Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kini memantau penyebaran satu ajaran
sesat yang dipercayai mengenakan bayaran kepada para pengikut untuk
mengukur tahap keimanan masing-masing serta menghapuskan dosa
dengan sekadar membakar lilin.
Ajaran sesat ini yang dipanggil
Ajaran Ibu Puteri dipercayai
didalangi oleh seorang
individu bergelar Datuk sejak
tahun 2007.
Lelaki itu bagaimanapun telah
meninggal dunia tahun
lalu, namun ajarannya terus
berkembang.
Pihak berkuasa setakat
ini mengesan kewujudan
ajaran tersebut di beberapa
kawasan sekitar Lembah
Klang seperti Shah Alam, Puchong dan Petaling Jaya.
Apa yang mengejutkan, ajaran sesat ini turut disertai imam, jemaah haji
dan umrah.
Seorang bekas pengikut ajaran itu yang dikenali sebagai Pak Ungku, 50,
menceritakan, mereka kebiasaannya membakar lilin di dalam pinggan berisi air.
Katanya, jika kesan cairan lilin itu banyak, maka individu tersebut didakwa
mempunyai banyak dosa.Seterusnya, nama individu itu akan dimasukkan
dalam satu senarai untuk upacara berasingan bagi menghapuskan
dosa dan sesi pengampunan yang dilakukan oleh pengikut kanan ajaran
berkenaan...
mmm... korang kena hati2 ni...
No comments:
Post a Comment