Gigi merupakan satu aset penting kerana gigi yang cantik akan memberikan
keyakinan untuk kita senyum,bercakap dan berhadapan dengan orang.
Kebersihan gigi juga menyumbang kepada masalah bau mulut sebab tu
penting untuk kita menjaga kebersihan mulut, gigi dan gusi.
Pemakanan
Pemakanan mesti dijaga, kurangkan makanan
yang agak manis dan melekit kerana akan menyebabkan ia melekat di
celah-celah gigi.. Bukan dilarang makan, cuma kurangkan pengambilan.
Contohnya coklat atau apa-apa sahaja makanan yang melekit yang
menyebabkan korang tercungkil-cungkil gigi guna lidah selepas
makan. Seeloknya, minum air putih dan berkumur-kumur setiap kali lepas
makan. Ini dikatakan penjagaan atau pembersihan gigi sementara.
Berus Gigi
Kerap memberus gigi dapat menjamin kesihatan gigi. Menggosok gigi
penting sebab ia menjaga kesihatan gigi dan gusi. Berus gigi setiap kali
lepas makan dan ini akan membuatkan anda rasa fresh dan mulut sentiasa
bersih setiap kali lepas gosok gigi. Sekurang-kurangnya beruslah gigi 3
kali sehari. Pagi, tengah hari dan sebelum tidur.Dan yang paling penting
sebelum tidur sebab, sisa-sisa makanan yang berbaki dapat dibuang. Jadi
tak dalah bakteria berkampung lalu terjadinya karies di situ.
Gunakan Floss dan Interdental
Toothbrush
Menggunakan dental floss adalah cara terbaik nak keluarkan sisa makanan
yang tersekat di antara gigi.Ia juga boleh digunakan untuk membuang
plaque yang terbentuk begitu juga dengan penggunaan interdental tooth
brush.
Untuk cara yang lebih details tentang penggunaan floss. Refer website
ni Dental Flossing.
Gunakan Pencuci Mulut Berflorida
Sekurang kurangnya kumur dengan pencuci mulut berflorida sekali sehari sebelum tidur tapi mesti digunakan selepas beberapa minit berus gigi. Bukan sebaik sahaja selepas berus gigi kerana ini boleh menyebabkan reaction antara pencuci mulut dan ubat gigi. Di nasihatkan 30minit sebelum dan selepas menggunakan mouthwash ni, jangan ambil sebrang makanan. Pilih pencuci mulut berflorida yang tiada kandungan alkohol sebab boleh menyebabkan ulcer untuk yang mempunyai gusi sensitif.
Sekurang kurangnya kumur dengan pencuci mulut berflorida sekali sehari sebelum tidur tapi mesti digunakan selepas beberapa minit berus gigi. Bukan sebaik sahaja selepas berus gigi kerana ini boleh menyebabkan reaction antara pencuci mulut dan ubat gigi. Di nasihatkan 30minit sebelum dan selepas menggunakan mouthwash ni, jangan ambil sebrang makanan. Pilih pencuci mulut berflorida yang tiada kandungan alkohol sebab boleh menyebabkan ulcer untuk yang mempunyai gusi sensitif.
Elakkan Minuman Bergas atau Soda
Minuman bergas atau soda mengandungi asid seperti asid
citric dan asid fosforic. Asid-asid ini akan perlahan lahan react dengan
gigi dan menghakis permukaan gigi. Banyakkan minum susu, air putih dan
jus.
- susu = boleh menguatkan rahang anda
- air putih = nuetral dan tiada microorganisma
- jus =memberikan nutrient yang diperlukan oleh gusi dan gigi
Elakkan Merokok
Antara penyebab utama gigi dan kerosakan tisu mulut ialah merokok.
Merokok jugak akan meninggalkan kesan kekuningan kepada gigi (jangka
masa yang lama) dan melemahkan gigi. So gigi akan rapuh dan mudah reput.
Kunyah Gula Gula Getah
Ada chewing gums yang tidak mengandungi gula yang sesuai digunakan untuk
dikunyah setiap kali selepas makan yang bertindak untuk membersihkan
gigi kamu.
Elakkan Pengambilan Alkohol
Alkohol boleh menyebabkan radang pada gusi, lidah dan tisu tisu lembut
di sekitar mulut. Pengambilan alkohol yang banyak berkemungkinan untuk
mengakibatkan kanser mulut.
Buat pemeriksaan Setiap 6 Bulan @
2 Tahun
Ini adalah cara yang terbaik sebab membolehkan kita untuk buat scaling
(cuci gigi) dan membuang plaque dan calculus yang terdapat pada gigi
serta menampal gigi yang berlubang.
Masalah gigi seperti sakit gigi, gigi berlubang, calculus ini terjadi
sebab kita memandang remeh tentang penjagaan gigi. Bila dah sakit gigi,
mulalah nak tension. Orang batuk pun rasa nak marah. Untuk elakkan
sebarang masalah gigi, mulut dan gusi rajin rajin lah jaga kebersihan
dan berus gigi.
No comments:
Post a Comment