Friday, December 7, 2012

cara nak kurang kan hukuman...

Cara Untuk 
Banduan Kurangkan Hukuman Di Brazil


Sebuah penjara di Santa Rita de Sapucai mempunyai sebuah idea yang unik bagi mengurangkan hukuman tahanan di sana hanya dengan menyuruh mereka mengayuh sebuah basikal pegun. Selain mengalakkan kesihatan tubuh badan tahanan, kuasa elektrik yang dijana daripada basikal pegun akan digunakan untuk menjana kuasa sepuluh lampu jalan di sepanjang persiaran tepi sungai.

Program yang baru bermula semenjak dua bulan yang lalu ini telah mula memainkan peranan untuk membantu tahanan melakukan sesuatu yang konservatif kepada masyarakat dan pada masa yang sama dapat mengurangkan jumlah hukuman mereka. Walaupun sebahagian program itu mendapat kritikan, tahanan masih mendapat manfaat dan peluang untuk memperbaiki diri dan alam sekitar. Diilhamkan oleh hakim tempatan, program ini membenarkan tahanan untuk mengayuh basikal tersebut selama 8 jam sehari dan selepas 3 hari mengayuh dengan bersungguh-sungguh, hukuman mereka akan dikurangkan selama sehari.

Dengan inisiatif ini, Ronaldo de Silva, salah seorang tahanan di sana dapat mengelakkan dirinya daripada dikurang di sel sepanjang hari. Beliau telah berjaya mengurangkan berat badannya sebanyak 4 kilogram dan 20 hari dari hukumannya.

Tenaga elektrik ini kan disimpan di dalam bateri. Apabila hari gelap, tenaga elektrik yang dihasilkan ini akan digunakan untuk menyalakan lampu di jalan-jalan yang berdekatan. Setiap petang, pengawal akan meletakkan bateri-bateri tersebut di lampu jalan berkenaan dan pada setiap awal pagi, bateri tersebut akan dikutip semula untuk di cas semula.

No comments:

Post a Comment