sebelum ini kita diberitahu tentang bahaya tidung dgn lampu menyala kerana akan menyebabkan pakinson tp baru ini ade satu kajian yg mengatakan....
Anak-anak yang tidur dengan lampu menyala akan berisiko mengidap leukemia. Para ilmuwan
menyatakan bahawa tubuh perlu suasana gelap untuk menghasilkan bahan
kimia bagi melawan kanser. Bahkan ketika menyalakan lampu tandas, lampu
tidur, lampu-lampu jalanan dan sebagainya dapat menghentikan penghasilan
bahan melatonin.
Tubuh memerlukan bahan kimia untuk mencegah kerosakan DNA dan ketiadaan
bahan melatonin tersebut akan menghentikan asid lemak menjadi tumor dan
mencegah pertumbuhannya.
Prof. Russle Reiter dari Texas University yang memimpin penelitian
tersebut mengatakan “Sekali anda tidur dan tidak mematikan lampu selama 1
minit, otak anda segera mengesan bahawa lampu menyala seharian dan
penghasilan bahan melatonin menurun.”
Jumlah anak-anak yang mengidap leukimia meningkat dua kali ganda dalam
kurun 40 tahun terakhir. Sekitar 500 anak muda dibawah 15 tahun
didiagnosis menderita penyakit ini setiap tahun dan sekitar 100 orang
meninggal.
Satu persidangan berkaitan tentang anak-anak yang menderita leukimia
diadakan di London menyatakan bahawa mereka menderita kanser akibat
terlalu lama memasang lampu waktu tidur di malam hari berbanding dengan
yang tidak pernah memakai lampu waktu tidur.
Hal ini menekan penghasilan melatonin di mana secara normalnya terjadi
antara jam 9 malam s/d jam 8 pagi. Penelitian terdahulu telah
menunjukkan bahawa orang-orang yang paling mudah diserang adalah para
pekerja shif yang memiliki risiko terkena kanser payudara.
Pada kenyataannya, Orang-orang buta tidak terdedah terhadap melatonin
dan memiliki risiko yang lebih rendah untuk mengidap kanser. Maka para
ibu bapa disarankan untuk menggunakan lampu tidur yang suram berwarna
merah atau kuning jika anak-anaknya takut pada kegelapan.
No comments:
Post a Comment