Tuesday, May 31, 2011

Nenek 74 Tahun Ahli Bina Badan...

Walaupun sudah berusia 74 tahun dan bergelar nenek, kekuatan dan stamina Ernestine Shepherd sukar ditandingi oleh wanita muda. Malah, warga emas itu diiktiraf Guinness Book of Recordssebagai ahli bina badan wanita kompetitif paling tua di dunia.
Suaminya yang berusia 54 tahun, Collin Shepherd berkata, sejak 18 tahun lalu, isterinya telah menyertai 18 acara marathon dan memenangi dua pertandingan bina badan. Pasangan tersebut menetap di Baltimore, Amerika Syarikat (AS) bersama anak lelaki dan seorang cucu yang berusia 14 tahun.
Mengenai rutin hariannya, Ernestine bangun seawal pukul 3 pagi untuk bermeditasi sebelum berjoging sejauh 16 kilometer di sebuah taman.
Dia cuma makan nasi perang, dada ayam dan sayuran bersama segelas putih telur tiga kali sehari untuk kekal bertenaga dan langsing.

6 Produk Kosmetik Berjenama Beracun.... betul kee...???



Orang ramai dinasihatkan supaya mengelak daripada membeli dan mengguna enam produk kosmetik jenama terkenal berikutan pengesanan Racun Berjadual seperti dexamethasone, hydroquinone dan tretinoin yang boleh memberi pelbagai kesan sampingan kepada pengguna. Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Datuk Eisah A.Rahman berkata enam produk tersebut ialah BML HB Lotion, Krim Malam Shana, Natasya Gold Krim Herba, Biotox Whitening Hydro Cream, Yoko Whitening Cream dan Sue Beauty Night Treatment Cream.

"Penggunaan dexamethasone, hydroquinone dan tretinoin dalam produk kosmetik adalah tidak dibenarkan dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan," katanya dalam kenyataan di sini, Rabu.
 
Beliau berkata tretinoin boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, kulit mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari manakala hydroquinone pula boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini dan kulit menjadi hipersensitif di samping menghalang proses pigmentasi (depigmentasi). 
"Proses depigmentasi mengurangkan perlindungan ke atas kulit daripada pancaran ultra ungu dan sinaran matahari berlebihan yang boleh memberi risiko kanser kulit. "Depigmentasi berlebihan berbahaya kepada penduduk yang tinggal di kawasan iklim tropika," katanya. 
Eisah berkata dexamethasone pula adalah sejenis steroid, apabila digunakan secara topikal boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan antaranya iritasi kulit, kulit kering, jerawat, kulit menjadi nipis dan meningkatkan risiko jangkitan kuman. 
Sehubungan itu, katanya sesiapa yang mempunyai stok produk terbabit dinasihatkan menghentikan penjualan, pengedaran atau penggunaan produk berkenaan dengan serta-merta./
Bernama 

Bir Halal yang Haram....

Gempar seketika apabila Jabatan Agama Johor (JAJ) telah membuat pemeriksaan dan menghantar laporan kepada JAKIM bagi mengatakan minuman kegemaran muda-mudi Islam terkini yang di nama Bir Halal adalah haram. Ini kerana kandungan 0.5 peratus alkohol (yang diluluskan 0.1%) je...sudah memadai untuk pengharaman minum tersebut.

Dalam akhbar memang tidak disiarkan gambar. Namun jika menurut laporan dari blog Mazidul Akmal Sidek disini mungkin inilah gambar Bir Halal yang dimaksudkan.


Jika ini, di Restoran Saba Cyberjaya, majoriti pengunjungnya menjadikan minuman ini sebagai minuman pilihan mereka. Alhamdulillah saya tak pernah minum kerana dengan nama Bir sahaja buatkan saya rasa was-was. Dan terkini JAKIM telah mengesahkan Bir Halal yang dimaksudkan oleh JAJ adalah haram.

hati2 k kawan2...

Monday, May 30, 2011

7 golongan akan dapat naungan di akhirat...

RASULULLAH SAW bersabda yang maksudnya: “Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: “Aku takut kepada Allah!â€�, orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.â€� (Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)
Terdapat tujuh golongan yang bakal mendapat naungan di hari akhirat kelak iaitu:
·  Pemerintah yang adil. Ini kerana tanggungjawab dipikul pemerintah dalam melaksanakan keadilan adalah perkara yang amat berat dan bukanlah mudah bagi seorang pemimpin untuk melaksanakan keadilan terhadap semua rakyatnya. 

