Tuesday, March 6, 2012

cite...mee segera...

Mi segera merupakan salah satu makanan yang paling mudah ditemui, praktikal, dan disukai ramai orang kerana rasanya yang enak. mee segera yang tahan lama atau boleh disimpan dalam jangka masa yang panjang menjadikan mi segera kerap menjadi pilihan untuk mereka yang tinggal sendiri kerana masa yang terhad untuk memasak.
 
walaupun begitu, kekerapan mengambil mee segera akan menimbulkan banyak kesan negatif bagi tubuh kerana kandungan bahan pengawet atau perisa tambahannya. selain dari kandungan karbohidrat, mi segera tidak mempunyai kandungan vitamin, mineral, atau serat, yang bermanfaat bagi tubuh. Sehingga pada dasarnya mi segera tidak mempunyai nutrisi yang cukup bagi keseimbangan zat tubuh manusia.

“Namun yang paling berbahaya adalah wujudnya kandungan bahan pengawet, MSG (monosodium glutamat), dan bahan pewarna makanan yang ada di dalam mi segera,” kata dr Patricia Wijaya, doktor ahli kecantikan dari Beauty Inc. kepada Kompas Male, selesai majlis pelancaran produk mi segera baru di Switzerland Bel Hotel, Jakarta Pusat, Minggu (8/1/2012) lalu.
 
Kandungan bahan yang merbahaya dalam mi segera ini didapati daripada proses pengolahan sampai proses pengawetan yang dilakukan dengan cara menggoreng mi sampai kering. Proses penggorengan biasanya menggunakan minyak goreng, yang membuatkan air rebusan menjadi keruh dan sedikit berminyak ketika direbus.
 
“Ramai orang yang mengatakan bahawa air rebusan pertama ini harus dibuang agar pengawetnya hilang. sebenarnya zat pengawet ini tidak akan hilang,” tegas dr Patricia.
 
Air rebusan mi segera yang pertama akan mengeluarkan minyak dan bahan kimia lain yang mungkin digunakan untuk membuatnya. Namun, bahan pengawet dan kandungan lain yang berbahaya bagi kesihatan ketika diolah lebih lanjut ini tidak akan hilang 100 peratus. Ia hanya akan berkurang sedikit ketika air rebusan pertama dibuang.

Kandungan minyak, bahan pengawet, MSG, dan bahan pewarna masih akan tetap berada pada mi segera walaupun kadarnya sudah berkurang beberapa peratus. anda perlu tahu bahawa penggunaan bahan pengawet tak terlalu merbahaya kerana pengeluar mi segera harus mengikuti standard yang selamat yang telah ditetapkan.

walau bagaimanapun, kandungan bahan kimia ini masih berpotensi untuk menyebabkan pelbagai masalah kesihatan apabila diambil secara rutin. “Kesan yang dirasakan memang adalah kesan jangka panjang, contohnya gangguan pencernaan, constipation,malah sehingga kanser pencernaan, dan lain-lain,” tegasnya.

Dalam jangka panjang, bahan kimia tersebut juga akan sangat berbahaya bagi kecantikan wajah dan kulit. Kulit menjadi lebih kering, yang akan menimbulkan pelbagai gejala penuaan awal. Selain itu, mi segera juga akan merosakkan program diet anda, kerana kadar kalorinya tinggi.

tidak salah sekiranya ingin mengambil mee segera, tetapi dinasihatkan supaya tidak diambil terlalu kerap. Jangan menjadikan mi segera sebagai makanan utama, melainkan sebagai makanan tambahan sahaja. anda dinasihatkan untuk mengambil makanan dengan zat yang seimbang untuk sarapan pagi, makan tengahari, dan makan malam untuk kebaikan diri sendiri..


No comments:

Post a Comment