Wednesday, May 25, 2011

50 TIPS PIKAT LELAKI...


1. Sentiasa tersenyum dan jangan 
bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka.                                                            
2. Pandai memasak adalah ciri-ciri utama               mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.    

3. Berpewatakan menarik mampu menarik minat mereka.
 
 4. Jujur dan sentiasa merendah diri.

5. Lakukan apa yang dia suka dan  
 jangan lakukan apa yang dia tidak suka.
6. Mempunyai bentuk badan yang
 menarik (terpulang kepada individu).


7. Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.

8. Pandai dalam memainkan peranan sebagai
 seorang wanita ketika berada di samping lelaki yang anda minati.


9. Jangan terlalu mengongkong.
10. Ketika berinteraksi dengan mereka
jangan
 lupa gunakan  bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.

11. Jaga cara pemakaian anda, seksi atau
tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati.

12. Sering memberikan kad ucapan buat
si dia yang kamu minati untuk 'plan' pertama memikat dirinya.

13. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus
terang tanpa menyembunyikan sesuatu.

14. Apabila berhadapan dengan lelaki
yang kamu minati, renungi matanya dan tunjukkan
sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu
 si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan bererti
 kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati. 
15. Jangan bersikap selalu jual mahal apabila i
berada bersama mereka.

16. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.

17.Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri
di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain. 

18. Jangan suka bercakap benda yang tidak
berfaedah ketika bercakap dengan mereka.

19. Jangan bandingkan 'dia' dengan lelaki-lelaki
 yang pernah kamu kenali.

20. Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.

21. Lelaki suka kamu menjadi pendengar yang
setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang.

22.Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan
belaian dan kata-kata yang romantik.

23. Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu
 menarik perhatian lelaki.

24. Lelaki tidak suka jika kamu memakai mekap yang terlalu tebal.

25. Mengetahui bila hari lahirnya.

26. Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman
yang rapat dengannya.

27.Bersikap matang dalam tutur-kata dan
tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap
 terlalu kebudak-budakan. 

28. Agresif.
29. Jangan terlalu 'excited' ketika bertemu
 dan berbual dengannya. Contohnya berbual
 terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.

30. Jangan terlalu bersikap 'kelakian'
dan ganas dalam pergaulan.

31. Jangan terlalu menunjukkan bahawa 
 kamu ini terlalu baik dan 'perfect'.

32. Jangan perasan bahawa kamu
ini mempunyai paras rupa yang jelita.

33. Sentiasa memegang prinsip sederhana 
dan tidak boros di dalam perbelanjaan. 

34. Bersikap keibuan adalah antara tips yang
perlu kamu titik beratkan.

35. Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.
36. Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang
terlalu sensitif dan suka akan kelembutan apatah
 lagi dari seorang gadis. 
37. Kenali siapa dirinya sebenarnya sebelum
 kamu memulakan langkah untuk memikat..

38. Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit..
 
Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu!

39. Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki
adalah mata, punggung dan gaya langkah kamu yang kemas.

40. Jangan bersikap terlalu kuno.

41. Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua
kali seminggu agar tali persahabatan kamu dengannya
tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti sikap
kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya. 

42. Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran
yang penting tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah  laku yang bersopan-santun.

43. Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan
beragama namun begitu kamu tidaklah perlu terlalu alim.
 
44. Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis 
yang mudah dipermainkan.

45. Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada. 
46. Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada
di samping lelaki yang kamu minati. 

47. Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan 
atang serta mudah diajak berbincang.

48. Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi.
49. Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan. 
50. Jangan terlalu over nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu! 

No comments:

Post a Comment