Wednesday, March 7, 2012

Kentut diharamkan...!!!




Penggubal undang-undang Malawi dilaporkan akan membahaskan sebuah 
undang-undang baru pada minggu hadapan kerana kesalahan kentut di 
khalayak ramai.

Menurut AFP, Parti Progresif Demokrat Party berusaha untuk meminda 
undang-undang anti pencemaran yang pertama kali diperkenalkan pada 
1929, tetapi belum pernah dikuatkuasa oleh pihak berkuasa untuk 
keadaan 'perut kembung'.

Undang-undang menyatakan: "Sesiapa yang sengaja merosakkan 
suasana di mana-mana tempat sehingga ia menjadi beracun bagi 
kesihatan orang ramai di tempat kediaman atau kawasan perniagaan 
atau kawasan kejiranan atau melintas laluan awam, akan didapati 
bersalah kerana perbuatan salah laku."

Menteri Perundangan dan hal ehwal perlembagaan, George Chaponda 
memberitahu Capital Radio: "Kerajaan mempunyai hak memastikan 
kesopanan awam. Kami berhak memperkenalkan peraturan di negara ini.
"Adakah anda mahu melihat rakyat negara ini kentut di khalayak ramai 
di mana-mana saja? Ia tidak berlaku pada zaman pemerintah diktator 
kerana orang ramai takutkan akibatnya. Kini disebabkan oleh 
multipartism atau kebebasan, rakyat boleh berkentut di mana saja."
Dia menambah bahawa "ia (kentut) boleh dikawal" dan rakyat 
"sepatutnya pergi ke tandas, bukannya kentut di khalayak ramai".

Bagaimanapun, menurut Metro, peguam Anthony Kamanga 
tidak bersetuju dengan tafsiran Chaponda tentang undang-undang 
1929, kerana fasa undang-undang tersebut hanya berkaitan 
dengan pencemaran udara ( sedangkan kentut tidak mencemarkan udara).

No comments:

Post a Comment