Tuesday, April 12, 2011

Cara Menghafal Juzuk Al-Quran Guna Formula Matematik... (",)

As-Salam...

Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. 
Ada 2 benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran 
dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. 
Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau 
dalam solat sahaja? Pahala paling senang nk dapat adalah 
melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 
10 pahala, tambahan pula Al_Quran adalah kalam Allah 
(dtg daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)

Tip yg kongsikan ni adalah cara utk menghafal 
muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan 
kerana hanya dengan menggunakan formula matematik 
ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran.


Jom sama2 kita belajar...

Contoh 1
Jika korang ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula
pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2
Jika korang ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442

Subhanallah, memang menakjubkan kan kawan2.
Sama2 kita kongsikan kepada kawan2 kita, adik2 kita,
famili2 kita supaya kita sama2 mendapat pahala...
Baca sorang2 ja? Kongsilah dgn kawan2, he3...



No comments:

Post a Comment