Wednesday, July 13, 2011

wanita islam didenda asd5500-jika pakai purdah


CANBERRA - Wanita Islam kini terpaksa membuka purdah dan menunjukkan muka mereka atas permintaan polis untuk proses pengecaman berikutan undang-undang baru dicadangkan kerajaan Australia.

Cadangan itu mencetuskan pertembungan budaya antara umat Islam yang semakin meningkat dan rasa tidak senang penganut Kristian Australia sejak 1973 apabila kerajaan melong-garkan polisi imigresen.

Wanita Islam yang menentang arahan polis dengan enggan membuka purdahnya boleh dikenakan hukuman penjara maksimum setahun dan denda ASD5,500 (RM17,710).

cam ne laaa nanti, makin hari makin ditindas....

Namun, rang undang-undang itu akan diundi Parlimen pada Ogos depan dikutuk hebat penunjuk perasaan Islam di negara itu sebagai tindak balas melampau ke atas satu kes lalu lintas melibatkan seorang pemandu wanita yang tidak mahu membuka purdahnya sebaliknya hanya mendedahkan matanya.


No comments:

Post a Comment