Bismillahirrahmanirrahim...
Firman Allah bermaksud:
Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” (Al-Israa’ 17: 24)
orang kata aku lahir dari perut ibu..
bila dahaga,yg susukan aku...ibu
bila lapar,yg suapkan aku..ibu
kata ibu perkataan pertama yg aku sebut...Ma!
bila bangun tidur,aku cari..ibu
bila nangis,org pertama yg dtg…ibu
bila nak bermanja..aku dekati…ibu
bila sedih yg akan memujuk aku...ibu
bila melakukan kesalahan..yg paling cepat marah...ibu
aku selalu teringatkan.. ibu
bila sedih,aku mesti telefon...ibu
bila seronok,org pertama aku nak beritahu…ibu
bila bengang,aku suka luah pd…ibu
bila nak exam,org paling sibuk juga ibu
bila sakit,org paling risau…ibu
yg selalu masak makanan kegemaran aku…ibu
yg selalu simpan dan kemaskan barang2 aku…ibu
yg selalu berleter kat aku…ibu
yg selalu puji aku…ibu
yg selalu nasihatkan aku…ibu
Pesan ibu dulu:
“kalau Sufi dah habis belajar dan berkerja…bolehkah Sufi kirimkan duit untuk ibu?ibu bukan nak banyak…lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah.”
berderai air mata aku pagi ni bila terkenangkan pesanan ibu ni dulu.hari ini kalau ibu mahu lima ratus sebulan pun,aku mampu.aku boleh kirimkan.tapi ibu sudah tiada.aku tidak berkesempatan lagi..bukan lima puluh ringgit…lima puluh sen pun tidak sempat aku kirimkan pd ibu!
Hanya yg termampu…Al-Fatihah,Al-Fatihah,Al-Fatihah buat Ibu Tercinta.kepada yg masih punya ibu.hargilah mereka!!!
“Ya Allah, ampunkanlah dosaku, ampunkan dosa ibu bapaku dan rahmatilah mereka dengan kasih sayang-Mu, sebagaimana mereka menyayangiku ketika diriku masih kecil”.
No comments:
Post a Comment