Wednesday, July 13, 2011

info binatang x bleh makan cokelat...

Bagi kita manusia , cokelat merupakan makanan yang sangat lazat , mengasyikan dan hampir tidak bermasalah pada kesihatan kita. Paling-paling hanya menambah berat badan dan merosakkan gigi.

Cokelat mengandung teobromin, kandungan teobromin dalam cokelat boleh menjadi racun untuk sebahagian haiwan bila dimakan. Haiwan-haiwan yang boleh kena keracunan pada kandungan teobromin diantaranya adalah kuda, anjing, burung kakak tua, tikus-tikus jenis kecil dan kucing (khususnya anak kucing), ini kerana metabolisme tubuh mereka tidak dapat mencerna kandungan kimia ini secara efektif. Bila mereka diberi makan cokelat maka kandungan teobromin akan tetap berada dalam aliran darah mereka hingga 20 jam, akibatnya haiwan-haiwan ini mungkin mengalami epilepsi dan kejang-kejang, serangan jantung, pendarahan internal, dan pada akhirnya menyebabkan kematian.

Anjing yang keracunan cokelat terserang sakit perut yang luar biasa dan biasanya disertai dengan muntah darah. Muntahannya biasanya berbau coklat. Kemudian anjing akan mengeluarkan cairan liur yang berlebihan, gelisah, dan sulit untuk berdiri atau berjalan kerana tubuh terasa kaku dan kejang. Rasa haus akan meningkat padahal air liur terus keluar, anjing akan minum terus sampai kemudian muntah lagi.

Kalau tidak segera diberi pertolongan, keadaan anjing akan menjadi lebih parah lagi seperti meningkatnya pernafasan, tremor otot, tubuh kaku, air kencing mengandung darah, gusi membiru, kejang-kejang, dan akhirnya mati.

Biasanya, doktor haiwan kalau melihat gejala-gejala tersebut kebanyakan memvonis anjing terkena penyakit distemper syaraf atau parvo kerana gejalanya hampir sama.


Tidak ada ubat yang boleh menawarkan racun cokelat. Biasanya oleh doktor anjing hanya diinfus dan diberi tambahan oksigen agar anjing dapat bertahan sampai racun cokelat tersebut hilang dengan sendirinya. 

No comments:

Post a Comment