Sekiranya keadilan ini berjaya ditunaikan, ganjarannya adalah amat besar sekali. Namun jika gagal, dia menjadi pemerintah yang zalim dan azab menanti di akhirat.
  • Pemuda yang hidupnya sentiasa mengerjakan ibadat kepada Tuhannya. Ini kerana sebaik-baik masa dan semahal-mahal harganya di dalam hidup seseorang manusia adalah ketika alam remaja kerana pada usia muda seseorang berbagai ujian dan godaan terpaksa ditempuhi. Maka beruntunglah pemuda yang berjaya melepasi rintangan itu.
  • Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid. Sesungguhnya terdapat hadis menyebutkan bahawa dua hayunan kaki yang melangkah ke masjid ganjarannya amat besar di sisi Allah SWT dan dikategorikan sebagai satu sedekah.
  • Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah.

  • Hubungan yang terjalin di atas dasar yang bercanggah dengan syariat sehingga melanggar batas agama, adab kesopanan dan sebagainya adalah hubungan yang menjurus ke arah dosa dan maksiat. Seharusnya ikatan kasih sayang yang dijalinkan sesama manusia mestilah ikhlas kerana Allah agar perhubungan itu mendapat pahala, restu dan keberkatan daripada-Nya.
  • Orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk berzina lalu dia menolak dengan berkata: “Aku takut kepada Allah
  • Ini menunjukkan keimanan dan ketakwaan yang sebenar berjaya menangkis segala bentuk godaan yang datang. Hal ini bukanlah mudah kerana tanpa kekuatan iman seseorang itu pasti akan mudah terpengaruh dengan bisikan nafsu dan akhirnya terjebak dalam perbuatan zina.
  • Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya. Ia menggambarkan mengenai keikhlasan hati orang yang bersedekah.

  • Sesungguhnya tidak ramai orang dapat menyembunyikan kebaikan dilakukannya melainkan akan terdapat perasaan riak dan ingin menunjuk supaya mendapat pujian atau sanjungan dari orang ramai.
  • Orang yang menyebut atau mengingati Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.


Inilah sifat muslim mukmin sejati yang mempunyai perasaan cintakan Allah dengan sepenuh hatinya. Dia sentiasa memikirkan dan menghayati kejadian dan keagungan ciptaan Allah serta sifat-Nya yang Maha Agung. Oleh yang demikian hati, fikiran dan jiwanya terhindar daripada perkara yang melalaikan.

LELAKI KACAK...


Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al-Quran, bukan Nabi, bukan malaikat dan sebagainya". Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al-Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah. 

Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya. Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu. Bila selesai dikebumikan, orang ramai termasuklah ahli-ahli keluarga dan kekasih kita akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat; Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan.Tetapi orang yang kacak itu akan berkata : 
"Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekalipun. Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke syurga!" 
Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata: "Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat." 
"Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacita lagi." Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari malaikat - malaikat dari syurga." 

Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita. Kita tahu tentang tingginya syafaat Al-Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah orang-orang yang rugi. Cubalah kita renungkan sejenak diri kita sendiri. Ajal dan maut adalah ketentuan Allah. Bila ia telah datang kita tidak akan mampu memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat. Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi ! yang akan menemani kita jauh sekali memberi bantuan kecuali amalan-amalan kita sewaktu di dunia. Allah telah menjanjikan Al-Quran sebagai pemberi syafaat terulung dan janji Allah itu adalah benar. 

wallahua'lam.

RAHSIA MATA WANITA...


Dari mana datangnya cinta? Dari mata turun ke hati..... Mata juga 
mengungkap pelbagai makna....firasat tersirat. Namun firasat ini 
hanyalah sekadar menambah pengetahuan, tentang tingginya rahsia 
pusaka Melayu lama yg kaya dgn pelbagai ilmu tilikan tentang insan 
bergelar WANITA. Sejauhmana kebenaran tidaklah diketahui dan mungkin 
sekadar kebetulan semata-mata....

SIFAT MATA WANITA SIKAP WANITA
Saiz mata kecil 
Peramah, banyak cakap, kurang pertimbangan.
Lelaki boleh jadi kelam kabut akibat mulutnya. Bersikap periang tapi 
bila marah lambat sejuknya. Bila bercinta suka tukar pasangan kerana hatinya tidak pernah puas. Boleh bahagia dengannya jika dapat penuhi kehendak duniawinya dan melayan syahwatnya dengan baik.

Saiz mata sedang 
Sederhana, tidak banyak berahsia, ada pertimbangan, bertanggungjawab serta perlukan belaian mesra suami.

Saiz mata lebar 
Cukup kuat berahsia, otak kurang cergas, pemarah,bertindak tanpa 
fikir panjang, kurang teratur, tiada arah tujuan dan putus asa.Tapi 
boleh setia. Nafsu syahwat tinggi.

Mata selalu berkedip Pemaaf, senang dibawa berbincang, memahami dan sabar.Wanita ini baik

Mata jarang berkedip 
Wanita ini istimewa, bijaksana, baik pekerti, setia, 
adil,bertanggungjawab,tidak cerewet, membantu dan membahagiakan.

Mata cengkung 
Kurang memuaskan, materialistik,hidup dengannya boleh sengsara, kata manis tapi bohong, mahu senang, mudah curang, bila anda susah dia tidak peduli.

