Friday, September 23, 2011

lawak... baca masa tension



Di sebuah Mall yang sesak dengan pengunjung.. ada satu alat pengukur berat 
badan yang cukup canggih.. Hanya dengan membayar RM 1.00 kita akan 
diberitahu berapa berat badan kita oleh program komputer. Seorang gadis dan 
temannya mencuba di tengah kerumunan orang.. Setelah memasukkan wang RM 
1.00.. mesin komputer menjawab: "47 kg!"

Gadis kedua cuba untuk menimbang, dan mesin komputer menjawab: "52 kg!"

Setelah beberapa minit datang seorang wanita yang cukup gemuk dan montel 
cuba menimbang dirinya di mesin itu. Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin 
komputer mengeluarkan jawapan:

"Tolong naik sorang-sorang. . jangan ramai-ramai! "

Peguam materialistik
============ ========= ========= ========= =======

Seorang peguam yang sangat berjaya memberhentikan Mercedes Benz siri S 
terbarunya di depan pejabatnya.. ketika dia membuka pintu keretanya.. sebuah 
lori melintas terlalu dekat menyebabkan terlanggar dan menerbangkan pintu 
kereta itu sekaligus menghentam bahagian depan Mercedesnya dg kuat..

Orang ramai segera datang berkerumun dan mereka melihat peguam itu 
menjerit-jerit dan menangis dengan histeria sambil menunjuk keretanya yang 
sudah kemek itu.

Beberapa minit setelah dia dapat menguasai emosinya, beberapa orang 
menggeleng-gelengka n kepala dan memandang hina kepada peguam itu. Seorang
dari mereka berkata,

"Saya tidak sangka yang sifat matrelialistik engkau sudah keterlaluan dan 
mata duitan. engkau hanya pentingkan harta dan tidak pentingkan benda lain"

"kenapa engkau berkata demikian?", tanya si peguam

lelaki itu menjawab.. "Tidakkah engkau tahu yang lengan kiri engkau terputus 
diseret lori tadi?"

"Ya Tuhan!!", jerit si pengecara tadi dengan kuat.. "Di mana jam tangan 
Rolex saya?!!"

Haram menikahi gadis satu kampung
============ ========= ========= ========= =======

MUI jakarta mengeluarkan fatwa baru. Setelah diadakan rapat dan diskusi 
diantarapara pemimpin MUI dan dewan pakarnya, memberikan fatwa pada tanggal 
3 oktober tahun 2003:

"HARAM HUKUMNYA BAGI SEORANG MUSLIM LAKI-LAKI UNTUK MENIKAH DENGAN GADIS 
SEKAMPUNG" Fatwa MUI ini telah menimbulkan perdebatan yang sangat sengit 
antara yang pro dan kontra. Bahkan banyak pihak yang menyatakan bahwa MUI
telah gegabah mengambil keputusan tersebut. Untuk mencari tahu alasan MUI 
mengeluarkan fatwa tersebut, maka wartawan republika mewancari sekretaris 
umum MUI Prof. Dr. Din syamsudin

Inilah isi wawancara tersebut:

Wartawan: Pak syamsudin, bagaimana MUI bisa mengeluarkan fatwa haram untuk 
menikahi gadis sekampung?

Prof. Dr. Din Syamsudin: Bagaimana enggak haram, menikahi empat orang gadis 
aja berat, apalagi satu kampung, kan itu banyak jumlahnya... ..


Dot Pi Dot Mai.
============ ========= ========= ========= =======

Salman (bukan nama betul) pulang dari kerja satu petang dan terdengar suara 
isterinya dalam bilik mengerang. Dia berlari naik ke bilik dan melihat 
isterinya terlantar di katil berpeluh tanpa pakaian. "Kenapa ni sayang?" 
tanya Salman. "I diserang sakit jantung", jawab isterinya. Salman berlari ke 
bawah untuk menalipon doktor tapi belum sempat dia talipon, anaknya yang 
berumur 5 tahun berlari datang dan berkata, "Papa, acik Lan ada bawah katil 
ayah tak pakai suar." Salman mula naik angin dan naik semula ke biliknya. 
Memang betul Roslan(pun bukan nama betul) jiran mereka ada di bawah katil 
tanpa pakaian. Salman menarik Roslan keluar dan berkata, "Lahanat kau Lan, 
isteri aku kena sakit jantung. Kau pulak cubamenakutkan anak aku ye?"

Siapa Ini?
============ ========= ========= ========= =======

Seorang lelaki menalipon hospital untuk memberitahu yang isterinya nak 
bersalin. Dan jururawat hospital menjawab talipon lelaki tersebut.

Lelaki: "Hello... tolong saya sebab isteri saya nak bersalin!"

Jururawat: "Sila bertenang... ini anaknya yang pertama ke?"

Lelaki: "Apa la punya bangang... ni laki dia la!"

Jururawat: "Erkkk... "


Rahsia Menangkap Ikan.
============ ========= ========= ========= =======

Ada seorang nelayan yang selalu dapat banyak ikan bila dia ke laut... so 
crew TV3 interview dia untuk rahsia dia tangkap ikan.

Crew TV3 : "Apa rahsia pakcik tangkap ikan?"

Nelayan : "Pakcik tenguk cara isteri Pakcik tidur bila pakcik bangun pagi.

Kalau dia mengereng ke kiri, pakcik tebar jala kiri. Kalau dia mengereng ke 
kanan pakcik tebar ke kanan."

CrewTV3 : "Kalau isteri pakcik tidur terlentang?"

Nelayan : "Rezeki depan mata, pakcik tak turun kelaut pagi tu... "

CrewTV3 : "Oooooooooooo. .. ... ."



Malu Sesangat.
============ ========= ========= ========= =======

Seorang wanita muda telah ter'bersalin' di dalam sebuah lif. Dier pun malu 
macam nak giler dan tak mahu kuar dari lif itu. Pihak pengurusan bangunan 
pun memanggil polis, bomba dan psychologist untuk pujuk dier keluar. 
Psychologist tu pun cakap ler, "Cik... keluar lah... aper nak dimalukan... 
perkara biase jer nih." Wanita muda yang terbersalin itu pun menjawab, "Tak 
mau, tak mau, saya malu." Psychologist itu menambah, "Alah cik... tahun 
lepas saya ader 1 kes lagi teruk... pompuan tu beranak dalam longkang!!" 
Mendengarkan kata-kata Psychologist tu jer, wanita muda tu terus meraung 
bagai nak giler lalu berkata, "Yang tu pun saya gak, uhwaaa..!!!"


Zorro & Robinhood
============ ========= ========= ========= =======

-Pada satu ketika, ada satu pertandingan untuk orang ramai menunjukkan 
kehebatan masing masing menggunakan senjata. Ada 2 peserta yang dapat masuk 
akhir, Zorro ngan Robin Hood. Mereka berdua pun masuk dalam hutan untuk 
berjalan jalan sambil mencari idea untuk pertandingan mereka. Sedang 
berjalan jalan, mereka terjumpa seorang perempuan dari kaum orang asli yang 
sungguh cantik. Mereka berdua sepakat untuk bertarung dan siapa yang menang 
akan dapat perempuan tersebut. Mereka pun memanggil perempuan tersebut dan
meletakkan sebiji epal d iatas kepala perempuan itu. Memula Zorro nak 
mulakan pertandingan. Dia pun bergerak sejauh 50 meter dari perempuan itu 
dan membaling PEDANG nya kearah epal diatas kepala perempuan tu. Zuuupppp, 
terbelah dua epal tu. Perhgggg, dengan bangganye, si Zorro jerit... "I AM 
ZORRO... .."

Kemudian giliran Robin Hood plak. Dia mengambil jarak 100 meter. Kemudian 
menggunakan ANAK PANAH nye. Zuuupppp, terbelah dua epal yg baru diletak atas 
kepala perempuan asli tu. Dengan jobonye jugak... . si Robin Hood kata... . 
" I AM ROBIN HOOD... ... ... ... "

Sedang mereka bertarung, lalu lah seorang penduduk lelaki orang asli disitu. 
Dia merasa tercabar kerana dengan senang lenang nye pompuan kaum dia nak 
kena kawin ngan orang luar. So, atas rasa tanggungjawab, dia pun masuk 
pertandingan tu jugak. Dengan menggunakan sumpit dan jarak 150 meter, kini 
giliran orang asli tu plak. ZZZZUUUUUPPPPP. .. ... ... ... .!!!! PPRRAAPP. 
Kena kepala pompuan tu dan mati. Dengan selamba orang asli tu kata... ... . 
... ... "I AM SORRY... .!!"

Telur ------- JAMAL ke kedai untuk membeli telur yang dipesan ibunya. Ketika 
berdiri di tepi jalan, dua buah kereta tiba-tiba berlanggar di hadapannya. 
Dia terkejut dan kaku di situ sehingga polis dan ambulans tiba. Setelah 
mangsa dikeluarkan, Jamal berlari pulang dan terlupa membeli telur. Jamal 
dengan penuh minat menceritakan kemalangan itu pada ibunya. "Dahsyat bu, 
kakinya tercabut dan terpelanting ke seberang jalan. Tangannya pulak putus, 
kepala pecah, perut terburai... Tiba-tiba ibunya mencelah, "Telurnya mana?" 
Jamal menjawab, "Err... . Mal tak tau pulak ke mana tercampaknya! "


Pisang
============ ========= ========= ========= =======

Ahmad dan Ali menaiki kereta api buat pertama kali dalam sejarah hidup 
mereka. Kedua-duanya turut membawa sesikat pisang sebagai bekalan semasa 
dalam perjalanan. Setelah agak lama dalam perjalanan, Ahmad memberikan 
sebiji pisang pada Ali. Sebaik Ali menggigit pisang di tangannya, kereta api 
memasuki terowong yang panjang. Ali : Kau dah makan pisang tu? Ahmad : Belum 
lagi... Ali : Eloklahhh... .. Jangan dimakan. Baru saja aku gigit terus mata 
jadi buta!...


Untuk apa kamu datang kesini? ============ ========= ========= ========= =======

"Hei, kamu yang berdiri di belakang," tegur pensyarah "Cuba sebutkan 
individu yang terlibat dalam Perjanjian Badang!"

"Maaf, saya tidak tahu.. encik"

"Apa? tidak tahu? Baiklah, kalau begitu sebutkan saja tahun berapa 
perjanjian itu ditandatangani? "

"Maaf, saya tidak tahu juga, encik.."

"tidak tahu sama sekali? Maklumat itu kan sudah saya berikan untuk dibaca 
minggu lalu. Jadi untuk apa kamu datang ke sini kalau tidak tahu?"

"Mahu memeriksa kabel lampu ini, encik.. Saya petugas TNB"


Kemalangan jalanraya
============ ========= ========= ========= =======

Pada suatu hari, ada sebuah kereta yang dipandu terhoyong hayang melanggar 
tinga lampu dan terbalik.. Kesemua penumpangnya yang terdiri dari seorang 
lelaki tua.. seorang wanita tua.. dan dua orang anak kecil.. luka parah tak 
berdaya. Hanya seekor monyet yang merupakan binatang peliharaan keluarga.. 
masih sihat tanpa sedikit lukapun

Pihak polis kebingungan melihat kejadian itu... lalu dia memutuskan untuk 
menyoal saja pada si monyet untuk memperoleh keterangan mengenai kejadian 
tersebut..

Polis : "Monyet.. apa yang terjadi sebenarnya?"

Si monyet kemudian merebahkan dirinya dalam keadaan terbalik beberapa kali.

Polis : "Oh... kereta terbalik beberapa kali... jadi apa yang dilakukan oleh 
lelaki tua itu?"

Si monyet menirukan gerakan mabuk sambil mengayakan minum arak..

Polis : "Oh... lelaki itu sedang mabuk masa memandu... . dan bagaimana pulak 
wanita tua itu? anak-anak juga buat apa?"

Si monyet menirukan posisi orang tidur.. kemudian bergerak-gerak spt orang 
sedang bertengkar.

"Oh... okey.. saya dah faham.. wanita tua itu tido dan anak2nya bertengkar 
dalam kereta.. dan kamu sendiri pula buat apa monyet?"

