Terdapat banyak fakta-fakta sejarah telah disembunyikan dari pengetahuan umun samaada untuk melindungai keburukan atau kejahatan yang pernah dilakukan oleh pemerintah-pemerintah pada masa lalu. Mungkin juga untuk menyembunyikan konspirasi-konspirasi ataupun politik-politik pihak tertentu. Tapi mungkin juga fakta-fakta lampau tidak dicatatkan dengan baik sehinggakan fakta yang sebenar tidak dicatatkan dengan sebetulnya. Disini saya ingin mebetulkan beberapa fakta yang mungkin telah sengaja atau tidak sengaja diubah.
Antara fakta-fakta tersebut :~
● Wujudnya manusia yang berwajah seperti kera tapi tidak berekor yang mempunyai otak dua kali ganda jika dibandingkan dengan manusia yang normal, dan mereka membuat peralatan untuk pertama kalinya sekitar 2 juta tahun yang lalu. Mereka terbagi dalam empat kaum yang berbeza dan setelah 1 juta tahun kemudian, salah satu kaum kemudian meninggalkan benua Afrika. Sekitar 400,000 tahun yang lalu, mereka mula bertutur dengan bahasa dan pada masa itu mereka mula tersebarke benua Afrika, Eropa dan Asia.
Salah satu kelompok terbesar di asia mula bepindah ke benua Amerika yang ketika itu bahagian utara benua Amerika masih lagi bercantum dengan benua Asia. Mereka kemudiannya membina penempatan dibahagian utara dan selatan benua Amerika, yang mungkin sekarang ini dikenali sebagai bangsa Red Indian – penduduk asli Amerika namanya disebut secara salah oleh Columbus, kerana Columbus fikir dia sudah sampai di India, sehinggakan dia menyebut mereka sebagai Indian atau orang-orang India.
● Patung raksasa Sphinx di Mesir diperkirakan dibina sekitar tahun 8000 SM (Sebelum Masihi) oleh bangsa yang memiliki kulit berwarna sawo matang di Afrika utara, iaitu kira-kira 4000 tahun sebelum munculnya peradaban di Mesir. Perkiraan tahun binaannya adalah berdasarkan kikisan air hujan keatas binaan patung tersebut. Cara ini adalah cara yang terbaik untuk mengira tarikh bagi kawasan tersebut.
● Kawasan Brazil ditemui melalui jalan laut sekitar tahun 531 SM atau sebelumnya oleh bangsa Phoenicians. Bangsa Phoenicians merupakan bangsa pertama yang mejalankan aktiviti perdagangan melintasi lautan. Mereka menetap dikawasan Lebanon (iaitu kota berbudaya pertama di dunia) dan mereka telah melintasi lautan Atlantik dari benua Afrika dan menjalinkan hubungan perdagangan dengan masyarakat tempatan di sana selama bertahun-tahun lamanya. Masyarakat tempatan pula adalah asalnya bangsa cina yang datang kesana bengan berjalan kaki.
● Cleopatra (69 SM - 30 SM), seorang Ratu Mesir berusia 16 tahun tetapi terkenal kerana memiliki nafsu seks yang abnormal (seks maniak) dan ketika itu telah menjadi isteri kepada Julius Caesar. Cinta pertamanya ialah ketika dia berusia 12 tahun dan dia juga mempunyai kuil yang dibina khas untuk malakukan pesta seks dengan jejaka-jejaka pilihannya. Cleopatra meninggal ketika berusia 38 tahun kerana telah membunug diri.
● Bangsa Cina yang menyeberangi lautan dengan tongkang (kapal besar) telah menemui Mexico dan negara-negara lainnya dalam lingkungan tahun 459 Masihi.
● Bangsa Vikings dari Eropah utara mempunyai daerah jajahan kecil di kawasan pantai timur Amerika sekitar tahun 900 SM.
● Orang Eropah selatan pertama yang menemukan Amerika utara pada tahun 1472 adalah seorang Portugis bernama Joao vas de Corte Real dalam satu misi pertemuan yang dirahsiakan. Tetapi bangsa Phoenicians telah mengunjungi Amerika utara jauh sebelum masa tersebut. Dan 20 tahun kemudian, Columbus menjumpainya untuk pertama kali iaitu pada tahun 1492 dan dia menyebut Haiti sebagai Hispaniola!
● Mills Darden dari Amerika(1798 - 1857) memiliki berat badan seberat 463 kg, tetapi isterinya hanya 46 kg
● Antonio Meucci (1808-1889) dari Itali menemukan telefon pada tahun 1849 dan Alexander Graham Bell sebenarnya merupakan seorang pekerja kepada Meucci, telah mempatenkan salinannya pada tahun 1876 dan mengakui sebagai hasil dari penemuannya!
● Sir Joseph Wilson Swan mematenkan untuk pertama kalinya mentol lampu pada tahun 1878 di Inggeris. Dan Thomas Alva Edison membuat sedikit tiruan yang lebih baik, kemudian dia berusaha untuk mendapatkan paten keatas hasil peniruan mentol lampunya tersebut di Amerika setahun kemudian. Thomas Alva Edison memperkenalkan bahawa mentol lampu elektrik adalah hasil penciptaannya. Tetapi pada tahun 1892 Perusahaan Edisons bekerjasama dengan Swans untuk menubuhkan General Electric dan setelah itu mereka menggunakan bahan asal dari hasil penemuan Swans untuk membuat mentol lampu.
● Ilmuwan terkenal Nicola Tesla (1856-1943) menemukan radio pada tahun 1893 dan terus mepatenkannya. Ini bermakna Marconi bukanlah pencipta yang sebenarnya.
● Keempat-empat buah cerobong asap kapal Titanic sebenarnya adalah penipuan, hanya untuk kelihatan seperti betul-betul mempunyai empat cerobong asap!
● Charles Lindberg sememangnya adalah manusia ke-82 yang terbang melintasi lautan, tetapi beliau adalah orang yang pertama melakukannya secara solo.
● Negara Vatican dibina pada tahun 1929 dengan bantuan seorang diktator, Mussolini yang sebenarnya hanya ingin mendapatkan perlindungan dari gereja.
No comments:
Post a Comment