Thursday, February 2, 2012

ILMU WARISAN HANG TUAH...


Hang Tuah ialah seorang pakar tempur terbilang pada suatu masa dahulu. Amat terkenal kerana kehebatan ilmu persilatannya samada di tanah air sendiri atau di luar negara. Ilmu persilatan Hang Tuah ini sebenarnya terdiri dari empat komponen utama yang merangkumi ilmu zahir dan bathin. Empat komponen utama tersebut ialah
i)                    Ibu Gayong, ilmu yang boleh menguasai apa sahaja gerakan persilatan, memahami gerakan musuh dan mampu mematikan gerak.
ii)                   Kipas Nandung, pukulan yang mampu memudaratkan musuh samada pukulan tersebut menyentuh atau tidak kepada badan musuh.
iii)                 Seni Gedang, ilmu yang boleh mencarik adat kebiasaan bergantung kepada apa yang diingini oleh pengamalnya. Yang kuat menjadi lemah, yang keras menjadi lembik, yang melekat menjadi tertanggal, yang besar menjadi kecil, yang elok menjadi rosak dsb.
iv)                 Bisik Semar, ilmu yang dikategorikan sebagai “pukul sebelum pukul” dan bergantung kepada niat yang ada pada musuh. Musuh yang berniat ingin “memukul” pasti “terpukul”.
Sudah pasti jika seorang pendekar menguasai ilmu ini ia akan menjadi terlalu hebat terhadap musuh-musuhnya. Penguasaan terhadap kesemua ilmu ini memerlukan amalan dan praktik secara menyeluruh zahir dan bathin. Walau sehebat mana seorang pendekar itu, hakikatnya semua yang berlaku di bawah Kudrat dan Iradat Allah Yang Maha Esa.
Foto: Dato Meor Abdul Rahman Mahaguru Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia dan Serantau terkenal dengan ilmu Ibu Gayong dan Kipas Nandung. Pukulan Kipas Nandung telah digunakan oleh beliau ketika menewaskan Bruce Lee di Hong Kong.
Apa yang menarik untuk dikaji ialah ilmu-ilmu ini diwarisi turun temurun oleh jurai keturunan Merong Maha Wangsa. Ilmu yang tidak ada tertulis oleh R.O Winsted, W.G Shellabear, Stamford Raffles dan Munsyi Abdullah. Ilmu ini adalah bukti jelas kewujudan Hang Tuah dan Merong Maha Wangsa. Pengkaji sejarah mainstream yang masih tegar dengan sejarah ciptaan penjajah dan talibarutnya akan terus hanyut dalam kebingungan jika mengenepikan ilmu, kisah dan wasiat turun temurun yang berasas dan mempunyai nilai tersendiri seperti ini.

No comments:

Post a Comment