Deo Perfume Candy mampu membuatkan semua orang yang memakannya mempunyai
aroma seperti bunga mawar segar dari Bulgaria. Kesan wangian ini
disebabkan oleh geraniol, iaitu sejenis antioksidan yang mengeluarkan
aroma harum dan jika gula-gula itu dimakan, ia mampu meninggalkan bau
wangi selama yang mungkin di dalam tubuh anda. Wangian Deo Perfume Candy
pada tubuh anda akan bertahan selama 6 jam.
“Geraniol adalah sejenis antioksidan yang beraroma harum, jika di makan aromanya akan keluar dari pori-pori tubuh,” ujar jurucakap pengilang produk ini. “Secara ilmiahnya, itu akan membuat aroma wangi dan manis dapat bertahan selama beberapa jam.”
Perusahaan Beneo mengatakan cara gula-gula ini berfungsi diibaratkan seperti mengunyah bawang. Gula-gula bebas-gula ini turut mempunyai rasa lemon dan dijual USD 10 untuk satu bungkus. Hari ini, Deo Perfume Candy sudah pun dijual di Sepanyol, Jerman, China, Korea dan akan dijual di Amerika Syarikat pada tahun depan.
No comments:
Post a Comment