Thursday, February 2, 2012

7 Makanan Paling Mahal Di Dunia...



1) Matsutake Mushroom $2000/kilo
Cendawan matsutake ini sangat mahal kerana ia jarang didapati dan biasanya diperoleh dalam musim luruh di Jepun. Antara sebab lain yang menjadikannya mahal adalah kerana petani masih belum berjaya menemukan cara untuk membiakkan cendawan ini secara komersial. Selain itu, ancaman pokok yang membantu cendawan ini membiak juga terus memastikan cendawan ini sangat-sangat jarang ditemui.


2) Italian White Alba Truffle $160,406/kilo
Italian White Alba adalah jenis truffle yang paling mahal didunia. Truffle adalah tumbuhan fungi yang tumbuh di bawah tanah dan sangat sukar dikesan. Selain itu, truffle jenis ini sangat mahal kerana aroma dan rasanya yang sangat menakjubkan. Truffle yang paling berat didunia seberat 1.51kg ini dikhabarkan dibeli oleh seorang usahawan hartanah Hong Kong dan truffle ini telah direkodkan di dalam Guinness World Book of Record.


3) Kobe Beef $770/kilo
Kobe Beef diambil daripada jenis lembu Wagyu dalam keluarga lembu Tajima-ushi yang berwarna hitam. Lembu ini dibesarkan dalam persekitaran yang sangat ketat dimana hanya rumput terpilih yang diberikan tanpa bahan kima sintetik. Koba beef popular kerana rasanya, kelembutannya disamping rasa manis lemaknya yang mempunyai tekstur halus seperti marmar.


4) The Zillion Dollar Fritatta $1000
Telur ni dihasilkan oleh restoran Le Parker Meridien yang mengandungi campuran telur, lobster dan 10 ounces kaviar jenis sevruga. Antara sebab utama telur ini mahal adalah kerana kos sevruga caviar yang berharga $650 untuk 10 ounces.


5) Grand Opulence Sundae $1000
Grand Opulence Sundae adalah nama yang diberikan untuk ais krim paling mahal di dunia. Ais krim ini dihasilkan bersempena menyambut ulangtahun ke-50 restoran Manhattan Serendipity 3. Ais krim ini mengandungi 5 scoops vanilla bean Tahitian yang terbaik didunia dicampur dengan Madagscar vanilla dan juga golden leaf yang bleh dimakan. Ais krim ini di limpahi dengan coklat paling mahal di dunia, Amedei Porceleana disamping dan di tutupi coklat unik Chuao Chocolate di atasnya.
Ais krim ini dihidangkan dalam cawan goblet emas bersama dengan sudu 18 karat emas dan diatasnya sugar flower yang dihasilkan oleh Ron Ben-Israel.

6) Almas White Caviar $25,000/kilo
Antara beberapa jenis kaviar di dunia, Almas White Caviar adalah yang termahal. Almas yang diambil daripada perkataan Russia yang bermaksud ‘diamond’ yang merupakan satu jenis makanan yang sangat mahal kerana kaviar diperoleh daripada satu jenis ikan lautan yang sangat jarang ditemui. Ikan tersebut adalah ikan yang berusia 100 tahun jenis albino Sturgeon. Sebagai panduan asas, semakin putih telur ikan (caviar) tersebut, semakin tua ikan tersebut dan semakin tinggi kualitinya.


7) Samundari Khazanah $2000
Samundari Khazanah adalah kari yang paling mahal di dunia. Ia dihasilkan oleh Restoran Bombay Brassiere di London bersempena meraikan kejayaan filem ‘Slumdog Millionare’. Kari ini mengandungi bahan-bahan asas termahal dunia termasuklah lobster, Devon Crab, White Caviar, 4 abalons, 4 quill eggs, dan juga golden leaf diatasnya.

No comments:

Post a Comment