Wednesday, March 28, 2012

komik safee sali...


komik safee sali - super safee

KOMIK SAFEE SALI – SUPER SAFEE| Jika Jepun memiliki komik bolasepak seperti Kickers dan Kapten Tsubasa, kita juga memiliki komik Bola kampung, dan tak lama lagi kita bakal memiliki sebuah lagi komik bolasepak terbaru Komik Super Safee. Tengok tajuk pun kita dah dapat meneka mengenai siapa. Komik Super Safee adalah komik bolasepak berdasarkan karakter pemain bolasepak Malaysia Safee Sali.

Mesti ramai yang masih ingat kisah semasa Safee Sali berangkat ke Cardiff City dulu. Begitu ramai yang memandang lekeh niatnya, kononya kerana Safee Sali sudah berumur, rangking bolasepak Malaysia yang teruk, Ketinggian dan pelbagai lagi persepsi negatif. Sebenarnya Safee Sali sedar yang peluangnya bagi terpilih mewakili Cardiff City sangat tipis.

TAPI APA YANG MENYEBABKAN SAFEE SALI PERGI JUGA?
Katanya:-
“Bukan setiap perkara dilakukan untuk diri kita sendiri. Kita perlu memikir jauh kepada anak cucu kita. Sekiranya saya pergi setidak-tidaknya saya menunjukkan kepada kelab-kelab di sana, orang Malaysia adalah orang yang sanggup berusaha, dan ini membina keyakinan dalam fikiran mereka, pemain-pemain Malaysia boleh diharap. Setidak-tidaknya, biarlah kita berstatus boleh diharap dahulu, dan terpulang kepada anak cucu saya bagi menaikkan status itu kepada ‘boleh dibeli’, ‘sangat hebat’ dsb.”
“Saya juga pergi bukan sahaja kerana mahu membina persepsi kelab Inggeris itu, tetapi juga mahu membina harapan kepada pemain-pemain Malaysia. Saya tahu, usaha saya ini umpama melempar lumpur pada tembok yang kukuh. Tidak mungkin tembok itu akan runtuh. Tetapi setidak-tidaknya, apabila generasi selepas saya melihat lumpur pada tembok itu dan berkata, ‘Saya boleh lebih baik daripada sekadar melempar lumpur. Saya boleh melempar bom!’. Itulah tujuan bola sepak, bukan sekadar untuk diri kita tetapi untuk tanah tumpah darahku.” – SOKERNET.BLOGSPOT
Berbalik kepada cerita utama mengenai komik Safee Sali “Super Safee”. Majlis pelancaran komik safee akan diadakan pada 1 APRIL 2012 ini, jam 4.00 petang bertermpat di Padang Bola Sepak Taman Permata ( Khaff Football Academy ) Jalan Permata 4, Taman Permata, 53300 Hulu Kelang, Selangor Darul Ehsan


No comments:

Post a Comment