Wednesday, June 8, 2011

crop circle yang misteri....

Satu lagi fenomena aneh di dunia yang  sulit untuk dipecahkan oleh akal normal manusia bahkan ahli ilmuwan sekalipun, iaitu Crop circle.
Crop Circle merupakan fenomena alam penuh misteri yang  sering di jumpai. Sudah hampir 350 tahun semenjak kemunculannya pertama kali di England pada tahun 1647, sampai sekarang belum ada jawapan yang pasti bagaimana cara  kejadian aneh ini terbentuk.

Crop circle adalah suatu bentuk lingkaran dan bentuk bentuk lain seperti geometri (dan kebanyakan berukuran besar serta luas ), bahkan ada juga yang yang biasa ditemui membentuk   mahkluk hidup seperti kalajengking,bunga matahari,Lebah,dan lain – lain diladang pertanian khususunya gandum.
Di england, Canada, Amerika, Australia dan Jepun, banyak ditemukan fenomena crop circle. Fenomena ini biasanya muncul di musim panas sewaktu ladang pertanian ditumbuhi dengan tanaman.
Bentuk geometri itu kadangkala  berupa lingkaran- lingkaran atau  berbentuk rangkaian gambar yang unik, yang menunjukkan bahawa pembuatnya adalah makhluk yang pintar.


Tetapi crop circle ini bukan dibuat oleh manusia berdasarkan berbagai bukti yang telah diselidiki oleh para ilmuwan. Justeru itu, mahkluk apakah  membuat semua ini? Crop circle banyak dijumpai di selatan England
Banyak yang mengkaitkan crop circle ini dengan kegiatan spiritual kerana rangkaian bentuk geomtri yang terbentuk di ladang pertanian itu (gambar-gambar itu terbentuk dengan tanaman yang rebah ).

kejadian di oliver's castle 1996
Menurut informasi yang ada, kemunculan fenomena crop circle ini sering disertai  dengan pemunculan ufo yang berbentuk bola cahaya. Sebuah video yang berjaya merekam proses terjadinya sebuah crop circle (di oliver’s castle tahun 1996, lihat foto atas) menunjukkan bahwa sebuah crop circle terbentuk dalam waktu hanya sekitar 20 saat saja, padahal besarnya mencapai puluhan meter.
Fenomena ini dikatakan telah muncul sejak ratusan tahun lalu. Sebuah ukiran pahatan kayu dari abad 17 yang dinamakan “Mowing Devil” menunjukkan ada makhluk yang dipercaya adalah syaitan, membuat kerosakan berupa lingkaran di ladang pertanian.


Kemunculan crop cirle di Rusia beberapa tahun yang lalu sangatlah menakjubkan,dimana mereka  muncul  bersilih berganti. Masyarakat sekitar yang melihatnya  kebingungan bagaimana cara crop circle dapat terbentuk  dalam waktu secepat itu.dalam semalaman sahaja.Sekitar 6-7 crop circle dengan ukuran yang besar telah terbentuk di ladang gandum mereka.
Yang membuat mereka semakin   kagum adalah macam-macam bentuk dari crop circle itu sendiri,ada yang membentuk  bunga matahari yang luar biasa indahnya. Sehingga saat ini,banyak spekulasi dan pandangan mengenai peroses terbentuknya Crop Circle.
Ada yang beranggapan fenomena tersebut memang dibuat oleh manusia,tapi ada pula yang beranggapan ianya adalah dari proses kejadian  alam.  Lingkaran aneh serta misteri di ladang gandum adalah fokus yang selalu menarik perhatian dan penelitian dari kalangan ilmuwan, dan hingga kini belum ada kesimpulan atas sebab terjadinya fenomena tersebut,

