Amalan Rasulullah S.A.W memakan secubit garam
sebelum dan selepas makan kini dibuktikan oleh sains bahawa tabiat ini
menambahkan keberkesanan perut untuk menghadam makanan dan menghindarkan
perut daripada menyerap racun.
Pada zaman Yunani, Tentera
Yunani (askar Greek) dibayar gaji menggunakan garam. Begitu juga dengan
episod
penjajahan negara kecil oleh negara besar dengan mengenakan hukuman
penjara kepada penentang mereka.
Apabila dipenjarakan,
mereka (penentang) akan diberi makanan seperti roti dan air tanpa
garam.Walaupun kerap dihidangkan dengan roti dan air tanpa garam, badan
mereka tetap lemah memandangkan kurangnya kandungan garam dalam badan.
Amalan-amalan Sunnah Nabi S.A.W. Berkaitan Garam
Dari Abdullah Bin Umar:
"Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat (mempunyai
kebaikan) dari langit (menerusi hujan) ke bumi iaitu besi, api ,air
dan garam.”
Hadis Riwayat Al-Baghawiy dalam tafsirnya :
Dari Anas Bin Malik, Nabi S.A.W. bersabda, "Penghulu segala
lauk-pauk kamu ialah garam."
Hadis riwayat Ibnu Majah :
"Tiadalah akan baik makanan itu melainkan dengan garam."
No comments:
Post a Comment