Tuesday, February 28, 2012

Teka Teki Albert Einstein...???


Albert Einstein telah menyusun dan membuat teka-teki ini pada beradab dahulu. Teka teki ini adalah berdasarkan logikal dan bukannya "trick" semata. Mengikut Einstein, 98% penduduk dunia tidak dapat memecahkan teka-teki ini. Adakah kita termasuk dalam golongan 2% itu ??



Inilah teka-teki Einstein : 
Ada 5 buah rumah yang masing-masing memiliki warna berbeza.

Setiap rumah diami seorang lelaki dengan warganegara yang berbeza-beza.
Setiap penghuni menyukai sejenis minuman tertentu.
Merokok jenama rokok tertentu dan 
Memelihara jenis haiwan tertentu.

Tidak ada satupun dari kelima orang tersebut yang minum minuman yang sama, 
Merokok jenama rokok yang sama dan 
Memelihara haiwan yang sama seperti penghuni yang lain.


Pertanyaannya: Siapakan yang memelihara IKAN?



Petunjuk:
  1. Orang England tinggal di dalam rumah berwarna merah.
  2. Orang Sweden memelihara anjing.
  3. Orang Denmark suka minum teh.
  4. Rumah berwarna hijau berada tepat disebelah kiri rumah berwarna putih.
  5. Penghuni rumah berwarna hijau suka minum kopi.
  6. Orang yang menghisap rokok PallMall memelihara burung.
  7. Penghuni rumah yang terletak di tengah-tengah suka minum susu.
  8. Penghuni rumah berwarna kuning menghisap rokok Dunhill.
  9. Orang Norway tinggal dirumah pertama.
  10. Orang yang menghisap rokok Marlboro tinggal disebelah orang yang memelihara kucing.
  11. Orang yang memelihara kuda tinggal disebelah orang yang menghisap rokok Dunhill.
  12. Orang yang menghisap rokok Winfield suka minum bir.
  13. Disebelah rumah berwarna biru adalah tempat tinggal orang Norway.
  14. Orang Jerman menghisap rokok Rothmans.
  15. Orang yang menghisap rokok Marlboro berjiran dengan orang yang minum air.

Jawapannya :
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Orang Jerman Yang Memelihara Ikan


Sepatah dua :
Sekarang anda sudah dapat berbangga kerana berjaya menjadi
termasuk dalam golongan 2% yang berjaya memecahkan
teka-teki Einstein.

No comments:

Post a Comment