Di London, satu ibu jari kaki palsu yang ditemui pada kaki mumia Mesir kuno dipercayai merupakan organ palsu tertua di dunia. Artifak tersebut yang diperbuat daripada kayu dan kulit, kini disimpan di Muzium Mesir, Kaherah.
Ia digunakan pada tahun 600 Sebelum Masehi bagi membantu orang yang hilang ibu jari kaki berjalan seperti biasa. Ibu jari kaki palsu itu beberapa ratus tahun lebih tua daripada kaki palsu Empayar Rom yang dipercayai organ palsu terawal ditemui sebelum ini.
No comments:
Post a Comment