Dan... si monyet kemudian menirukan gaya memandu


Cerita Dahulu Kala
============ ========= ========= ========= =======

Dahulu kala.. dalam kerajaan Phuket.. ada seorang raja yang mempunyai anak 
puteri.. Kedua anak ini mempunyai permintaan yang perlu dipenuhi. Anak 
pertama meminta dicarikan kuda yang mampu berlari kencang dan patuh kepada 
majikannya serta cantik penampilannya.

Anak kedua pula permintaannya tidak terlalu sukar.. Dia hanya minta suatu 
cerita. Dan ceritanya berbunyi begini... Dahulu kala.. dalam kerajaan 
Phuket.. ada seorang raja yang mempunyai anak puteri.. Kedua anak ini 
mempunyai permintaan yang perlu dipenuhi. Anak pertama meminta dicarikan 
kuda yang mampu berlari kencang dan patuh kepada serta cantik penampilannya.

Anak kedua pula permintaannya tidak terlalu sukar.. Dia hanya minta suatu 
cerita. Dan ceritanya berbunyi begini... Dahulu kala.. dalam kerajaan 
Phuket.. ada seorang raja yang mempunyai anak puteri.. Kedua anak ini 
mempunyai permintaan yang perlu dipenuhi. Anak pertama meminta dicarikan 
kuda yang mampu berlari kencang dan patuh kepada majikannya serta cantik 
penampilannya.

Anak kedua pula permintaannya tidak terlalu sukar.. Dia hanya minta suatu 
cerita. Dan ceritanya berbunyi begini... Dahulu kala... ... ... ... ... ... 
... ... ... ... ... .. bla.. bla... blaaaa


Buah Durian
============ ========= ========= ========= =======

Samdol pergi ke sebuah pekan untuk membeli buah durian... lalu dia 
menghampiri seorang penjual buah durian yang merupakan orang asli 
tempatan...

Samdol : "Bang harga durian ini berapa?"

Org Asli : "yang ini.. sepopit sebiji"

Samdol kebingungan mendengar jawapan dalam bahasa orang asli itu kerana dia 
tidak memahami berapa nilainya sepopit itu.. lalu Samdol buat2 tahu dan cuba 
menawarinya. .

Samdol : "Bang.. Boleh kurang sikit tak"?

Orang Asli : "Boleh aje, nak kurang berape?

Samdol : "Lahupa.. boleh ya!"

Penjual orang asli itu kebingungan. . lalu bertanya pada Samdol..

Orang Asli : "Lahupa itu berapa?"

Samdol : "Cakap dulu.. Sepopit itu berapa?"


Ujian akhir CIA
============ ========= ========= ========= =======
Tiga lelaki sedang bersiap untuk mengikuti ujian akhir untuk menjadi agen 
CIA. Pegawai bertugas menyatakan yang didalam ujian akhir mereka ini, mereka 
dikehendaki membunuh isteri masing2. Pegawai itu memberi senapang pada Abdul 
dan kemudian masuk ke bilik sebelah dimana isterinya berada. Beberapa minit 
kemudian lelaki itu keluar dan mengatakan dia terlalu cinta kepada 
isterinya, tak kuasa ia membunuhnya.

Amin memasuki bilik yang lain dengan senapang untuk membunuh isterinya. 
Sepuluh minit kemudian dia keluar dan menyatakan.. betapapun dia ingin jadi 
agen CIA, dia tak sanggup membunuh isterinya sendiri.

Kemudian pegawai itu memberikan senapang kepada Akbar dan kemudian masuk 
bilik yang mempunyai isterinya... Setelah 15 minit mereka semua mendengar 
bunyi tiga kali tembakan. Kemudian setelah beberapa minit.. lelaki itu 
keluar dengan nafas termengah-mengah dan berpeluh... Pegawai itu bertanya 
apa yang terjadi.. dan Akbar menjawab "Tuan bagi senapang yang ada peluru 
kapur.. jadi aku terpaksa mencekik leher isteriku untuk membunuhnya. ."

No comments:

Post a Comment