TIDAK kira apa pun bentuk tangkal dan azimat, ia boleh membuka jalan pemesongan akidah. DARI sehari ke sehari, Zarina Bakar gelisah kerana perniagaan pasar mininya yang dibuka sejak tiga tahun lalu semakin merosot. Lebih malang apabila pelanggan tetapnya mula 'lari' ke sebuah kedai runcit lain yang baru dibuka tidak jauh dari kedainya itu. "Lebih teruk, ada antara pelanggan yang mengatakan kedai saya nampak gelap dan tidak dibuka," luah wanita berusia 38 tahun itu.
Keadaan itu membuatkan dia nekad untuk mencari pelaris bagi memulihkan kembali perniagaannya. Seorang bomoh yang ditemui Zarina di utara tanah air memberitahu, 'pintu kedainya ditutup secara batin' dan kerana itulah pelanggannya beralih ke kedai baru. Selepas dibekalkan dengan air penawar dan beberapa potong doa untuk diamalkan, perniagaannnya mula pulih tidak lama selepas itu. "Saya terpaksa menggunakan cara itu," akui Zarina yang telah berhabisan ribuan ringgit bagi membayar pengeras kepada bomoh tersebut.
Bagaimanapun, seorang bomoh Orang Asli di Ulu Gombak, Selangor, mendedahkan bahawa pelaris bukan saja diperalatkan untuk menarik lebih ramai pelanggan malah digunakan untuk tujuan menggoda. Menurut Mohamad Ulang, 60, penggunaan akar kayu serta mentera tertentu mampu melariskan perniagaan seseorang. "Namun untuk mendapatkan akar kayu yang sesuai dijadikan minyak pelaris bukannya mudah. Seseorang kena minta izin dan ada balasan yang perlu dibayar," katanya. ADA tangkal diperturunkan dalam susur galur keluarga.
Dakwanya, penggunaan buluh perindu ialah pelaris paling kuat yang pernah diketahuinya. "Sesiapa yang berjaya mengambil buluh perindu haruslah menyimpannya sebaik mungkin. Jika tidak, pelbagai jenis haiwan, tidak kira buas atau jinak, akan mengekorinya," katanya berbaur amaran.
Ujar Mohamad lagi, musibah juga akan melanda penyimpannya yang menggunakan minyak buluh perindu atau juga dikenali sebagai minyak cinuai itu bagi tujuan menganiaya orang. Nenek moyangnya pernah bercerita mengenai buluh perindu yang kembali pada tempat asalnya setelah ia disalahgunakan. Menyingkap bahan yang sering digunakan dalam membuat ramuan pelaris, Tok Batin daripada suku Temuan itu gemar menggunakan akar kayu selimpat, peringat, kemundur serta pengasih dalam pengubatannya. "Akar serta daunnya saya jadikan minyak.
Lebih mudah dan mujarab berbanding tangkal. Antara rahsia kemujaraban minyak ini ialah ia menggunakan akar yang bengkok. "Walaupun hanya kecil, ia cukup untuk menjadi pelaris yang berkesan pada perniagaan atau diri," katanya. Pengeras dalam bentuk wang ringgit perlu dilunaskan termasuk beberapa pantang larang yang perlu dipatuhi oleh penggunanya.
Menurut Mohamad, pelaris itu bukan digunakan oleh sesetengah kaum Melayu malah ramai orang Cina dan India juga mempercayai kemujaraban minyak dan tangkal pelaris.
mmm... mmg laaa kalau ikutkan bleh syirik main benda ni... tp atas desakan hidup manusia terpaksa buat apa shj...
Bomoh Memang lah power sangat,jarak jauh die bole buat kwn2 nak try bole sye letak nmbor whatshap die 01120026556(tok keramat kubur)
ReplyDeletePenipu besaq ni, pengecut...
ReplyDeleteEmail ghaniidris88@gmail.com tu seorang yang penipu. Saya dah minta nombor perawat dah apabila saya dah hubungi menjelaskan masalah dan katanya barangan akan diberikan. Setelah saya bank in RM322 tetapi sampai hari ini barangan (minyak) masih belum di pos kan.
ReplyDeleteJadi kawan2, sesiapa yang berubat jangan sesekali berhubung dengan beliau.