Tuesday, August 7, 2012

robot penyelamat mangsa lemas...

 


Satu pasukan penyelidik dari Universiti Teknologi Jepun berjaya mencipta sebuah robot yang mampu berenang dan menyelamatkan manusia di laut. Pasukan saintis yang diketuai Profesor Madya Motomu Nakashima itu menyatakan, robot dikenali sebagai Swumanoid berkenaan mampu melakukan aksi renang kuak lentang dengan sempurna.

Mereka melahirkan harapan robot itu akan dapat dibangunkan sebagai pengawal pantai yang boleh melakukan rondaan di kawasan perairan dan menyelamatkan mereka yang menghadapi kesukaran ketika berenang. Selain menyelamatkan nyawa, Swumanoid juga boleh digunakan untuk membuat kajian terhadap aktiviti berenang.

Ia dapat membantu mengukur pelbagai elemen seperti kekuatan yang diperlukan untuk menggerakkan perenang di dalam air. Nakashima berkata, pasukan itu membina Swumanoid menggunakan pengesan tiga dimensi untuk memetakan fizikal perenang manusia.

Ukuran berkenaan digunakan untuk membina robot yang kalis air dan kawalan pergerakan bermotor untuk melakukan aksi renang. Robot itu ketika ini boleh melakukan kuak lentang, tetapi sepasang kaki baru perlu dibina untuk membolehkannya melakukan aksi kuak dada.

 





 

No comments:

Post a Comment