan menggoda. Menurut Mohamad Ulang, 60, penggunaan akar kayu serta mentera tertentu mampu melariskan perniagaan seseorang. "Namun untuk mendapatkan akar kayu yang sesuai dijadikan minyak pelaris bukannya mudah. Seseorang kena minta izin dan ada balasan yang perlu dibayar," katanya. 
                                     ADA tangkal diperturunkan dalam susur galur keluarga.

       Dakwanya, penggunaan buluh perindu ialah pelaris paling kuat yang pernah diketahuinya. "Sesiapa yang berjaya mengambil buluh perindu haruslah menyimpannya sebaik mungkin. Jika tidak, pelbagai jenis haiwan, tidak kira buas atau jinak, akan mengekorinya," katanya berbaur amaran.

      Ujar Mohamad lagi, musibah juga akan melanda penyimpannya yang menggunakan minyak buluh perindu atau juga dikenali sebagai minyak cinuai itu bagi tujuan menganiaya orang. 
Nenek moyangnya pernah bercerita mengenai buluh perindu yang kembali pada tempat asalnya setelah ia disalahgunakan. Menyingkap bahan yang sering digunakan dalam membuat ramuan pelaris, Tok Batin daripada suku Temuan itu gemar menggunakan akar kayu selimpat, peringat, kemundur serta pengasih dalam pengubatannya. "Akar serta daunnya saya jadikan minyak.

       Lebih mudah dan mujarab berbanding tangkal. Antara rahsia kemujaraban minyak ini ialah ia menggunakan akar yang bengkok. "Walaupun hanya kecil, ia cukup untuk menjadi pelaris yang berkesan pada perniagaan atau diri," katanya. Pengeras dalam bentuk wang ringgit perlu dilunaskan termasuk beberapa pantang larang yang perlu dipatuhi oleh penggunanya.

     Menurut Mohamad, pelaris itu bukan digunakan oleh sesetengah kaum Melayu malah ramai orang Cina dan India juga mempercayai kemujaraban minyak dan tangkal pelaris.



mmm... mmg laaa kalau ikutkan bleh syirik main benda ni... tp atas desakan hidup manusia terpaksa buat apa shj...

15 Kesilapan Kita Sebagai Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-Anak


 

1. Kesilapan pertama: Kurang BerdoaKurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:38)
* Doa agar anak mengerjakan solat ((Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)

Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah
* Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Fuqan, 25:74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Kesilapan kedua: Banyak membaeri belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti:
* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.

3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
* Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* Terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan keempat: Menegur mereka secara negatif
* Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah)
* Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)
* Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.

6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak
* Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’: “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun daripada mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata: “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”
(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
* Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati syarak bile berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas
* Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah
* Seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak
* Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu Sunnah.

11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang
* Seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktivi yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan keduabelas: Berrtengkar di depan anak-anak
* Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibu bapanya.

13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah
* Samada dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang membesar.

14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton
* Samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangn dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak
* Sebagai ibu bapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.”
(Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)

Pencarian Bakat Pemain Bola Sepak...



Anda minat dengan bola sepak?

Jika berminat ada ada skill tersendiri, apa kata anda sertai 

program The Chance Malaysia pada 13hb sehingga 19 April 2012 

Lokasi pemilihan ini berlangsung di Kedah, Johor dan selangor sahaja untuk mencari 5 pemain terbaik 
diperi ngkat kebangsaan untuk 
bersaing di peringkat serantau di Jakarta, Indonesia. Jika anda terpilih, 4 pemain terbaik serantau 
akan beraksi di peringkat akhir dunia di Barcelona, Sepanyol yang akan memberi peluang menjalani 
latihan intensif yang dikendalikan oleh jurulatih Barcelona, Pep Guardiola. Inilah peluang kepada 
sesiapa yang ada bakat tersendiri untuk dipamarkan. Syarat untuk penyertaan ini adalah berumur 
16 tahun sehingga 24 tahun sahaja. Untuk mengetahui lokasi sebenar, layari http://nikefootball.com.my

mmm... sape2 yg rase berbakat tu... pg la mane nak tau ade rezeki...