Kesyukuran yang selalu dipanjatkan dengan sepenuh hati akan memberi kesan tersendiri pada Anda. Perubahannya ketara. Anda akan jadi girang, gembira, bersemangat.
Berikut adalah 5 tips bagaimana untuk merasai kesan sikap bersyukur,khas untuk seorang wanita.
Tips 1: Tiap kali Anda bangun di awal pagi, ucapkan syukur.
Ucap syukur kerana Anda dapat tidur malam tadi. Anda dapat rehatkan badan Anda. Ucapkan syukur kerana Anda masih hidup hari ini, kerana Ana saja boleh mati ketika sedang tidur. Sesiapa saja berisiko besar untuk mati ketika sedang tidur. Selepas bangun, ucapkan syukur. Tanamkan azam di dalam hati Anda mahu capai tahap terbaik dalam apa jua perkara yang Anda lakukan hari ini.
Tips 2. Ketika Anda menyediakan makanan dan minuman untuk suami dan anak-anak, ucapkan syukur.
Ketika Anda sibuk menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak, niatkan untuk menggembirakan hati mereka. Mereka gembira merasai hidangan Anda, kesannya Anda akan gembira sama. Apabila terlihat senyuman mereka, ucapkan syukur di dalam hati kerana Anda berjaya menggirangkan hati mereka dengan air tangan Anda. Usah pertikaian rasa penat, mengantuk, lemas badan,malas ataupun rasa terpaksa. Hadirkan syukur pada Tuhan kerana Anda ada seorang suami yang menyayangi Anda (dan untuk Anda sayangi) serta anak-anak sebagai penyeri hidup.
Tips 3. Lihat sekeliling Anda, cari keindahan di sebaliknya.
Hidup Anda indah sebenarnya, cuma Anda tak nampak selama ni. Lihat sekeliling anda, sekeliling rumah Anda, bunga-bunga Anda, dengar kicauan burung, rasai desiran angin, nikmati kehijauan dedaunan. Rasai ketenangan ketika Anda menatap semua itu. Kemudian, ucapkan syukur kerana Anda diberi peluang menikmati keindahan alam.
Tips 4. Jadikan tugasan sebagai peluang untuk Anda berbakti.
Seorang suri rumah, pasti sangat sibuk. Memasak, mengemas, membersih, menghias. Anda pasti banyak tugas yang perlu dilakukan! Jika di lihat dari perspektif lain, tugas-tugasn seorang suri rumah sebenarnya adalah peluang untuk dia beroleh pahala. Niatkan dalam hari Anda melakukan semua pekerjaan Anda dengan bakti kepada suami, kepada anak-anak, bakti kepada keluarga Anda keseluruhannya. Banyakkan memberi tenaga, banyakkan main peranan. Lakukan kesemuanya dengan kasih sayang. Apa yang Anda curahkan, Anda akandapat semula. Percayalah, apabila suami Anda puas hati dengan apa yang Anda buat, anak-anak memuji usaha Anda, hati Anda pasti girang dibuatnya. Syukurilah semua itu!
Tips 5. Ingat selalu perkara-perkara yang Anda syukuri.
Kebanyakan orang jadi tidak bermotivasi sebab fikiran mereka disesakkan dengan masalah duniawi. Kesannya, mereka jadi gelisah, rasa tidak selesa. Mungkin Anda pernah mengalami hal yang sama. Fikiran Anda sesak dengan hal-hal di tempat kerja, karenah memualkan rakan sekerja, tugasan bertimbun,perangai orang-orang yang berurusan dengan Anda, hutang piutang yang perlu dibayar, gaji yang tinggal sedikit, keinginan yang semakin membanyak. Semua ni membuat Anda hilang semangat mahu meneruskan hidup. Anda dilanda tekanan-tekanan halus. Anda cepat melenting, pemarah dan pendendam.
Untuk jadi suri rumah bermotivasi serta wanita bermotivasi, maafkan kesalahan orang lain sebelum Anda tidur. Ketika Anda tidur, kemaafan itu akan mencuci segala kemarahan dan dendam dalam fikiran Anda.
Esok paginya, Anda bangun dengan rasa girang. Nak bersyukur pun senang sebab fikiran anda tak sesak dengan perkara-perkara yang menyakitkan hati.
Bila Anda sudah bangun dan menjalani kehidupan seharian, amalkan selalu rasa bersyukur. Hargai dan ucapkanterima kasih di dalam hati. Hargai orang-orang di sekeliling Anda dan hargai apa yang mereka buat pada Anda. Hargai benda-benda yang Anda gunakan. Hargai makanan atau minuman yang suami Anda buatkan. Hargai kenakalan anak-anak di waktu pagi sebab dari gelagat sebegitulah, bisa tersenyum. Walaupun kekadang perangai mereka menyakitkan hati, namun Anda pasti tersenyum! Hargai anak Anda dan ucap terima kasih padanya kerana menjadi penyeri hidup Anda selama ini, walaupun dia dah besar panjang.
Seterusnya, untuk Anda bersemangat selalu, ingatlah perkara-perkara yang Anda syukuri. Latih diri Anda melakukan perkara ini. Kesannya pasti mujarab. Ada syarat. Jangan pernah ingat hal-hal buruk di masa lalu, walau cuma sesaat! Ia akan memadam kegirangan Anda secara automatik.
Disiplinkan fikiran. Hal ni sukar untuk kali pertama. Namun apabila Anda rajin menghargai dan mensyukuri segala-galanya bermula dari perkara-perkara kecil,pasti Anda dapat membina kekuatan mental. Anda akan mahir menangkis fikiran negatif lalu mengubahnya kepada perkara lain. Kawalan emosi Anda juga akan jadi semakin kukuh.

No comments:
Post a Comment