Dalam ruangan teka-teki ini saya paparkan beberapa teka-teki yang saya dapati dari pelbagai sumber. Ianya hanyalah sebagai hiburan semata-mata. Untuk mendapatkan jawapan sila "highlight" pada ruang jawapan. Jika anda ingin menyumbangkan teka-teki, sila emailkan kepada : skldgp-kama@zoom-a.com | |
TEKA-TEKI | JAWAPAN |
Soalan 50: Burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk? | Penguin |
Soalan 49: Gajah lalu titi patah, lepas tu kambing pula lalu. Apa yang patah pulak? | PATAH BALIK laaa, benggang pasal titi tu dah patah. |
Soalan 48: Lima pasang stokin direndam di dalam laut merah. Setiap pasang stokin itu berwarna putih, hijau, biru, kuning dan hitam. Apa akan terjadi kepada semua stokin tersebut? | Stokin tu basah lah.... |
Soalan 47: Dalam banyak-banyak cecair, cecair apakah yang akan menjadi beku apabila dipanaskan? | Telur |
Soalan 46: Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang makan tepinya sahaja? Tengahnya tidak dimakan | Kuih Donut |
Soalan 45: Apa tiga jenis buah yang terselamat dalam kebakaran disebuah kedai? | Buah keranji sebab dalam perahu, pisang emas sebab dibawa belayar dan buah cempedak sebab diluar pagar.(berdasarkan pantun melayu) |
Soalan 44: Apabila ditarik yang diatas gembira dan yang di bawah merana. Apakah ia? | Pengail yang dapat ikan. |
Soalan 43: Aku berjalan di tepi pantai, diatas pasir tanpa mencecah air. Bila ku toleh kebelakang, tiada kesan tapak kakiku. Kenapa? | Aku berjalan secara mengundur! |
Soalan 43: Seekor lembu menghadap utara, kemudian pusing kekanan 180 darjah, kemudian 270 darjah kekiri. Kearah mana lembu itu menghadap sekarang? | Kebawah! Ia masih tetap menghadap ke bawah dan memakan rumput. |
Soalan 42: Bila loceng bas ditekan, bas akan berhenti. Apa yang akan turun dahulu? | Spedometer bas lah... |
Soalan 41: Apa bezanya jatuh pokok kelapa dengan jatuh perigi? | Jatuh pokok kelapa, naik dulu baru jatuh, jatuh perigi jatuh dulu baru naik. |
Soalan 40: Kenapa doktor bedah kalau melakukan pembedahan mulutnya ditutup ? | Kalau matanya yang ditutup, dia tak dapat melihat! |
Soalan 39: Kenapa mayat dibungkus kain putih? | Kalau dibungkus dengan kain hitam , siapa takut!!!! |
Soalan 38: Bila gajah jadi ayam, lalu singa jadi ayam,dan kambing jadi ayam. maka ayam menjadi apa? | Ayam jadi banyaklah bilangannya. |
Soalan 37: Panjang mana ekor tikus dengan ekor kuda? | Panjang ekor tikus, karena tikus kalau berjalan ekornya menyentuh tanah. |
Soalan 36: Kenapa di tepi rel keretaapi ditaruh batu kerikil? | Kerana kalau ditaruh pisang goreng pasti jadi rebutan. |
Soalan 35: Lampu apa yang kalau dipecahkan keluar orangnya? | Lampu jiran tetangga kita. Cobalah pecahkan, nanti akan keluar orangnya. |
Soalan 34: Kalau ditutup dia akan mengintai,tapi kalau dibuka dia akan marah-marah? | Orang naik beca semasa hujan |
Soalan 33: Ada satu benda, kita berdiri dia baring, kita baring dia berdiri tapi bila kita jalan dia pun ikut sama. Nak tinggal tak boleh pulak tu. | Tapak kaki kitalah. |
Soalan 32: Mengapa guru sejarah selalu botak di bahagian belakang kepala, sedangkan profesor dibahagian depan? | Kerana guru sejarah memikirkan masa lampau,sedang profesor memikir untuk masa depan. |
Soalan 31: Apakah benar kita bakal sial jika jumpa dengan kucing hitam? | Ia bergantung kepada kedudukan anda samaada anda manusia atau tikus! |
Soalan 30: Kenapa kecantikan lebih penting bagi seorang perempuan dibandingkan dengan kepintarannya? | Sebab lelaki yang bodoh jumlahnya lebih banyak dibandingkan lelaki yang buta. |
Soalan 29: Kalau manusia panjat pokok nampak bukit, kalau kura-kura panjat pokok nampak apa? | Nampak pembohongnya, Sebab kura-kura mana boleh panjat pokok. |
Soalan 28: Apakah yang berada diantara langit dan bumi. | Mungkin ada banyak jawapan, tapi kat sini jawapan yang dikehendaki adalah "dan" |
Soalan 27:Apakah benda bertali yang apabila kita pegang, ia akan mati, tetapi bila dilepaskan ia akan hidup, namun akan mati juga bila dibiarkan lama-lama? | Gasing! Tak kiralah gasing cina ke gasing melayu ke semuanya sama. |
Soalan 26:Apabila suami dapat, maka isterinya pun dapat sama, tetapi bila si isteri yang dapat, si suami tak mendapat sama. Apakah perkara itu? | Gelaran Dato, Bila Suami mendapat gelaran Dato, Isteri akan dapat gelaran Datin, Tetapi bila Isteri mendapat gelaran Dato, suami tidak mendapat sama. |
Soalan 25:Jika sebatang pokok dipotong akan menjadi semakin rendah, apakah bendanya yang semakin dipotong semakin menjadi tinggi? | Seluar panjang. Bila dipotong ianya akan semakin tinggi. |
JAWAPANNYE SILA HILIGHT SEBELAH KANAN............. huuuu.....
No comments:
Post a Comment