Tuesday, May 10, 2011

wanita oh wanita....




Jika anda layan dia baik-baik, dia kata anda cinta padanya; Jika anda 
tidak buat begitu, dia kata anda mainkan dia.

Jika anda berpakaian kemas, dia kata anda mahu memikat gadis lain; 
Jika anda tidak buat begitu, dia kata anda pokai.

Jika anda bertengkar dengan dia, dia kata anda salah; Jika anda 
berdiam diri, dia kata anda tak guna.

Jika anda lebih bijak dari dia, dia akan merasa tidak adil; Jika 
sebaliknya, dia kata anda kureng..

Jika anda cinta padanya tapi tidak berbalas, anda tarik diri; Tapi 
dia kata anda tinggalkan atau elakkan diri darinya.

Jika anda tidak pegang dia, dia kata anda tidak cinta padanya; Bila 
anda pegang dia, dia kata anda gatal.

Jika anda beritahu dia masalah anda, dia kata anda banyak masalah dan 
tak guna; Bila anda tidak beritahu, dia kata anda tidak percaya dan 
tidak cinta padanya.

Jika anda terlalu ambil berat pada dirinya, dia kata lelaki lain 
lebih ambil berat; Jika anda tidak buat begitu, dia pilih yang lain. 

Jika anda pandang-pandang gadis lain, dia kata anda playboy; Jika 
anda
 tidak pandang, dia akan pandang lelaki lain.

Jika anda kerap telefon dia, dia tak akan telefon anda; Jika anda 
tidak telefon dia, dia akan terlalu kerap telefon anda hingga 
mengganggu anda pula.

Jika anda hantar ini kepada perempuan, dia kata ini tidak betul; Tapi 
bila anda tidak buat begitu, dia kata anda pentingkan diri sendiri..

Wanita amat sukar dipuaskan..

Macam-macam ada ngan orang perempuan ni? 
Makhluk yang sukar untuk difahami? Betulkan?
MORAL:

Sebab itulah Allah jadikan wanita untuk jadi teman seumur hidup 
kepada lelaki agar lelaki punya masa untuk memahami sikap wanita. 
Siapa yang sudah berkahwin mungkin setuju bahawa setelah berkahwin 
semakin banyak perkara lagi yang tidak difahami oleh suami mengenai 
sikap isterinya. Begitu juga sebaliknya. Dulu saya pernah terbaca 
pengakuan seorang suami sejurus sebelum kematiannya: "Hingga kini, 
saya tidak faham perangai isteri saya...".

Wanita gemar jadikan lelaki kesayangannya jadi serba-salah. Mungkin 
jauh dalam hati mereka terselit perasaan mahu kontrol atau tidak mahu 
kalah dengan lelaki. Mungkin ada baiknya perangai begitu, saya pun 
tidak pasti.
Kawan yang saya anggap seperti abang pernah menasihatkan saya semasa 
saya masih bujang dulu: "Jangan kau tunjukkan sayang sangat pada 
isteri kau (bila kahwin nanti) kerana itu akan menyebabkan dia pijak 
kepala kau...".
(Maaf kaum wanita, saya tidak berniat untuk rendahkan kaum wanita, 
cuma mahu berkongsi maklumat dan sebagai bahan renungan). Saya pun 
ingin baca komen saudara-saudara semua, mungkin pendapat kawan saya 
itu tidak tepat..
Saya terbitkan artikel ini untuk jadi renungan kepada mereka-mereka 
yang sedang mabuk bercinta. Jangan terlampau kerap berjumpa, nanti 
tidak jadi kahwin. Jangan terlalu kerap berjumpa, nanti terjadi hal- 
hal yang tidak elok. Jangan terlalu kerap berjumpa, nanti pening 
kepala. Kalau datang ke rumah bakal bapa mertua dan berjumpa, itu 
lebih baik dan lebih sopan.
Jangan bercinta lama-lama, nikahlah segera.

No comments:

Post a Comment