Iblis akan sentiasa mengganggu manusia, mulai dengan memperdayakan
manusia dari terjadinya dengan setitik mani hingga ke akhir hayat
mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika
sakaratul maut.
Iblis mengganggu
manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan.
Hadith
Rasulullah S.A.W. menerangkan:
"Ya Allah aku berlindung kepada
Engkau dari tipuan syaitan diwaktu sakaratul maut. "
Rombongan
1
Akan datang Iblis dengan berbagai rupa aneh seperti
emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang
lazat-lazat. disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa
hidupnya sangat tamak dan haloba kepada barang-barang tersebut, maka
diraba dan disentuhnya barang-barang Iblis itu, pada waktu itu nyawanya
putus dari tubuh.
Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa
kepada Allah SWT inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah
tempatnya.
Rombongan 2
Akan datang Iblis
kepada orang yang didalam sakaratul maut itu merupakan diri sebagai rupa
binatang yang di takuti seperti, Harimau, Singa, Ular yang berbisa.
Yang apabila orang yang sedang sakaratul maut itu memandang ke binatang
itu, maka dia pun menjerit dan melompat sekuat hati.
Maka
seketika itu juga akan putuslah nyawa itu dari badannya, maka matinya
itu disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah
SWT, matinya itu sebagai Fasik dan Munafik dan ke nerakalah tempatnya.
Rombongan
3
Akan datang Iblis mengacau dan memperdayakan orang
yang di dalam sakaratul maut itu dengan menyerupai binatang
kesayangannya.
Apabila tangan orang yang hendak mati itu
meraba-raba kepada binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba-raba
itu dia pun mati, maka matinya itu di dalam golongan yang lalai dan lupa
kepada Allah SWT. Matinya itu mati Fasik dan Munafik, maka nerakalah
tempatnya.
Rombongan 4
Akan datang Iblis
merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan
mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka orang yang di dalam
sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu
kepada musuh yang dibencinya itu.
Maka sewaktu itulah maut pun
datang dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan nerakalah
tempatnya
Rombongan 5
Akan datang Iblis
merupakan dirinya dengan rupa sanak-saudara yang hendak mati itu,
seperti ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman, sedangkan orang
yang di dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan
lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan minuman
yang dibawa oleh si ayah dan si ibu yang dirupai oleh Iblis, berkata
dengan penuh kasih
"Wahai anakku inilah saja makanan dan bekal
yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut
kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi
bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga. "
Maka
dia pun sudi mengikut tawaran itu dengan tanpa berfikir lagi, ketika itu
waktu matinya pun sampai maka matilah dia di dalam keadaan kafir, kekal
di dalam neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya.
Rombongan
6
Akan datanglah Iblis merupakan dirinya sebagai
ulama'-ulama' yang membawa banyak kitab-kitab, lalu berkata ia: "Wahai
muridku, lama sudah kami menunggu akan dikau, ternyata kamu sedang sakit
di sini, kerana itu kami bawakan kepada kamu doktsr dan ubat untukmu. "
Lalu diminumnya ubat, itu maka hilanglah rasa penyakit itu, kemudian
penyakit itu datang lagi.
Lalu datang pula Iblis yang menyerupai
ulama' dengan berkata: "Kali ini kami datang kepadamu untuk memberi
nasihat agar kamu mati didalam keadaan baik, tahukah kamu bagaimana
hakikat Allah?"
Berkata orang yang sedang dalam sakaratul maut:
"Aku tidak tahu. "
Berkata ulama' Iblis: "Ketahuilah, aku ini
adalah seorang ulama' yang tinggi dan hebat, baru saja kembali dari alam
ghaib dan telah mendapat syurga yang tinggi. Cubalah kamu lihat syurga
yang telah disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui Zat Allah
SWT hendaklah kamu patuh kepada kami. "
Ketika itu orang yang dalam
sakaratul maut itu pun memandang ke kanan dan ke kiri, dan dilihatnya
sanak-saudaranya semuanya berada di dalam kesenangan syurga, (syurga
palsu yang dibentangkan oleh Iblis untuk tujuan menggoda orang yang
sedang dalam sakaratul maut).
Kemudian orang yang sedang dalam
sakaratul maut itu bertanya kepada ulama' palsu:
"Bagaimanakah
Zat Allah?" Iblis merasa gembira apabila jeratnya mengena.
Lalu
berkata ulama' palsu: "Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan
dibuka kepadamu. "
Ketika tirai dibuka selapis demi selapis tirai
yang berwarna warni itu, maka orang yang dalam sakaratul maut itu pun
dapat melihat satu benda yang sangat besar, seolah-olah lebih besar dari
langit dan bumi.
Berkata Iblis: "Itulah dia Zat Allah yang patut
kita sembah. "
Berkata orang yang dalam sakaratul maut: "Wahai
guruku, bukankah ini benda yang benar-benar besar, tetapi benda ini
mempunyai enam sisi, iaitu benda besar ini ada kiri dan kanannya,
mempunyai atas dan bawah, mempunyai depan dan belakang.
Sedangkan
Zat Allah tidak menyerupai makhluk, sempurna Maha Suci Dia dari
sebarang sifat kekurangan. Tapi sekarang ini lain pula keadaannya dari
yang di ketahui dahulu. Tapi sekarang yang patut aku sembah ialah benda
yang besar ini. "
Dalam keraguan itu maka Malaikat Maut pun
datang dan terus mencabut nyawanya, maka matilah orang itu di dalam
keadaan kafir dan kekal di dalam neraka dan terhapuslah segala amalan
baik selama hidupnya di dunia ini.
Rombongan 7
Rombongan
Iblis yang ketujuh ini terdiri dari 72 barisan sebab dari menjadi 72
barisan ialah kerana dia menepati Iktikad Muhammad S.A.W bahawa umat
Muhammad akan terbahagi kepada 73 barisan). Satu barisan/golongan yang
benar iaitu ahli sunnah waljamaah, 72 yang lain masuk ke neraka karena
sesat.
Ketahuilah bahawa Iblis itu akan mengacau dan mengganggu
anak Adam dengan 72 macam yang setiap satu berlainan di dalam waktu
manusia sakaratul maut.
Oleh kerana itu hendaklah kita
mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal dunia akan talkin Laa
Ilaaha Illallah untuk menyelamatkan dirinya dari gangguan Iblis dan
syaitan yang akan berusaha bersungguh-sungguh menggoda orang yang sedang
dalam sakaratul maut.
Disebutkan dalam sebuah hadith yang
artinya: "Ajarkan oleh kamu (orangyang masih hidup) kepada orang yang
hampir mati itu: Laa Ilaaha Illallah. "
No comments:
Post a Comment