Antara tanda-tanda hati yang sejahtera adalah:
1)
Sentiasa mengarah tuan punya diri untuk terus mengingati dan bertaubat
kepada Allah.
2) Sentiasa mengingatkan tuannya untuk beribadat kepada
Allah.
3) Rasa selesa, seronok dan kelazatan beribadat lebih
daripada kelazatan makanan dan minuman.
4) Memberi tumpuan
sedalam-dalamnya terhadap apa yang dibaca khususnya ketika melaksanakan
solat.
5) Mengingatkan tuannya agar sentiasa menghiasi diri dengan
akhlak yang mulia, sama ada perbuatan, kenyataan dan tindakan.
6)
Reda terhadap pelaksanaan perintah Allah dan bersedia untuk meninggalkan
segala tegahan dan larangan-Nya.
7) Seronok menghabiskan masa untuk
Allah dan gelisah apabila habis untuk selain-Nya.
Tanda-tanda
hati yang rosak
1) Hati tidak merasa bersalah apabila
terlibat melakukan dosa dan maksiat.
2) Tidak terasa untuk melakukan
taubat apabila melakukan kesalahan.
3) Merasa seronok bergelumang
dalam dosa.
4) Tidak mempedulikan perintah Allah, malah suka terbabit
pada larangan-Nya.
5) Benci kepada kebenaran dan cuba menghalang
kemaraannya.
6) Benci kepada orang-orang solih atau mereka yang suka
melakukan kebaikan.
7) Suka bertengkar pada perkara yang tidak
memberi manfaat untuk agama.
Menerima rasuah, sogokan, riba dan
perkara haram serta merasakan keseronokannya.
9) Takut kepada orang
yang gagah, tetapi sedikitpun tidak takut kepada Allah.
10) Benci
kepada perkara makruf dan suka kepada perkara mungkar.
Penyakit
hati
1) Nifaq dan riya' (menunjuk-nunjuk).
2)
Bersangka buruk, mengumpat, menghina, subahat pada yang haram dan
ragu-ragu.
3) Hasad dan dendam kesumat.
4) Sombong, bangga diri
dan ego.
5) Bohong dan berputus asa.
6) Cinta mendalam kepada
selain Allah.
7) Ikut hawa nafsu.
8) Keras hati (kerana tidak
duduk dalam majlis ilmu).
9) Takut kepada selain Allah.
10) Belot
dan khianat.
11) Suka memaki hamun orang lain.
12) Bergelumang
dengan perkara dunia dan menjadikannya sebagai matlamat hidup.
13)
Tidak ada perasaan baik kepada orang lain.
Kaedah rawatan
penyakit hati
a) Mentarbiah hati supaya mencintai Allah
dengan sedalam-dalamnya.
b) Membaca serta bertadarus (menyelidik)
makna dan maksud-maksud ayat al-Quran.
c) Mendekatkan kepada Allah
dengan amalan-amalan sunat.
d) Khusyuk dalam solat.
e)
Memperbanyak zikir dan memohon ampun kepada Allah.
f) Melakukan
kebaikan kerana ikhlas kepada Allah dan mengharapkan keredaan-Nya.
g)
Melakukan amal dan ibadat berdasarkan perintah Allah dan Rasul.
h)
Beriktikad dengan akidah yang betul.
i) Sentiasa melakukan muhasabah
diri.
j) Memperuntukkan masa bagi Allah menerusi penggarapan
ilmu-ilmu agama.
k) Memperbanyakkan qiyamullail, berdoa terutamanya
pada sepertiga malam.
l) Tunduk dan khusyuk kepada Allah dalam
segenap tindakan dan perbuatan.
m) Memastikan sumber makanan dan
pakaian adalah halal di sisi Allah SWT.
n) Menundukkan penglihatan
kepada perkara-perkara yang diharamkan Allah.
o) Suka menziarahi
kubur dan mengingati mati.
p) Sentiasa bersyukur dan reda kepada
Allah atas segala nikmat yang dikurniakan.
q) Suka membantu anak-anak
yatim dan bermesra dengan mereka.
r) Suka bersahabat dan duduk
dengan orang-orang solih yang boleh dijadikan teladan.
Apabila seorang muslim merenung kepada perkara
yang telah disebutkan di atas, Insya Allah dia akan menemui sesuatu
yang boleh menjadikannya insaf dan sedar dan semoga mahu untuk melakukan
perubahan dalam diri menuju kecemerlangan sebagai muslim yang bertakwa
kepada Allah.
No comments:
Post a Comment