Air coca cola telah wujud di dunia ini lebih dari 100 tahun, sejak 1886. Mula-mula ianya digunakan sebagai ubat atau penyembuh beberapa penyakit termasuk mati pucuk (?) Dari semasa ke semasa, Coca-Cola bertukar menjadi minuman ringan yang digemari di seluruh dunia.
Tetapi tahukan anda Coca-Cola mempunyai berbagai-bagai kegunaan selain dari mengilangkan dahaga dalam cuaca panas?
Jika anda berada di luar negara dalam musim sejuk Coca-Cola berguna untuk anda membuang lapisan ais pada cermin kereta anda. Hanya simbah satu tin minuman Coca-Cola dan anda pasti kagumt melihat keputusannya!
Jika anda ingin mandi manda di laut jangan lupa membawa beberapa botol Coca-Cola, selain dari untuk diminum, ianya juga boleh menjadi penawar kepada bisa obor-obor yang terkena di badan yang sangat menyakitkan. Mengasyikkan jika anda melihat obor-obor berenang tapi awas… sediakan sebotol Coca-Cola jika anda ingin menyentuhnya!
Coca-Cola mengandungi asid sitrik yang sangat sesuai untuk membersihkan cermin, jadi hentikan mengguna bahan kimia merbhaya, hanya curahkan mnuman Coca-Cola dan lap dengan kain atau kertas tisu…jika anda cukup kaya!
Bateri kereta anda sudah seteruk seperti gambar di bawah? Jangan susah hati jika tak cukup duit untuk gantikannya, curahkan setin minuman Coca-Cola ke atas selaput putih tu dan masalah anda akan selesai…
Taman bunga di sekeliling rumah anda dipenuhi dengan lintah dan serangga? Tuang Coca-Cola dalam beberapa bekas kecil dan letakkan di merata tempat dalam taman anda. Kandungan gulan dalam Coc akan menarik perhatian serangga dan kandungan asidnya pula akan membunuh serangga itu.
Ini part yang paling menarik kerana ramai yang malas nak layan si mangkuk tandas hingga berkarat dan tak larat nak tengok. Ramai yang tak minum Coca cola kerana kandungan gula dan asidnya yang tinggi, jadi tuangkan ke dalam mangkuk tandas dan biarkan selama 10 minit… dan bilas, Coca Cola akan membantu anda menjadikan si mangkuk tandas menjadi sebersih ini…
Berita baik buat isteri-isteri kaki pancing yang susah nak hilangkan bau hanyir pada pakaian suami anda, memang susah nak buang bau yang meloyakan tu… Pesan kepada suami anda, sebelum balik dari memancing yang tak bawa pulang seekor ikan pun melainkan bau hanyir…singgah sekejap di kedai runcit depan rumah dan beli sebotol Coca Cola untuk membantu anda menghilangkan bau hanyir… Tuankan sebotol dalam mesen basuh semasa mesen basuh dalam keadaan “wash cycle”.
Inginkan rambut kerinting? Buka setin Coca Cola dan biarkan semalaman sebelum dibasuhkan ke rambut dan biarkan selama beberapa minit kemudian cuci dengan air bersih, anda tentu puas hati dengan keputusannya…
korang try laaa k... kiki...
No comments:
Post a Comment