Lamborghini Buatan Sendiri
Jika anda tidak mampu memiliki Lamborghini, tidak bermakna anda tidak boleh memilikinya. Itulah kata-kata yang bermain didalam kepala seorang pemuda dari Chenzou, China apabila beliau membina sendiri Lamborghini idamannya di garaj rumahnya. Well, Home made lambo! hahaha
Chen Jinmiao menceritakan yang beliau mengidam untuk memiliki Lamborghini semenjak kecil lagi, memandangkan beliau kini seorang mekanik yang terlatih, beliau memutuskan untuk membina Lambo kegemarannya itu. Beliau memulakan dengan mencari blueprints terlibat di internet, mencari alat-alat ganti kereta yang bersesuaian, dan setahun kemudian pooof! lambo kuning siap! hehe
Apa yang menariknya, lambo beliau dilengkapi dengan scissor door yang membolehkan pintunya dibuka keatas seperti lambo sebenar. Menurut Chen lagi, walaupun ia tidak lah secantik lambo sebenar tetapi hasratnya tetap menjadi kenyataan. Lambo buatannya itu mampu bergerak selaju 100km/h dan hanya memakan belanja 3000USD, berbanding lambo sebenar yang mencapai hampir 100 kali ganda dari lambo buatannya.
No comments:
Post a Comment