Terdapat pelbagai kaedah untuk berhenti merokok. Tapi pastikan anda
pelajari kaedah yang betul dan jangan tersilap perhitungan. Faktor yang
paling penting adalah keinginan anda untuk menjadikannya satu kenyataan.
Usaha tangga kejayaan.
1. Tetapkan tarikh untuk berhenti iaitu target untuk anda berhenti
merokok.
2. Yakin diri dan kuatkan azam untuk berhenti merokok.
3. Buatkan nota peringatan dan lekatkan di mana-mana tempat yang mudah
untuk korang lihat sebagai peringatan.
4. Katakan pada diri “Saya Bukan Perokok” dan tekadkan pada diri “Saya
Mampu Berhenti Merokok"
5. Sentiasa berfikiran positif.
6. Dapatkan sokongan daripada keluarga tersayang dan juga rakan taulan.
7. Minum air kelapa muda bagi menghilangkan rasa ketagihan untuk
merokok.
8. Setiap kali terasa untuk merokok cuba lengahkan dengan membuat
perkara lain sehingga terleka dan lupakan perasaan untuk merokok.
9. Buang segala rokok dan kotak rokok yang masih terdapat dalam
simpanan.
Tips Berhenti Merokok 12 M :
1-Melengah-lengahkan iaitu cakap pada diri sendiri tunggu 5 minit atau
katakan nanti sebentar sehinggalah anda tidak merasa ketagihan merokok.
2-Menarik nafas panjang iaitu tarik nafas 3 kali secara perlahan-lahan.
3-Minum air dengan kuantiti yang banyak terutamanya air masak. Elakkan
minuman berkafein seperti nescafe dan kopi.
4-Menyibukkan diri dengan berbuat sesuatu bagi mengalih fikiran dan
untuk melupakan rokok.
5-Menjauhkan diri daripada orang yang merokok. Cuba jauhkan diri dengan
rakan yang merokok sehingga korang benar-benar telah berjaya untuk
berhenti merokok.
6-Mengelakkan diri daripada suasana atau situasi yang mendorong kepada
merokok seperti berkumpul atau lepak bersama kawan yang merokok.
7-Mengunyah sesuatu seperti gam dan buah-buahan. Elakkan yang manis.
8-Membasuh tangan selalu.
9-Mandi dengan kerap.
10-Meregangkan otot dengan melakukan senaman regangan apabila rasa
mengantuk.
11-Meditasi iaitu dengan menenangkan diri supaya dapat berfikir dengan
rasional.
12-Memohon doa iaitu berdoa kepada Tuhan agar dikuatkan azam dan
tingkatkan usaha untuk berhenti merokok buat selama-lamanya.
No comments:
Post a Comment