Wednesday, September 21, 2011

Awas, Komputer Boleh MEMBUNUH!



 
Sebenarnya, banyak perkara yang boleh "MEMBUNUH" jika dilakukan/diambil secara berlebihan. Malah ada yang mati kerana terlebih melakukan eksesais. Ada juga yang mati kerana terlalu berdiet.
Kali ini diberitakan bahawa seorang lelaki warga China berusia 30-an meninggal dunia selepas tiga hari tidak tidur dan hanya menjamah sedikit makanan kerana asyik bermain permainan komputer di kafe
internet di luar Beijing. Lelaki yang tidak dikenali itu jatuh dan koma sebelum dikejarkan ke klinik berdekatan kafe yang terletak di pinggir ibu negara itu. Beliau kemudian meninggal dunia, laporBeijing
Times
 
Menurut sumber polis, lelaki itu membelanjakan lebih 10,000 yuan (RM4,629) sejak beberapa bulan lalu untuk bermain permainan komputer dan tidak meninggalkan komputernya selama tiga hari.
 
Susulan kejadian itu, pihak polis merampas beberapa buah komputer untuk membantu penyiasatan tetapi menolak kaitan pembunuhan dan sehingga kini mereka tidak menahan pemilik kafe internet yang hanya memiliki enam terminal komputer itu.
 
Menurut penyelidik, kejadian itu menjadi contoh dalam kempen kerajaan untuk memerangi ketagihan internet yang melanda jutaan rakyat China.
 

No comments:

Post a Comment