Berikut beberapa kesimpulan yang dibuat tentang terjadinya Crop Circle :
  • Perbuatan manusia
Sebenarnya sulit untuk mempercayai   ini adalah perbuatan manusia. Cukup ramai yang beranggapan bahawa apa yang disebut lingkaran ladang gandum itu tidak lebih dari perbuatan gila seseorang.
Menurut seorang saintis, Anderro dari England  yang telah menyelidiki sekaligus meneliti fenomena tersebut selama 17 tahun lamanya, bahawa ada sekitar 80% lingkaran ladang gandum itu merupakan buatan manusia. Seorang warga England  pernah  mengakui kepada media massa, bahawa dia dan beberapa rakannya  adalah pembuat lingkaran ladang gandum di London, england.

sangat cantik dan misteri
Menurut mereka, sebelum mereka membuat itu (crop circle),  mereka telah mempersiapkan  design crop circle diatas kertas. Ketika gandum di ladang hampir matang,  sebuah paku panjang dipacakkan di ladang gandum dan paku itu dijadikan sebagai pusatnya. Seterusnya, mereka akan melingkari permukaan tanah dengan tali, lalu muncullah sebuah lingkaran ladang gandum.
Kekeliruan disini adalah, apakah mungkin dia dapat membuat lingkaran tersebut dalam masa satu malam sahaja  tanpa alat bantu yang memadai? Dan tujuan mereka membuatnya untuk apa?

  • Medan magnet
Sebahagian lingkaran aneh tersebut dikatakan terjadi akibat “dosa” manusia.  Struktur gambar  crop circle (lingkaran aneh) yang rumit, ukurannya yang besar,  rekabentuk yang indah, sama sekali bukan hasil buatan manusia yang dapat dilakukan dalam waktu semalam.
crop circle waverly Misteri Crop Circle
Meskipun Anderro bekeras mengatakan bahwa 80% lingkaran ladang gandum itu adalah buatan manusia, namun, dia juga yakin, bahawa 20% bakinya adalah pembentukan semulajadi kerana kesan medan magnet bumi.
Menurut teori, medan magnet mempunyai suatu daya gerak yang tidak dapat dilihat,yang dapat menghasilkan suatu  arus elektrik, menyebabkan  tanaman “berbaring mendatar” di atas permukaan tanah.
Ahli sains yang mengeluarkan teori ini, Jeffery Walson, telah meneliti 130 lebih lingkaran ladang gandum, dan mendapati bahawa 90 % disekitar lingkaran aneh tersebut terdapat satu medan yang berhubungan dengan kabel voltan tinggi.

Di bawah panjang garis keliling sepanjang 270 meter tersebut terdapat sebuah kolam, oleh kerana kolam itu mengairi lading itu, maka ion yang dikeluarkan tanah dari bahagian dasar ladang gandum  menghasilkan cas elektrik negatif, sedangkan medan yang berhubungkan dengan kabel bervoltan tinggi menghasilkan cas elekrik positif.
Setelah cas elektrik negatif dan positif bersentuhan, maka ia  menghasilkan daya electromagnetic dan merobohkan gandum, lalu membentuk lingkaran aneh. Namun begitu,  saintis ini tidak dapat memberikan  jawapan  bagaimana bentuk – bentuk aneh itu dapat terbentuk.

  • Angin Tornado
Menurut ahli fizik dari Universiti  Michigan, AS, Dr.Delon Smith, mengatakan bahawa perubahan musim panas yang tidak menentu telah menghasilkan angin tornado dan dikatakan sebab utama terjadinya lingkaran aneh itu.
Melalui  kajiannya, dia mendapati, bahawa sejumlah besar crop circle di ladang gandum  muncul  di ladang yang berdekatan dengan gunung atau daerah yang berjarak 60-70 km dari gunung, dimana tempat seperti ini adalah tempat yang mudah  membentuk angin tornado. Tetapi apakah angin tornado dapat membuat lingkaran dengan ketelitian sebegini?

  • Buatan makhluk asing
Sehingga kini banyak pihak yang meyakini, bahawa sebahagian besar crop circle di ladang gandum terbentuk dalam tempoh satu malam, besar kemungkinan adalah hasil karya makhluk  asing.
Sejak 1990, Photographer Alexander mengatakan bahawa dia melihat cahaya yang ganjil di ladang gandum, cahaya itu terbang kesana-kemari di antara kedua lingkaran aneh


No comments:

Post a Comment