Wednesday, July 6, 2011

Alamak..tahi manusia pun dah dijadikan daging tiruan



Para saintis di Jepun telah menemui kaedah untuk memproses tahi kepada daging tiruan.
Mitsuyuki Ikeda, seorang pengkaji dari Okayama Laboratory, telah menghasilkan steak 
tiruan dari tahi manusia. Tokyo Sewage mulanya menghubungi saintis tersebut mencari 
penyelesaian kepada najis yang terlalu banyak di loji buangan najis. Mereka memintanya 
mencari kegunaan lain untuk najis tersebut kerana ianya mengandungi protein yang 
berlebihan disebabkan bacteria yang banyak.Para pengkaji kemudian mengasingkan 
bahan proteinnya, mencampurkannya dengan pemangkin dan memasukkan bahan2 
tersebut ke dalam mesin peletup untuk menghasilkan steak tiruan. 'Daging' yang terjadi 
mengandungi 63% protein, 25% carbohydrates, 3% lipids dan 9% mineral. Para pengkaji 
kemudian menambah pewarna merah dan perasa soya untuk menambah kelazatan. 
Ujian awal menunjukkan orangramai yang merasa daging tahi ini tidak dapat membezakannya 
dengan daging lembu.



No comments:

Post a Comment