Mata redup 
Wanita ini mudah dipermainkan, tidak dapat kawal emosi, hati
tidak tetap, banyak kenalan kurang sahabat, mengumpat, irihati, 
kejam, kasar,mencemuh, pemarah.

Matanya seolah tersembul keluar Sifatnya baik, rela, tabah, menyenangkan,ikut kata. Tapi mungkin 
tidak tepati janji, pendendam, tamak dan marah bila tidak puas nafsu 
syahwatnya.

Tips jika anak kecil menangis kena "usik"/Nyakat...


Kisahnya bermula canih. Masa anak aku kecik lagik (baru abis pantang), kitorg blk ke kg di kedah. Bila dah balik KL, anak aku ni takmoh tido malam & asik melalak2..Tak tdo kitorg mlm tu..Esoknya bawak jumpa sorg ustaz kat masjid Kajang, dia kata ada mende ngikut sbb mende tu berkenan & hormat ngan anak aku ni yg cerdik & ada ciri2 khalifah (ayat ustaz tu), so nak ajak main...Alhamdulillah suma ok pas berubat..

Ada beberapa tips yg boleh dikongsi:

1. Kalo berjalan jauh (especially ngan budak kecik), jgn terus stop di destinasi yg dituju (rumah, hotel, etc..). Singgah dulu mana2 tempat sbb takut ada mende ngikut (tak kira siang/mlm). Masa singgah tu, amik seketul batu/ sehelai daun, selawat & cakap "Jangan ikut kami/aku, ikut daun/batu ni". Then baling batu/daun tu, & teruskan perjalanan ke destinasi..

2. Kalo anak mengangis mlm tak henti, cuba tekan2 telapak kaki dia ngan ibu jari. Kalo anak menangis lagi kuat, maybe ada 'mende' dok nyakat. Kalo tak, mungkin kembung ke ape.

3. Satu lagi tanda ada 'mende' kaco kalo anak menangis mata terbeliak dok pandang atas.

4. Kalo terjadi spt 2&3 di atas, cuba azan & iqamat (sebaik2nya 7 kali) & baca ayat kursi & 3 Qul (7 kali)

5. Kalo tak berjaya jugak, amik bawang putih/merah, kunyah2 sket supaya berair & sapukan kat pelipat2 (area belakang lutut & siku), dahi & tulang belakang. Ni area 'mende' ni masuk/keluar badan orang. Bila sapu bawang tu 'dia' kan panas.

Lain2 tips yg boleh dikongsi:
1. Sentiasa bagi salam b4 masuk umah. Especially kalo balik mlm, selawat & baca ayat kursi b4 bukak pintu

2. Kalo balik mlm sorg2, seelok2nya jgn trus masuk bilik kalo anak2 dah tido. Kalo lom solat, solat dulu. Kalo dah, amik wudhu' b4 masuk tido.

3. Kalo gi bercuti ke hotel, b4 masuk bagi salam. Then trus selak suma curtain bagi cahaya masuk & kibas2kan katil.

Sedikit ilmu utk dikongsi bersama. Ustaz tu pon dah pesan, dia dah bagi ilmu2 ni..kena sebarkan kat org lain. Moga jadik pedoman & panduan bersama. Kalo ada tips2 nak kongsi pon bole jugak..wallahua'lam

tips talipon tangan....


Tips bagaimana anda nak kesan atau mengetahui handfon atau mobile anda itu berkualiti atau tidak? ORI atau tidak?.

Haaa, nila caranya :
1) Taip  * #06#
2) Akan keluar 15 digit nombor yang menunjukkan code handfon kita.
3) Ok, seterusnya dalam 15 digit no tu lihat pada digit yang ke 7 dan 8.
4) Kalau no yang ke 7 dan 8 tu adalah no 02 /20, maka ia Sangat tidak berkualiti.
5) Kalau no yang ke 7 dan 8 tu adalah no 08/80, maka ia Tidak berkualiti.
6) Kalau no yang ke 7 dan 8 tu adalah no 01/10, maka ia Berkualiti.
7) Kalau no yang ke 7 dan 8 tu adalah no 00, maka ia Sangat Berkualiti dan Terbaik.

Cuba jangan tak cuba ye.:)
kalau x dak no kat situ... kena beli hp baru laa tu... kikiki...

20 tips penjagaan anak2



1.Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang 
baik.
 Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda 
malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan 
yang baik adalah digalakkan).
2.Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan 
anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat 
daripada anak yang jarang dipeluk)
3.Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
4.Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya 
senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
5.Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu 
melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan 
, mereka hanya 
kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan 
mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
6.Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
7.Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah 
tuan/puan mengeluh
. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
8.Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
9.Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .
10.Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya.
11.Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya
Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. 
Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg 
dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka  lebih daripada sekali.
13.Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka .  Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.
14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. 
Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
16.Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
17.Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurnaIni akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
18.Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda