Thursday, September 8, 2011

JENIS-JENIS WANITA



Imam Al-Ghazali ada mencatatkan...Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah,
yang Mananah, dan yang Hananah. Dan yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.

WANITA ANANAH
Wanita Ananah ialah wanita yang banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat
memperalatkan sakit atau buat - buat sakit untuk kepentingan diri.
WANITA MANANAH
Wanita Mananah ialah wanita yang suka membangkit - bangkit terhadap
suami.Wanita ini sering menyatakan ; Aku membuat itu keranamu.

WANITA HANANAH
Wanita Hananah ialah wanita yang menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya
sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

WANITA HADAQAH
Wanita Hadaqah ialah wanita yang melemparkan pandangan dan matanya pada
tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

WANITA BARAQAH
Wanita Baraqah ini ada dua makna; pertamanya wanita yang sepanjang hari
mengilatkandan menghias mukanya dan keduanya dia marah ketika makan dan
tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkan bahagiannya.

WANITA SYADAQAH
Wanita Syadaqah ini cukup untuk dikenali iaitu wanita yang mempunyai
sifat suka banyak cakap tidak memntu lagi bisingnya.

No comments:

Post a Comment