Kereta ini diberi nama ‘ Chase 2053′, adalah sebuah kereta konsep yang sangat hebat kerana boleh bergerak di udara dan juga di atas darat. Kenderaan ini dikuasakan oleh gas hidrogen dalam bentuk seperti salji cair.
Direkabentuk oleh perekabentuk daripada Norway, Thomas Larsen Roed berdasarkan pengangkutan masa hadapan. Chase 2053 boleh bergerak di udara dan di darat kerana sesuai dengan pembangunan pada zaman itu yang sesak dan sekali gus lebih selamat dan kereta dapat bergerak dengan lancar.
Kereta ini dibina dengan bahan mudah lentur dan kemudian di akhiri dengan polikarbonat pada bahagian luaran. Lebih ringan dibandingkan dengan kereta sekarang.
No comments:
Post a Comment